Khamis, 29 Mei 2014

5 PERKARA PALING TAK BEST KETIKA BERCUTI


Assalamualaikum...


Pengalaman mematangkan fikiran dan tindakan..namun jangan sesekali kita lupa..pengalaman juga sering membuat kita menjadi fobia dan tension bila dikenang. Setiap tahun aku akan bercuti keluar negara bersama BFFs aku. Dan bila bercuti pasti ada saja berlaku perkara yang tak best yang boleh mengganggu mood bercuti.

Disini aku senaraikan Top 5 Perkara Yang Paling Tak Best ketika bercuti..
1. Tiba-tiba bajet tak cukup dan terpaksa lupakan barang penting yang nak sangat dibeli
2. Kaki melecet sebab pakai kasut baru
3. Kawan-kawan dan sedara-mara sibuk mengirim beli itu dan ini (1hal pulak nak kena cari...)lagi sakit...kirim dengan air liur!
4. Hotel yang ditempah indah "rupa" dari khabar.. (bukan indah khabar dari rupa ya!)
5. Terima mesej  yang bertanyakan hal-hal yang tak ada kaitan dengan cuti (paling bengang tanya bab kerja dan yang sewaktu dengannya)

Nasihat aku...kalau ada kawan atau sedara sedari sedarai yang sedang bercuti..elakkan dari diri menjadi salah 1 atau kesemua yang di atas sebagai punca. Oleh itu..
1. Respek masa berkualiti orang lain supaya orang lain boleh merespek anda sebagai manusia berkualiti..
2. Pastikan sebelum bercuti..simpan duit cukup-cukup.
3. Test kasut/baju baru yang nak dipakai supaya diri tak menjadi mangsa pakaian
4. Bersedia mental dan fizikal untuk sebarang kejadian yang tak terduga ditempat orang..
Itu aje aku berleter petang ni..



Adeus!!!
Salam dari Bangkok,Thailand...
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...