Jumaat, 23 Ogos 2019

RAATCHASI : PERJUANGAN SEORANG GURU

Assalamualaikum

Jarang aku bercerita pasal filem Tamil. Ntah kenapa kali ni..aku tertengok 1 filem Tamil. Aku sebenarnya bukanlah peminat filem Tamil ni,tapi tak tahu kenapa, hati sangat tertarik dengan filem berjudul Raatchasi.


Filem ni mula ditayangkan di India pada 5 Julai 2019. Tiada hero hensem, tiada tembak menembak, tiada pertarungan melambung-lambung kelangit antara penjenayah dengan polis.

Filem ini mengisahkan seorang Guru Besar yang ditempatkan di sebuah sekolah pendalaman. Sekolah yang mempunyai rekod yang sangat buruk. Namun kehadiran Guru Besar ini telah mengubah segalanya.

Saksikan sebahagian filem Raatchasi

Yang bagusnya,isu dalam filem ini adalah isu masyarakat, penyelewengan, kasih sayang dan terselit aksi humor yang sangat mengelikan hati. Ada juga babak sedih dan mampu mengalirkan airmata. Perjalanan cerita ni sangat tidak membosankan. Penonton tertunggu-tunggu plot seterusnya. 

Pada aku, filem ni bagus ditayangkan sempena Hari Guru. Dan sekarang juga sudah ditayangkan di Astro 241, jam 9 malam. Aku harap korang pun boleh cuba menonton filem ini..yang aku ratingkan 9.5/10.. Terbaik!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...