Ahad, 27 September 2015

MTB : AKU TERJEBAK

Assalamualaikum..

Al-Kisah Mylaling dapat hadiah Mountain Bike dari customer dia..terus dia Whatsapp gambar kat aku (masa tu aku tengah kerja) 

Bila aku tengok MTB ni..terus terminat..masa budak dulu memang teringin nak ada MTB..tapi yelah. tak mampu..mampu tengok aje..

Bila dah ada MTB tu, asyik mengayuh je Mylaling. Tinggal aku melopong kat rumah. Bosan gile kot. Aku pun mengomel la tak puas hati sebab sebelum-sebelum ni, mana nak pergi pun kami pergi berdua..

Maka,dengan murah hatinya Mylaling belikan aku MTB juga..beli kat Lazada. Seminggu lebih,sampailah kat rumah..

dah sampai..dalam kotak. So kena pasang sendiri dalam 15% cam tulah.. 

Inilah dia MTB pertama aku.
Full suspension (softail)
Front and Rear Brakedisc
21 speed gear
Frame Aloy
Tyre 26inch 
Fordable
Size (L x W x H) : 166x64x86
Weight : 15kg


So lepas ni aku dah tak payah nak bebel la kena tinggal sebab dah boleh join Mylaling kayuh sana sini.. Insya Allah lepas ni aku nak tukar sport rim hihihi..Kiranya sekarang aku adalah MTB Newbies ..

Adeuss!!!

Ahad, 20 September 2015

FILEM KAPSUL - ANTARA REALITI & POPULARITI

Assalamualaikum..

Aku pasti semua sudah tahu tentang filem Kapsul ini. Dan entri ini mengenai filem ini yang aku sempat tonton semalam..



Ini catatan aku.  


Semalam 19.09.2015 merupakan hari ke-3 tayangan filem ini. Oleh kerana siang harinya suamiku sibuk, maka kami memilih malam. Dan oleh kerana aku perlu bangun awal keesokkan hari(hari ini) maka aku memilih tayangan jam 10 malam.

Berbaris panjang penonton di kaunter tiket JM Cinema (Jitra Mall). Jauh disudut hati..aku sangat yakin..dalam ramai-ramai itu,mungkin hanya beberapa orang sahaja memilih untuk menonton filem fakta dan sejarah seperti ini. Mentaliti rakyat Malaysia yang lebih suka dan memilih hiburan yang lebih kepada fantasi dan populariti.

Tepat sangkaan aku. Jam ditangan sudah pukul 9.55 malam. Hanya aku berdua dengan suami di dalam panggung. Bayangkan..kami berdua.. mujur tidak lama selepas itu beberapa minit sebelum tayangan bermula kedengaran suara 3 anak remaja masuk dan mereka duduk di belakang kami. (bersangka baik ..oo mungkin sebab esok hari bekerja jadi orang kurang lah)

Dan bila aku toleh kebelakang ada 2 orang lagi penonton dengan menjadikan jumlah 7 orang sahaja. Sedih hati aku. Kenapa ini berlaku? Ya..sebabnya kerana pada masa yang sama filem yang membariskan artis popular :: Polis Evo juga ditayangkan serentak. Kalau betul Polis Evo tu wujud, paling tidak pun ada sipi-sipi kehebatan polis evo tu pada polis Malaysia, insya Allah, kurang jenayah dalam Malaysia ni..tapi itu semua rekaan semata-mata! (orang Malaysia sekarang bukan saja mudah kena tipu, malah memang suka kena tipu..)

Filem bermula.. aku menonton dengan teliti. Dan ini review aku mengenainya..

::: Filem mengisahkan 3 orang jutawan golongan Melayu mudah lupa , yang cuba bertaruh untuk mendapatkan isi kandungan Kapsul (kapsul ini mengandungi Amanat Tun M) yang telah ditanam oleh Tun Dr. Mahadhir pada tahun 2002 dan hanya akan dibuka pada tahun 2020. Dengan taruhan RM1 juta setiap seorang, maka Faizal Hussien sebagai Zohri pun memulakan operasi mencuri Kapsul tersebut. Ternyata otai filem Melayu 80-90an ini masih berbisa!

