Rabu, 17 Disember 2014

JUTAWAN JUTAWAN JUTAWAN

Assalamualaikum..

Aku nak korang tengok kartun ni..

crdt pic to Oh!Media

Aku sangat setuju..sokong 100% dengan apa yang dikatakan tu.. sangat sangat sangat setuju!

Aku bukan nak kondem pakar motivasi (yang sememangnya jadi jutawan dengan bagi nasihat secara berbayar kepada orang yang gila nak jadi jutawan) tapi itulah hakikat sebenar.

Aku tak pandai Matematik.Tapi aku nak bagi korang tolong kira kat aku perkiraan di bawah..

Katakan..Yuran untuk bengkel/kursus nak jadi jutawan tu RM250/orang (ni kira murah ni..ada yang sampai RM999).. Dalam 1 sessi bengkel ada 300orang peserta (ni kira sikit lah ni sebab ada yang sampai 1000orang penuh dewan).. Lepas tu..bengkel tu di adakan sebulan 2 kali..(ada yang sampai tiap minggu pun ada).. agaknya dalam setahun berapa dia dapat tanpa tolak kos dewan dan lain-lain (yang tu dia punya pasal lah kan?)

RM250 X 300orang = RM75,000.00 X 2(2kali sebulan) = RM150,000 X 12bln (tempoh setahun) = RM1,800,000.00 setahun..!!!

Nah! sekarang siapa yang jutawan? yang mendengar nasihat atau memberi nasihat? 

Aku kadang-kadang nak tergelak sangat bila ada yang share kisah diri yang ikut bengkel macam ni..tanpa di sedar..dia telah menjutawankan orang lain dari diri sendiri. Orang yang memberi nasihat tu..belum tentu boleh berjaya dalam bisnes kalau dia sendiri tidak dikenali..tak ada modal. bank reject loan..dan sebagainya. Cakap sape2 pun boleh..nasihat sape2 pun boleh bagi. Hakikatnya orang yang melalui sahaja yang tahu rasa perit jatuh bangun dalam bisnes. Sedangkan dia jadi jutawan hanya dengan bercakap.

Apapun berbalik pada kemahuan diri untuk berubah. Tak perlulah berhabisan semata-mata nak dapatkan nasihat untuk jadi jutawan dan berjaya dalam bisnes. Semuanya bermula dari dalam..dari cita-cita..belajar dan berani. 

Potensi diri tak perlu orang lain cerita dan cungkil. Bagi aku..orang yang gunakan orang lain untuk cungkil potensi diri adalah orang yang tidak yakin dengan kemampuan dn kebolehan sendiri. Untuk kenal diri sendiri mudah saja..iaitu..kenali Allah. Insya Allah..dengan sendirinya kita akan sedar diri.

Itu aje untuk hari ni..entri ini untuk menjentik dan meluku orang yang terlalu bergantung kepada orang lain untuk berjaya seolah-olah orang itu lebih kenal siapa diri kita lebih dari kita kenal diri sendiri. Adeus!!!



2 ulasan:

  1. sesetengah orang, ada bakat untuk influence orang lain..so, dia guna bakat tu untuk cari duit.as long as dia tak menipu takpelah..huhuhu.jangan jual cerita tipu or produk menipu

    BalasPadam
  2. setuju sangat, tapi yelah rezeki masing2 dalam 100 orang yang sertai tu adalah 5 orang yang berjaya mungkin,yang pasti jutawan tu memang dah kayo..singgah dan follow #667 :)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...