Isnin, 21 Disember 2015

E-GIFT CARD ZALORA

Assalamualaikum.

Kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua sesuatu yang amat menarik. Tengok tajuk pun dah tahu kan? Tapi apa itu E-Gift Card.


Oklah, biar aku mulakan satu persatu agar korang faham. Macam ni ye, Zalora sekarang ni sedang mengadakan jualan E-Gift Card Zalora . Korang boleh beli E-Gift Card bernilai samada RM75 , RM150 , RM200 atau RM300. E-Gift Card ini korang boleh hadiahkan kepada sesiapa sahaja. Katakan korang nak hadiahkan kepada emak korang.. nanti emak korang boleh beli apa sahaja di Zalora dengan nilai E-Gift Card yang korang beli tu.. Menarik kan? Kekadang kita nak hadiahkan sesuatu untuk suami/isteri, mak ayah, adik, kakak, abang , kawan2, bla bla bla bla.. kiranya banyak lah yang korang nak bagi hadiah, tapi kekadang korang sendiri pun tak pasti nak beli apa.. jangan kata korang, aku pun macam tu lah juga..



Berjalan sana-sini, pegang itu ini..last2 tak tau nak beli apa..kang beli orang tak suka..tak muat, tak sesuai, tak itu..tak ini.. sipenerima mungkin tak akan kata apa2 untuk jaga hati kita..tapi jauh nun disudut hati..mmmmm.. eh2..jangan kata orang. Kita sendiri pun kekadang suami beli baju, pada mata dia nampak cantik..tapi kita nampak macam baju orang tua..huhuhuh..sedih..tak pakai kang merajuk..dah pakai , rasa down..sabor jerlah.

Oleh yang demikian, hadiahkan E-Gift Card Zalora ni lagi bagus. Penerima tu boleh beli apa yang dia suka apa yang ada di Zalora dengan pilihan bermacam jenis baju, seluar, aksesori..nak sebut pun tak taulah sebab banyak sangat. E-Gift Card ni sah selama 1 tahun dari tarikh pembelian tau. lepas tu pulak, penerima tadi boleh beli beberapa kali dan beberapa jenis barang dengan E-Gift Card Zalora ni , tiap kali beli , amaun akan ditolak dari E-Gift Card tu sehinggalah habis semuanya amaun dibelanjakan.. (alang2 nak beli..beli je yang RM300 tu..standby.. ada sale je, terus beli..kan ke jimat..bijak...bijak..lagi bijak kalau korang beli untuk diri sendiri..heheh..dah macam reload henpon pulak ya)

Macam mana korang nak beli E-Gift Card Zalora ni?? mudah aje. Klik aje link ni -->>E-Gift Cards ZALORA 


Inilah cara terbaik untuk kita hadiahkan sesuatu kepada yang tersayang. Tak payah nak pening2 kepala. Bagi aje E-Gift Card Zalora ni. Suka hati oranglah dia nak beli apa nanti. Tak perlu tunggu birthday ke, anniversary ke, pass exam ke, kahwin ke..tak perlu... bila rasa nak hadiah..hadiahlah.. tapi inilah masa terbaik untuk hadiahkan E-Gift Card Zalora ni, memandangkan sekarang ni pun di Zalora tengah sale gila2 ni..rugi pulak telepas peluang ni..

Oklah.. itu aje aku nak kongsikan dengan korang semua. Semoga bermanafaat..dan berterimakasihlah kat aku sebab aku dah settlekan masalah korang2 yang pening kepala tak tau nak beli hadiah apa!

Adeuss!!!

Selasa, 15 Disember 2015

FRUIT SALAD LAH PULAK!

Assalamualaikum.

Hujung tahun, seperti biasalah aku akan sibuk..sibuk dengan kerja ..maklumlah kerja kewangan ni, nak tutup akaun..

So untuk kali ni, aku buat resepi simple je.. mudah, ringkas, kenyang dan yang penting .. berkhasiat!

Hari ni kita buat Salad Buah atau Fruit Salad!

Bahan-bahanya
Epal hijau
Epal merah
Buah Lai
Tomato cherry
Daun salad
Mayonis sebenar
Lada sulah

Caranya;
Mudah aje, potong dadu semua buah(jangan kecil sangat), tambahkan tomato cherry(tak ada pun takpe)masukkan mayonis dan lada sulah, gaul rata..masukkan dalam bekas yang dialaskan daun salad. SIAP!!


