Sabtu, 12 Oktober 2019

BAJET 2020 UNTUK PENJAWAT AWAM

Assslamualaikum.

Pembentangan Bajet 2020 semalam, untuk penjawat awam adalah seperti berikut,



Intipati Bajet 2020

1. COLA naik rm50
2. Elaun Bomba ... rm200
3. Bantuan khas kewangan rm500
4. Pesara.. rm250
5. Tentera.. pingat jasa..one off rm500
6. GCR boleh tebus awal.. 75 hari
7. KGT diawalkan bagi yang meninggal

Meningkatkan Perkhidmatan Awam

211. Perkhidmatan awam merupakan tonggak pentadbiran Kerajaan dalam mendokong kemajuan negara.  Penjawat awam yang kini berjumlah >>1.6 juta telah mendedikasikan kerjaya mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara. Justeru, bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti penjawat awam, Kerajaan akan menambah baik saraan penjawat awam, antaranya:

Pertama: >>Menaikkan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak 
RM350 juta setahun;

Kedua: >>Membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai. Bayaran gantian ini adalah bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun; dan

Ketiga: >>Menawarkan Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baharu kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

212. Sebagai tambahan, bagi membantu meringankan beban waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, Kerajaan akan memperkenalkan:

Pertama: >>Faedah Ex-Gratia Kematian yang akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000; dan

Kedua: >>Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. 

213. >>Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam mulai 1 Januari 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta. 

214. Sebagai penghargaan kepada perkhidmatan yang telah mendapat perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, semua>> anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan sebanyak 
RM35 juta bagi tahun 2020. Ini akan memberi manfaat kepada 14,400 anggota bomba.

215. >>Kerajaan menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia. Oleh itu, bayaran secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta.  

216. Selaras dengan falsafah 3R, Kerajaan akan memperuntukkan >>RM330 juta kepada Bahagian Pengurusan Hartanah di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membaiki dan menyelenggara kuarters penjawat awam. Sebagai tambahan, RM150 juta untuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan RM250 juta untuk kuarters PDRM juga akan diperuntukkan bagi tujuan yang sama.

217. >>Kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, doktor, jururawat, guru dan semua penjawat awam atas bakti perkhidmatan mereka. Kerajaan ingin mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah. Bagi pesara kerajaan, Bantuan Khas Kewangan RM250 akan diberikan. Ia juga turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen. Kedua-dua bantuan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...