Isnin, 31 Mac 2014

BAWA KERETA KE LANGKAWI

Assalamualaikum..

Perkongsian hari ini. Biasanya orang pergi Langkawi naik feri. Mungkin ada yang tau..tapi ramai yang tak tau.. boleh bawa kereta sendiri naik feri. Bukan kereta aje..motor dan lori pun boleh.

Untuk kereta biasa RM180 termasuk pemandu dan RM18 untuk penumpang dewasa. Untuk harga boleh tengok link www.langkawiroro.com.

Perkhidmatan ini hanya di Jeti Kuala Perlis dimana kenderaan dan tuannya sampai sentak.

Untuk naik feri ni perlu bawa makanan sebab ambil masa 3jam baru sampai di Pelabuhan Tanjung Limbong. Makanan atas feri mahal..baik bawa bekal.

Aku gunakan servis ini hari ini. 3hari sebelum.perjalanan mesti dah booking dengan deposit RM100.

Kalau korang nak guna servis ni..boleh call/sms 0175363574. Cakap je nak booking bila dan bagi no.plat kenderaan. Lepas tu minta no.akaun syarikat Langkawi Ro-ro tu..dah dapat korang bank in deposit RM100 dan emailkan/faks geran kenderaan (depan dan belakang) dan slip bayaran tadi.

Hari nak bertolak..jangan lupa bawa slip tu.

Sampai di Kuala Perlis..Langkawi Ro-ro ni sebelah masjid..Masuk je kat sini







Lepas parking..masuklah dalam ofis tu dan bayarlah apa yang patut. Pukul 12.15tengahari pastikan korang ada dalam kereta. Lepas tu nanti kereta akan disuruh bergerak ke jeti sebelah Masjid.



antara kereta yang tunggu untuk berlayar..










Kalau tak cekap drive..eloklah suruh yang cekap ye sebab nak naik ni mencabar sikit..kena main handbreak pulak. Dah naik atas feri nanti koramg dapat slip untuk di isi dan akan diserahkan di Langkawi nanti.




Lepas parking bolehlah naik tingkat atas..ada tempat duduk..walaupun ada aircond..tapi panas gila..tak tahan aku..

Tengok kereta lain tengah kena angkat.



Perlayaran 3 jam ye..bawa bekal tau..nanti.lapar..

Dah sampai..









Ok..kat gate tu nanti korang kena serah slip yang dapat tadi.

Itu aje cerita aku sebagai penutup bulan Mac ini..Sekian..

Adeus!!!
posted from Bloggeroid

Sabtu, 29 Mac 2014

BOYCOTT CNN

Hey you.. CNN..are you Cartoon News Network???
Why you always blame my country? Did your reporters finished their study? Go and learn  history and geography.. Our PM is Najib Razak..not Najib Rahman...and Kuala Lumpur is Malaysia..not Indonesia.Why you and your people so stupid???

Listen here stupid.. im Malaysian..and im proud  born as Muslim. ..so.what???




Stop spreating lies about Islam and Malaysia. You are the REAL TERRORIST FROM HELL!!! #BOYCOTTCNN






Rabu, 26 Mac 2014

HELI DAH SAMPAI


Assalamualaikum..

Rentetan catatan aku mengenai kebakaran di Gunung Jerai, hari ini aku dimaklumkan oleh kawan aku yang berkerja dengan balai bomba Alor Setar bahawa sebuah helikopter dari IbuPejabat sudah tiba dan telah memantau kawasan gunung yang terbakar itu..

Aku juga telah mendapat maklumbalas dari pembaca blog ini.bahawa kebakaran makin merebak dan sudah hampir sampai kebawah.

Atas rasa tanggungjawab sebagai anak tempatan dan Gunung Jerai adalah sebahagian dari hidup aku..aku memohon agar siapa sahaja terutama pihak berwajib dengan kadar segera mengambil tindakan. Sekarang ini musim kemarau..kebakaran makin melampau..


Semoga masalah ini cepat selesai..

Isnin, 24 Mac 2014

MH370.. ALLAH LEBIH MENYAYANGIMU

Assalamualaikum..

Tiada apa yang termampu aku luahkan..perkhabaran sedih yang ditangisi walau tiada kaitan dengan aku...







Tragedi menyayat hati sesiapa sahaja..

Kun Fayakun..Innalillahowainnaiaihorojiun..

Tiada daya upaya kita melainkan Allah jua yang berkuasa..
posted from Bloggeroid

GUNUNG JERAI TERBAKAR

Assalamualaikum..

 Sekarang aku sedang berada di Putrajaya sebab ada taklimat esok di JPA. Pagi tadi dalam perjalanan dari rumah aku di Kepala Batas Kedah..aku ternampak asap dari Gunung Jerai..


Aku  ada terbaca status kawan aku d fb..mengatakan disitu sedang terbakar..kebetulan kampung aku pun memang di  kaki Gunung Jerai...

Aku harap kebakaran tu  dah dipadamkan. Maklumlah sekarang musim kemarau..masalah lagi Bomba Negeri Kedah tak ada helikopter untuk memantau dan memadam api ditempat tinggi...harapnya semua sudah selamat..

Yang menjadi kemusykilan aku..siapakah yang membuat onar hingga terbakarnya hutan rizab tu..kalau aku dapat orang tu..aku bakar dia hidup-hidup..merosakkan alam betul..bedebah sungguh...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...