Khamis, 22 Ogos 2019

SCAMMER ADIDAS

Assalamualaikum

Baru-baru ini aku ada terima mesej di aplikasi Whatsapp kononnya Adidas sedang menyambut ulangtahun dan ditawarkan hadiah barangan Adidas dengan percuma. 



Penerima mesej akan diminta klik ke link yang diberi dan dihala ke website scam. Kepada yang percaya dengan tawaran ni, mangsa akan diminta klik CONTINUE  dan akhirnya tertipu ribuan ringgit.

Website scam

Aku ahli Adidas dan sentiasa buka website untuk tengok kalau-kalau ada sale menarik. Adidas susah sangat nak bagi diskaun gila-gila apalagi nak bagi benda free..memang tak la..birthday aku pun dia bagi voucher aje. Itupun 20% je..so jangan tertipu dengan benda free..maklumla manusia ni..dengar free je terus rambang mata..jadi buta.

Hati-hati lah ye..jangan klik sebarangan bila terima mesej yang macam tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...