Maka bermulalah kisah apabila Zohri telah "dipulangkan" ke zaman lalu dan beliau terpaksa melalui sendiri zaman 4 orang Perdana Menteri.  Memang ini filem yang sangat bagus walaupun ada beberapa scene yang nampak tidak "real". Minit ke-40 babak di mana Osman (pemandu) dengan Tunku Abdul Rahman di dalam kereta yang sedang bergerak , tiba-tiba terlihat dibelakangnya bayangan binaan Pencawang kecil TNB ditepi jalan.

Kedua, babak di Felda, ketika 2 orang peneroka mengusung bangkai harimau..harimau itu kelihatan sangat CGI nya..begitu juga imej titi batang pokok yang dilintas Tun Abd. Razak..memang ketara CGI disitu.

Ampun dan maaf sajalah defect yang sebegini , cumanya jika tiada kesan "luka" ini, mungkin aku bagi 5 bintang untuk keseluruhannya.

Berbalik kepada jalan cerita dan pelakon. Sungguh..pemilihan pelakon sangat tepat. Aku memang salute dengan lakonan Jue Aziz, Normah Damanhuri untuk ini. Sangat terkesan di hati. Begitu juga dengan Datin Fadzilah Mansur yang aku hampir tak kenal kerana perwatakan , gaya bercakap lemah lembutnya dan wajah yang di solek hampir 99% Tun Siti Hasmah. Dan watak-watak ini, telah memaksa airmata aku jatuh dengan sendiri. Tidak kurang hebatnya Elly Mazlein yang "eye-contact" nya cukup tajam dengan emosi.

>>Budak bertiga dibelakang aku dah jadi tukang sound effect - kedengaran salah seorang berkata "wei, tahun 2002 ni aku baru 12 tahun"..sorang lagi pulak menyampuk  "aku baru 8 tahun..tak reti apa lagi" ..tersenyum aku mendengar perbualan mereka>>

Pujian juga boleh diberi kepada beberapa watak tambahan yang menjadikan ramuan filem ini sangat "enak" seperti kehadiran Joey sebagai askar Melayu yang  mewarnai filem dengan watak kelakarnya. Filem jadi tidak bosan dengan watak sepertinya.

>>Budak 3 orang dibelakang aku ketawa tekekek-kekek bila ada scene yang agak lucu, dan beberapa scene yang nampak jelas CGI nya>>

Setiap watak dalam filem ini sangat kena dengan pelakonnya. Masing-masing membawa "jiwa" dengan terbaik. Zamarul Hisyam contohnya, watak sebagai peneroka Felda dalam masa yang sama seolah-olah orang hilang akal. Raut wajah yang sangat menjadi "sasaunya".. semua ini pada aku memang boleh dipuji.

>>Budak-budak dibelakang aku gelak lagi..tapi kali ni gelak itu makin kurang..tiba-tiba salah seorang daripada mereka bersuara " ishh..sedih jugak cerita ni.."..maknanya apa? Maknanya mereka sedang menghayati filem ini..>>

Aku ringkaskan cerita, apa yang terjadi dan selebihnya baiklah korang tonton sendiri. Dan aku akui, aku tidak pernah membaca atau mengkaji mana-mana penulisan di akhbar mengenai review cerita ini sebelum aku sendiri menontonnya. Pada aku biarlah aku tengok dan nilaikan sendiri dan sekiranya aku sudah tahu tanpa menonton, maka hilanglah "feel" bila aku menonton kemudian .

Di minit-minit akhir filem ini, kemunculan Tun Dr. Mahathir Mohamad..hanya dengan melihat langkah kaki dan jari jemari tua yang memang bahu Faizal Hussien pun sudah cukup untuk mengundang takungan airmata aku ditambah lagi dengan dialong yang pendek namun mampu buat airmata aku jatuh bercucuran (sampai tahap basah pipi) ..dengan cara dan suara Tun yang sebak "yaa.. bagi anak muda, perjuangan belum selesai".. (Ya Allah..sayangnya aku kat Tun..tak tau nak cakap)



>>kali ni budak 3 orang tu senyap sepi..sepatah bunyi pun tak ada..touching agaknya. Selepas babak Tun memandu Perdana keluar dari bangunan ,terdengar lagi salah seorang budak ni bersuara " eh..takkan dia bawak kereta sendiri?".. ikut hati nak saja aku jawab.. dik oi, Tun bukan macam orang lain..nak pi mana pun pakai dreba!.. 

