Selasa, 6 Mei 2014

ALFATIHAH..DATUK AZIZ SATAR

Alfatihah...
Datuk Aziz Satar telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 2.10minit pagi tadi akibat sakit jantung..Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun di Hospital Kajang

Semoga Allah tempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh...dan rohnya dicucuri rahmat



Maka berakhirlah sudah lagenda 3 Bujang Lapok..seorang demi seorang meninggalkan kita, namun karya seni mereka takkan luput ditelan zaman..

Allahyarham Pak Aziz dilahirkan pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.

Berikut merupakan filem yang pernah dibintangi Allahyarham (*sumber wikipedia)
  1. Putus Harapan (1953)
  2. Mangsa (1953)
  3. Hati Iblis (1953)
  4. Jasa (1954)
  5. Arjuna (1954)
  6. Kipas Hikmat (1955)
  7. Ribut (1956)
  8. Putera Bertopeng (1957)
  9. Bujang Lapok (1957)
  10. Hantu Jerangkong (1957)
  11. Hantu Kubur (1958)
  12. Filem Anak Pontianak [1958]
  13. Nujum Pak Belalang (1959)
  14. Raja Laksamana Bentan (1959)
  15. Pendekar Bujang Lapok (1959)
  16. Sumpah Wanita (1960)
  17. Ali Baba Bujang Lapok (1961)
  18. Seniman Bujang Lapok (1961)
  19. Siti Muslihat (1962)
  20. Labu Labi (1962)
  21. Nasib Labu Labi (1963)
  22. Pilih Menantu (1963)
  23. Siapa Besar (1964)
  24. Mambang Moden (1964)
  25. Takdir (1965)
  26. Pusaka Pontianak (1965)
  27. Aksi Kucing (1966 Malay Film Productions Ltd)
  28. Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production)
  29. Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)
  30. Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)
  31. Da Di Du (1981 Indra Film Production)
  32. Darah Satria (1983)
  33. Bujang Lapok Kembali Daa... (1985)
  34. Tarik Tarik (1993)
  35. Abang '92 (1993)
  36. Layar Lara (1997)
  37. Jibon (1998)
  38. Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
  39. Pontianak Harum Sundal Malam II (2005)
  40. Cicak-Man (2006)
  41. Anak Halal (2007)
  42. Setem (2009)
  43. Momok The Movie (2009)
  44. Kecoh Betul (2010)

Dan berikut adalah filem arahan Alalhyarham sepanjang hayatnya
  1. Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production)
  2. Si Badol (1979 Sabah Film Production)
  3. Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)
  4. Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)
  5. Da Di Du (1981 Indra Film Production)
  6. Setinggan (1982)
  7. Darah Satria (1983)
  8. Tujuh Biang Keladi (1984 Nirwana Film Production)
  9. Bujang Lapok Kembali Daa.. (1985)
  10. Perawan Malam (1986)
  11. Tak Kisahlah Beb (1988)
  12. O.K. (1989)
  13. Adik (1990)
  14. Simfoni Duniaku (1994)
  15. Gelora Cinta

Mungin ada yang tidak tahu, Allahyarhamlah insan pertama yang telah mengembalikan nyawa industri perfileman di Malaysia yang telah merudum pada awal 70an dengan filem arahan pertamanya Keluarga Si Comat pada tahun 1975, beliaulah yang mempopularkan A.R Badul dengan pelbagai filem yang menjadikan A.R.Badul sebagai watak utama, Dan filem kepahlawanan askar Melayu selepas filem Sarjan Hassan (arahan yang disambung tugas oleh P.Ramlee) iaitu filem Darah Satria adalah arahan Pak Aziz. Filem yang dibintangi pelakon Aman Shah sebagai watak utama dan juga Lydiawati Saimon.

Apa jua jasa Allahyarham pada negara dan industri, memang tidak terbayar..Walaupun dia telah pergi bersama-sama rakan baiknya..namun dia "masih hidup" dalam dunia seni kita. 

Secara peribadi aku sangat sedih..Al-Fatihah...
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...