Serius memang sedap! cubalah..rojak orang putih ni..layanzzzz..



Sabtu, 12 Disember 2015

CUTI UMUM JIKA KEDAH MENANG BOLA MALAM INI





SIARAN MEDIA

13 DISEMBER CUTI UMUM JIKA KEDAH MENANG PIALA MALAYSIA 

Setelah dibincangkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan dipersembahkan bagi perkenan Yang Teramat Mulia Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Kerajaan Negeri membuat ketetapan berikut: 

Sekiranya pasukan bola sepak Kedah memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini, hari Ahad, 13 Disember 2015 diisytiharkan sebagai cuti umum di Negeri Kedah menurut Akta Cuti 1951.

Sekiranya pekerja masih dikehendaki bekerja esok (Ahad, 13 Disember 2015), majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda bagi hari tersebut menurut Akta Pekerja 1955. 

Namun begitu, majikan boleh menggantikan cuti esok kepada hari lain tetapi masih tertakluk kpd peruntukan undang-undang berkaitan.

Sekian dimaklumkan.

DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh : 12 Disember 2015



***tudia MB kesayangan orang Kedah..semangat sungguh..moga2 Kedah menang..amin! ***

Isnin, 7 Disember 2015

TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI - MAHA TOWER

Assalamualaikum.

Hari ini aku ingin kongsikan satu tarikan pelancong terkini di Langkawi yang masih dalam pembinaan.

MAHA TOWER adalah sebuah menara yang merupakan struktur binaan menara tertinggi di pulau lagenda ini. Dinamakan sempena nama yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, mantan Perdana Menteri yang telah menaikkan nama Pulau Langkawi di mata dunia iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad.

MAHA TOWER ini berketinggian 138meter dibina didalam sebuah kawasan yang dinamakan MAHA CITY (juga masih dalam pembinaan. Lokasinya ditepi laut di  Bandar Kuah.

Gambaran MAHA CITY Langkawi

Struktur binaan MAHA TOWER

Kredit ini aku berikan kepada pemilik asal gambar di bawah itu saudara Nazri Wan Abib yang terlibat dalam pembinaan menara. Tahniah diucapkan kerana beliau berjaya menjadi salah seorang yang menyumbang tenaga bagi menjayakan pembinaan menara yang bakal melakar sejarah pelancongan Pulau Langkawi. 

Bagi menghormati dan menghargai saudara Nazri Wan Abib atas perkongsian gambar-gambar ini, aku telah meletakkan watermark atas nama beliau di atas semua gambar bagi mengelakkan gambar-gambar ini disalahguna atau diplagiat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gambar yang diambil adalah dari atas puncak menara






Tak sabar rasanya untuk melihat MAHA TOWER ini siap dan menjadi tarikan pelancong di Pulau Langkawi ini.

Ahad, 6 Disember 2015

OREN :: 3TAHUN BERLALU

Assalamualaikum..

Semalam 5 Disember.. genablah 3tahun aku ditemukan denfan kucing kesayanganku Oren..Sekarang Oren pun dah ada anak ..Limau..



Dialah peneman dikala kesunyian..menjahit sampai subuh pun dialah teman..tido atas riba..minum susu botoi..teman bersembang teriak tangis..dialah saksi segala susah payah aku pada waktu tu..tak sangka dia hidup sampai hari ni..terima kasih Allah kerana kurniakan anugerah ini dalam hidup aku walaupun dia hanya seekor kucing..

Khamis, 3 Disember 2015

IDEA COPY PASTE

Assalamualaikum..

Serius aku cakap..
Berblog sekarang dah tak se best dulu..masa FB belum ada..dah ada tapi tak famous.. dah ada tapi ramai belum ada akaun..

Apa yang kita tulis diblog adalah idea kita sendiri.. cerita hidup kita, resepi yang kita cuba dan semuanya yang kita punya (ada juga yang kita ceduk dan senduk dari orang lain..cuma tak nak mengaku je)

Bila FB mula famous, budak tadika pun ada akaun FB..maka mood berblog pun berubah. Betul atau tidak apa yang aku cakap ni? Maka adalah antara kita yang mengupdate blog dengan apa2 yang ditengoknya atau dijumpainya dalam FB.. ada kala (atau kebanyakkannya) benda tu kita sendiri dah pernah baca atau tengok ..ada yang baru malah ada yang berkurun dah..

