Jumaat, 11 Oktober 2019

UNZA SYARIKAT MUSLIM

Assalamualaikum

Perkongsian dari FB Ustaz Lariba

PENGASAS DAN PEMILIK SYARIKAT WIPRO-UNZA ORANG ISLAM

Daripada beberapa carian kami, pengasas dan pemilik syarikat Wipro-UNZA, pengeluar produk jenama Safi, terbukti adalah orang Islam.

Wipro telah beli syarikat UNZA sepenuhnya, sebuah syarikat Singapura, dalam tahun 2007, dan menukar nama UNZA kepada Wipro-UNZA.


Wipro diasaskan oleh seorang Islam bernama Muhammed Hashem Premji pada tahun 1945. Beliau menolak pelawaan Muhammad Ali Jinnah, PM Pakistan pada masa itu, untuk berpiindah ke Pakistan selepas perang India-Pakistan untuk terus menetap di India.

Setelah kematian beliau dalam tahun 1966, anak beliau, Azim Premji mengambil alih teraju syarikat sehingga sekarang.

Azim Premji adalah seorang yang berpendidikan dari Stanford University, salah sebuah university yang paling berprestij di dunia.

Syarikat Wipro bernilai lebih USD12.04 billion dan Azmi Premji memiliki 73.85% daripadanya.

Gambar pekerja2 bukan Islam yang dipaparkan dalam “fitnah” Wipro-UNZA syarikat non-Muslim ialah senarai pengurusan syarikat di Malaysia.

Oleh itu, terbukti:

1. Syarikat Wipro-UNZA adalah sebuah syarikat milik orang Islam.

2. Adalah palsu dan fitnah dasyat apabila menuduh syarikat Wipro-UNZA adalah milik non-Muslim.

3. Syarikat Wipro-UNZA sangat layak menggunakan jenama Safi (walaupun ini bukan isu sama-sekali).

4. Tiada apa2 penipuan sama-sekali berkenaan produk jenama Safi.

Oleh itu, hentikanlah penipuan dan fitnah terhadap syarikat Wipro-UNZA dan produk2nya terutama sekali jenama Safi, dengan serta-merta.

Janganlah sebarkan fitnah sebelum betul2 meneliti dan memastikan maklumat yang sebenar agar tidak dapat dosa jariah.

Wallahu’alam.

Semoga bermanafaat...

Insya Allah 🇵🇸😁

Soalan Lariba: Boleh tak syarikat Wipro-UNZA guna jenama Enchanteur, Alken dan Eversoft sebagai nama produk2 mereka sebab mereka bukan Mat Saleh? 😁

#BuyHalalOnly #BHO

1 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...