Ahad, 1 Mac 2020

XIAOMI MI XIAOVV : DISPLAY SETTING

Assalamualaikum.

Ok,sambung sikit lagi pasal cctv/ip cam semalam. Hari ni aku nak kongsikan cara nak guna apps ni. 

Di skrin home, klik terus icon gambar cctv tu.

Ok..inilah gambarnya. 1 aje masalah yang tak selesai. Jam tu..tak sama. Aku dah log problem..tapi taktaulah.. dah cuba macam-macam..tak sama jugak dengan waktu sebenar. 


1. Button Display Mode tu untuk korang ubah gambar..nak lebar ke lonjong ke..

2.  Button Alarm Messages ni dia akan rekod sebarang pergerakan aneh dan kemudian notifacation dihantar ke telefon.

3. Korang nampak bentuk mikrofon kat bawah tu? Ok..kalau korang klik yang tu dan bercakap..suara korang akan keluar melalui cctv. Haa..kalau korang nampak penyagak masuk kawasan,bolehla korang jerit kuat-kuat tak kisahlah korang ada kat London sekalipun.

4. Cloud Storage ni, tak perlu guna kalau korang dah masukkan Sd Card sebab nak guna cloud ni kena bayar ye..

5. Button Replay ni haya boleh berfungsi jika ada Sd Card atau langgan Cloud Storage. Kegun aan untyk tengok balik video lama.

6. Kalau korang nak screenshot..korang klik aje ikon kamera yang ada dalam gambar(kanan). Gambar akan save di handphone korang.

7. Yang ikon bentuk speaker bawah kamera tu..korang boleh dengar bunyi kawasan sekitar cctv..kalau taknak dengar klik ikon tu ssmpai krluar tanda pangkah (X).

8. Ikon bawah sekali yang segiempat tu..untuk paparan full screen. Macam gambar kat bawah ni.



Lain-lain bolehlah explore sendiri.

Ok,kalau ada 2-3 biji cctv dan korang tengok semua serentak,klik kat arrow yang aku tanda tu

Disebabkan aku pasang 1 aje..maka ada 1 ajelah..ni gambar malam tau..sebab tu tak ada warna. Nanti bila aku pasang lagi, aku akan tunjuk rupa skrin ni ye.

Ok..itu ajelah perkongsian cara nak setting cctv atau ip cam Xiaomi. Mudah aje..tapi agak susah bagi newbie tambah-tambah barang Xiaomi ni betul-betul pekat cina nya.. harap ilmu ni bermanafaat dan dapat bantu korang nak pasang cctv. Aku yang perempuan pun boleh buat, tambah lah kalau korang tu lelaki.. jangan bagi malu dengan aku ye.

Ok. Adeus!!!






Tiada ulasan:

Catat Komen

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...