Kita ketandusan idea.. update blog asal update aje..tanpa kira dari mana sumber yang kita dapat..aku rasa kelakar bila jumpa orang yang update blog guna idea atau sumber dari FB. Tak salah nak copy paste tu, yang salah ialah bila kita tak bagi credit atau mention kat situ sumber kita dapat dari mana.

Bila ini berlaku, maka keharmonian rakan blog untuk menjengah dan memblogwalking terus berkurangan sebab benda tu orang dah baca/tengok pun. Umpama siaran Astrok yang asyik ulang drama 5 tahun lepas buat kali ke 100!. Kita tak perlu jadi bagus untuk menulis di blog..apa yang penting adalah idea tu..Bolehla kita tengok statistik di panel blog dashboard blog kita..berapa hits untuk setiap entri yang kita publishkan.

Kita para blogger ni sebenarnya mempunyai platform yang cukup baik untuk berkarya dalam bentuk penulisan dan visual..kerana blog ini lebih umum, sesiapa sahaja, tak kira dari ceruk dunia mana pun boleh nampak dan baca (kalau yang baca tu faham melayulah!)

Sebab itu aku sekarang ni jarang berblog. Kalau ada pun kisah jalan2 atau mana yang penting aje. Contohnya macam berita kematian Seniwati Mariani.. aku dapat info ni dari senior aku , pengarah drama dan filem Hashim Rejab sekitar jam 7.50 malam (kira2 20minit selepas kematian Allahyarhamah).. maka dengan pantas aku sebarkan berita itu di blog ini untuk makluman ramai. Ini bermakna , aku tidak copy paste benda yang dah lapuk untuk tarik perhatian orang.

Entri aku hari ni mungkin dah menjentik sesetengah orang..maaflah aku cakap benda yang benar. Tapi kita sebagai blogger, sebolehnya cuba kekalkan kelas kita..kita tak sedar yang kita ni sebenarnya ada kelas yang tersendiri berbanding pengguna FB (walaupun dalam masa yang sama ini kita juga pengguna FB) Sebagai blogger, kita tak tahu siapa pembaca dan pengikut kita..berbanding FB yang kita tahu pembaca adalah dikalangan rakan taulan kita sendiri. Di FB kita bebas upload apa sahaja gambar peribadi kita, tapi tidak di blog kerana ia boleh menjadi tatapan serata dunia tanpa tapisan.

Itu sahaja bebelan aku hari ni..nak katakan aku senior dalam berblog ..tak tahulah sebab aku mula berblog dari 2006 (tutup akaun 2009) dan buka akaun baru 2011 hingga sekarang..bermula dari template entri blog  hanya ada kod html, nak upload sekeping gambar pun ambik masa 10-15minit..huh! Berbekal ilmu study sains komputer..aku menggagahkan diri nak berblog waktu tu. Siksa nak tulis 1 entri..hanya Allah saja yang tahu..

Apapun..salam blogger untuk semua!


Selasa, 1 Disember 2015

BELANGSUNGKAWA- SENIWATI MARIANI KEMBALI KERAHMATULLAH

Al-Fatihah..

Baru semalam kita kehilangan pelawak keasyangan ramai, Pak Yus Jambu..harini Seniwati Mariani telah pulang kepangkuan illahi sebentar tadi jam 7.32 malam..jenazah sekarang berada kediamannya di 12A, Lorong Sentul Jaya 3, Taman Kosmo Jaya.

Allahyarhamah Seniwati Mariam @ Mariani Ismail

Seniwati Mariani dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura. dikurniakan 13orang cahayamata , salah seorangnya pelakon,pengarah dan penerbit Melissa Saila, hasil perkongsian hidup bersama 3 orang suami yang kesemuanya bercerai mati.

Memulakan kerjaya seni selepas memenangi Pertandingan Ratu Cantik Singapura pada tahun 1951 dan filem pertama yang dibintanginya bertajuk Darah Muda (1952)

Sama- sama kita doakan semoga Allah mengampuni dan mencucuri rahmat kepada Allahyarhamah.. AL-Fatihah

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...