Rabu, 12 Disember 2012

YANG MANA 1???

Assalamualaikum..

Aku tertarik dengan 1 post di Fb yang aku tengok baru-baru ni..*credit to Adamsonians

Hanphone manakah yang pertama sekali korang guna dulu?

Selasa, 11 Disember 2012

PEARL TABUR - CRUMBLE 17

Assalamualaikum..

Lagi pearl crumble juga dari pelanggan yang sama. Tengok ajelah..


leher

 leher

tangan

leher dan tangan

Esok akan ku tunjukkan jahitan kristal pada tudung,. Simple aje.ok..thank korang ye.. adeuss!!!

Isnin, 10 Disember 2012

PEARL TABUR - CRUMBLE 16

Assalamualaikum..

Bercuti di Ho Chi Minh dah selesai..mood happy pun dah habis..back to routine yang sangat-sangat rutin..ya ..kembali menjahit..melangkah masuk kerumah sambil digamit-gamit baju yang menanti.

Ok balik ke topik asal. Sebenarnya baju yang aku nak tunjuk ni aku dah siapkan sebelum ke HCM lagi. Tapi aku tak sempat nak pos.Aku diminta oleh pelanggan untuk buat crumble yang bewarna warni..inilah hasilnya..agak simple.

leher...

tangan

tangan

leher dan tangan..

Ok..itu aje untuk hari ini. Esok ada lagi baju yang dah siap yang nak aku tunjukkan pada korang. Pada yang beminat untuk sentuhan jemari montokku boleh call atau sms 0125677630. TAPI..hanya untuk baju yang tidak urgent SAHAJA..kalau untuk ambil dalam bulan 12 aku memang tak sempat. Kalau bulan 1 , amatlah di alu-alu kan..thanks korang..i lap u!

Adeuss!!!

Ahad, 9 Disember 2012

KISAH TABLET & BUDAK 3 TAHUN

Assalamualaikum..

Selesai cerita pasal merayau-rayau di negara orang. Sekarang balik ke negara sendiri. Kisah ni bermula sejak aku pakai Galaxy Note beberapa bulan lepas. Kalau balik kampung..maka Note tu tak dapatlah aku pegang..si Abg.Bob cakap "Abang punya"..

Setelah fikir masak-masak..maka buatlah keputusan untuk membeli tablet murah untuk Abang dan Adik. Tak adil kalau beli 1. Nanti berebut pulak..

Balik dari Ho Chi Minh..aku pun mulalah mencari dan menservey kedai yang jual dengan harga yang berpatutan..Sebelum beli pun dah fikir..tab ni bukan untuk bermain sahaja..malah aku boleh install apa-apa perisian yang berbentuk pendidikan awal pada anak-anak..

Lalu aku terjumpalah kedai ini..terletak di Aneka Jitra.

Inilah kedainya.. Two Sj Resources..yang nampak kepala aje tu adalah tokey nye..

Inilah rupanya tablet yang aku beli..RM250 full set termasuk cover..agaknya 2-3bulan lagi mungkin harga akan turun sikit..

Lepas aku setting, buat profile picture muka masing-masing agar tak tertukar..maka buda-budak 2 orang tu pun pulunla main sampai tak makan..main sampai betri padam terus...kena marah dengan Tok sebab tak bagi caj sebelum tab tu terpadam terus..

Mengamuk-mengamuk ..bancuh susu..sumbat botol susu bagi diam...nah..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/


terbungkang 2-2 orang..

Sekian!

Sabtu, 8 Disember 2012

DURIAN CREPE CUSTARD FILLING

Assalamualaikum

Durian Crepe lagi..

Ini entri aku yang ke-2 pasal Durian Crepe. Sebelum ni aku berkongsi resepi yang mudah. Ada yang bertanyakan pada aku..berapa keping crepe boleh dapat dengan bahan yang sebanyak sukatan yang aku bagi. Jawapan aku ialah..bergantung kepada ketebalan dan saiz adunan tepung yang korang buat. Kalau besar arau tebal,maka sedikit ajelah hasilnya..kalau korang buat nipis dan kecil..maka banyaklah hasilnya.

Tujuan entri ini dibuat untuk berkongsi resepi Durian Crepe versi yang lain. Pada yang mengenali aku,mereka pasti tahu bahawa aku ni amat simple orangnya dan tak suka buat kerja yang melecehkan. Aku sentiasa sibuk dengan menjahit. Setiap resepi yang aku kongsi adalah resepi yang paling mudah,senang dan sedap.

Untuk memenuhi permintaan yang bertanyakan tentang Durian Crepe Custard Filling, maka nak kongsikan resepi yang aku dapat dari seorang teman.


Bahan Crepe:
40g tepung gandum
40g tepung ubi
40g tepung jagung
40g tepung kastad
1 biji telur
1sudu besar minyak mazola atau butter yang dicairkan
130mlm susu segar
1cubit garam
sedikit perisa durian
pewarna ikut suka
air untuk bancuhan..agak-agak jangan sampai adunan terlalu cair atau pekat

Cara-cara:
Ayak semua tepung
Masukkan semua bahan dan bancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga dapat bancuhan yang cantik dan tapis
Panaskan pan atau kuali dan oleskan sedikit butter atau minyak
Tuangkan bancuhan dan ratakan ikut suka.
Tak perlu balikkan
Angkat kepingan dan sejukkan.


Bahan Filling Cream Castard:
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu makan tepung kastad atau tepung jagung
1/2 cawan gula(boleh tambah lagi jika suka manis)
4 biji kuning telur
3 cawan susu cair
30g butter
1 sudu teh esen vanilla
Non Dairy Whipping Cream secukupnya

Cara-cara:
Ayak semua tepung dan satukan dengan gula
Masukkan telur,esen vanila dan susu cair, dan kacau hingga sebati
Masakkan dengan api sederhana dan sentiasa kacau hingga adunan likat
Masukkan butter, kacau  hingga adunan jadi licin dan berkilat
Biarkan sejuk
Pukul Whipping Cream hingga kental dan campurkan dengan adunan tadi.
Masukkan dalam mixer dan pukul sehingga adunan sebati dan kental

Penyediaan;
Hamparkan sekeping crepe
Ratakan Cream Castard
Letakkan isi durian
Tutup isi durian dengan Cream Castard dan lipatla crepe tu sesuka hati.
DONE!

Nah..panjang berjela resepinya. Dan sesungguhnya aku tidak suka sesuatu yang renyah dan leceh. Aku suka yang simple ..tak membuang masa. Hasilnya lebih kurang sama. Ikut citarasa korang nak buat macam mana pun. Kalau nak yang simple..boleh ikut resepi ini -> CARA BUAT DURIAN CREPE

Jika ada resepi Durian Crepe versi lain, akan aku kongsikan juga dengan korang. Korang boleh cuba dan pilih mana yang paling sedap.Ok..selamat melipat crepe!
Adeus!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...