Ahad, 17 Januari 2016

AKTIVITI DISCOVER KEDAH 2016 - PAMERAN 1001 INVENTIONS

Assalamualaikum.

Antara program bagi kalender Discover Kedah 2016  , Pameran 1001 Invention yang sedang berlangsung mulai Januari hingga Mac 2016 di Muzium Negeri Kedah.



Pameran ini memaparkan kegemilangan Era Tamadun Islam yang mengandungi pencapaian zaman silam yang pernah memenangi pelbagai anugerah. Pameran ini sesuai untuk semua peringkat umur dimana ianya memberikan inspirasi kepada generasi muda. 

Melalui pameran ini juga, ianya turut dapat memberi kesedaran betapa pentingnya menguasai teknologi dan inovasi kerana tokoh-tokoh ilmuan Islam dizaman lampau lebih menguasai teknologi dunia. Semuanya dipamerkan di sini.

Bawalah anak-anak dan ahli keluarga melawat pameran ini. Bayaran RM10 untuk dewasa, Rm5 untuk kanak-kanak (7-17 tahun) dan RM2 untuk pra sekolah. 

"Kedah Malaysia..
where it all began"

1 ulasan:

  1. bagus event macam ni..biar anak-anak kenal pencipta-pencipta dan saintis Islam..takdelah ingat semua yang bagus tu dari barat sahaja

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...