Khamis, 6 Mei 2021

BISKUT COKLAT CIPS

 Assalamualaikum.


Aktiviti menjelang Syawal walaupun raya dah tak macam raya. Hari ini aku kongsikan resepi Biskut Coklat Cips gerenti jadi.

Aku yang tak pandai membaking pun berjaya buat.


Bahan-bahan;
250g butter
1 cawan gula perang(kurangkan kalau tak suka manis)
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
6 sudu minyak masak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan coklat cips

Cara-cara;
1. Pukul butter,gula,esen vanila dan telur sampai sebati
2. Masukan minyak masak,kaup rata
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan diikuti dengan coklat cip. Kaup rata.
4. Sudukan adunan atas dulang yang dialas dengan baking paper menggunakan sudu makan. Untuk mudahkan kerja,gunakan sudu plastik. Jarakkan kedudukan sebab kuih ni akan kembang.
5. Bakar suhu 180°c selama 15-20minit ikut oven masing-masing

Siap!.

Selepas bakar, kuih ni akan lembut..tapi bila sudah sejuk ianya akan rapuh dan crunchy gitu.. selamat mencuba ye.




1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...