Jumaat, 16 Ogos 2019

DOKTOR..MEREKA BUKAN MESIN!

Assalamualaikum..

Selalu sangat diviralkan benda yang macam ini..patutkah ianya berlaku?


Biasanya saya tak akan buka nama sesiapa kalau saya kupas satu isu dalam FB. Tapi sebab mamat yang seorang ni sangat biadap dan sungguh kurang ajar, saya tak fikir 2 kali pun nak letak ke tak nama dia.

1. Mengambil video di dalam premis hospital dan klinik di bawah KKM adalah salah. Dah sampai masanya KKM bertindak melalui saluran undang-undang ke atas rakyat yang begini. Penasihat undang-undang KKM, tolonglah, sila pandang kes begini sebagai salah satu kerja, supaya ia tak berulang lagi. Rakyat yang tak reti bahasa ni, kalau tak dikenakan tindakan, memang tak akan insaf. 

2. Menceroboh ke kawasan larangan. Dia main terjah ikut suka dia ke bahagian dalam Jabatan Kecemasan! Mana boleh!!!

Ni macam kita pergi rumah dia, tolak pintu lepas tu masuk saja. Buat macam rumah sendiri, siap masuk bilik tidur. Selambanya! Kalau barang perubatan hilang, kita boleh caj dia ni. Tuduh dia yang mencuri dan mengambil barang tu. Dah dia ada kat situ dengan kawan kan. 

3. Mana dia tahu, doktor tu dah habis shif dia. Dia tidur sekejap sebelum dia balik rumah. Dia mengantuk sangat, lepas bekerja dalam jadual yang sangat panjang, jadi dia terpaksa melelapkan mata sekejap. Kang memandu dalam keadaan mengantuk, melayang nyawa dia. Bukan tak pernah doktor kemalangan sehingga meninggal dunia kerana terlalu letih. 

4. Nampak macam dia ada sentuh doktor tu. Kalau betul, saya minta doktor tu buat laporan polis sebab dia diganggu secara fizikal. Biar padan muka mamat ni. Dia ingat dia siapa.

Doktor-doktor biasa ok bekerja lebih 24 jam. Tu normal. Bayangkan penatnya macam mana. Saya pernah dalam bilik bersalin, masuk kerja jam 7 pagi, besoknya jam 6 petang baru boleh balik. Kira sendiri berapa jam kami ni bekerja. Antara masa tu, pesakit bersalin keluar masuk tak henti. Jururawat yang ada bagi saya tidur sebentar sementara nak reviu pesakit ikut masa yang ditetapkan sebelum bersalin. Lelap mata pun macam tak, sebab pesakit dok saling menjerit, menangis, meraung bagai nak bersalin. 

Ramai doktor masih bekerja dengan waktu yang sangat lama di semua hospital di negara kita. Bilik oncall selalunya tak dekat dengan tempat bertugas. Maka atas dasar tanggungjawab, mana tempat yang ada tulah kita tumpang. Sebab kalau dipanggil, kita terus ada kat situ. Bukan di khalayak ramai pun. Di dalam bilik atau macam doktor tu, di balik langsir, yang sepatutnya tersorok. 

Saya marah sangat dengan mamat ni! Saya tak faham bahasa Tamil, sebab ia bukan bahasa kebangsaan, tapi tindakannya langsung tak boleh diterima! Apa tujuan dia pergi buat spot check kat tempat orang! Polis pun tak buat begitu. 

Salah doktor tu sebab dia tumpang tidur di situ. Memang tak boleh. Tapi yang patut menegur dia ialah misi, PPP atau pun doktor lain. Bukan mamat ni yang main terpa masuk kawasan larangan. Saya tak menangkan doktor ni pun sebab dia pun ada silap. Cuma bila dia ditularkan macam ni, ni satu penganiayaan!!! 

Kalau mamat tu tak puas hati, gunakan saluran yang betul. Bukan dengan memalukan doktor yang entah-entah tak kena mengena pun untuk merawat kawan dia yang kemalangan tu. Saya harap sangat doktor yang dia tularkan ni, bawa kes ni ke mahkamah atas tuntutan saman malu. Biar dia tahu langit tinggi rendah!

Lagi satu, sebelum pesakit berjumpa doktor, misi atau PPP bertugas akan maklumkan kes pada kita. Kita yang doktor ni bukan jaga pun pesakit punya pendaftaran, buka fail bagai. Bila dah siap semua, barulah kita dipanggil untuk tengok pesakit. Sabar lah. 

Mamat ni kan, saya nak tengok dia boleh tak kerja 36 jam tanpa henti. Mengamuk tak dia kalau bos dia suruh kerja berterusan. Dengan perangai mentaliti sampah ni, silap hari bulan bos pun dia viralkan. Doktor bukan robot. Bila berhadapan dengan nyawa, kalau terlalu penat, kita berisiko untuk membuat kesalahan. Kalau dengan melelapkan mata walau sekejap pun salah, sebab dah sangat letih, saya rasa mamat ni patut masuk sekolah perubatan dan ganti tempat doktor-doktor yang berkorban segalanya demi pesakit.

https://www.facebook.com/108209707186835/posts/113991326608673/

Nota kaki: Saya dalam perjalanan ke negeri lain untuk menghadiri kursus ya. Kang ada yang kata, saya makan gaji buta. Saya tak memandu pun, ada yang tukang bawa kereta. Saya duduk belakang jadi ma'am.

*******
Sudah sampai masanya KKM ambil tindakan. Sampai bila benda ni nak dibiarkan. Aku masih ingat kes artis yang viralkan nurse tu..tolonglah.. nurse..doktor..mereka juga manusia..seperti kita..kalau kita tahu letih..penat..apalah lagi mereka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...