Habis je scene tu,budak-budak tadi pun bangun dari tempat duduk untuk keluar dari panggung(ingatkan filem dah habis)..tiba-tiba ..eh..rupanya ada sedikit lagi sambungan..dan aku perhatikan mereka kembali duduk untuk tengok sehingga filem tamat>>

Inilah garapan terbaik untuk sebuah filem flashback sejarah yang sarat dengan fakta dan realiti dizaman lalu. Namun aku masih tidak faham kenapa, dalam berpuluh-puluh orang yang berbaris ketika aku hendak membeli tiket tadi, tidak pun terbuka hati mereka untuk menonton filem seperti ni malah lebih suka menonton filem yang memang sah2 rekaan sahaja. Lagi sedih ada juga ibu bapa yang membawa anak mereka menonton filem yang langsung tidak membina jatidiri bangsa itu.(bersangka baik lagi - oo..mungkin mereka sudah menonton awal dari aku)

Kepada yang sayangkan bangsa, sayangkan negara, yang pernah turun berdemo Kuning atau Merah..baiklah luangkan sedikit masa untuk menonton filem ini. Moga-moga mereka sedar dari mimpi. Kepada korang yang belum menonton..pergilah. Sikit pun tak rugi. Masih ada masa untuk korang menonton. Bawalah anak-anak bersama. Mereka yang tidak pernah tahu erti kesusahan lalu, patut diajak menonton sama.

Setelah keluar dari panggung , barulah aku nampak siapa budak bertiga tadi.. ketiga-tiganya berseluar bermuda (pendek aras lutut), rambut merah seperti budak punk..(orang Kedah kata "budak kelaghah") apa yang aku boleh katakan disini..walaupun itu rupa dan gaya mereka..aku respek mereka kerana masih sudi dan berminat menonton filem ini hingga habis..Semoga filem ini mampu mengusik jiwa mereka dan akan mereka ingat sampai bila-bila..

Memang filem ini tidak bergantung kepada pelakon yang popular, filem ini berdasarkan sejarah lalu. Pada yang nak menonton, tolong jangan harap korang  nak tengok pelakon popular yang berlakon. Pelakon dalam filem ini semuanya bukan pelakon paling popular, tapi mereka adalah pelakon terbaik. (terbaik adalah lebih baik dari popular : tolong ingat fakta ini) Pengajaran yang cukup sarat dan mampu "menampar" sesiapa sahaja yang lupa..lupa pada perkara realiti. Sebagaimana kata Tun M..melayu mudah lupa..


Selasa, 15 September 2015

TUT-TUT TARIKAN BARU BANDARAYA ALOR SETAR

Assalamualaikum.

Perkongsian dari FB. Kini ada 1 lagi tarikan baru di Bandaraya Alor Setar, iaitu Tut-Tut..ini bukan Tut-Tut seperti di Thailand..tapi ini Tut-Tut yng canggih dan moden. Rupa pun cantik. Tut-Tut ni atau nama canggihnya Ecoride beroperasi dari jam 4 petang hingga 11.45 malam. Khas untuk pengunjung yang teringin nak pusing-pusing bandar dalam keadaan santai.




Lokasinya adalah di hadapan pejabat Pusat Informasi Pelancongan/ Information Tourist Center 

*pic credit to :tuan punya pic ini..sumber FB

Sememangnya idea ini sangat bagus dan harapnya kewujudan Tut-Tut Ecoride ini mendapat sambutan dan tidak menyumbang kepada kesesakan jalanraya di Bandaraya Alor Setar memandangkan ianya beroperasi selepas waktu bekerja malah mampu memeriahkan suasana malam di Bandaraya Alor Setar

Tahniah kepada pemilik dan semoga berjaya..chek orang Kedah tumpang bangga!

Sabtu, 12 September 2015

MASAK LEMAK CILI PADI JANTUNG PISANG

Assalamualaikum..

Resepi lagi..tapi hari ni resepi orang kampung ajelah. Nama aje Masak Lemak Cili Padi Jantung Pisang, tapi didalamnya ada pucuk ubi kayu dan petai..

Bahan-bahannya;
Jantung pisang
Pucuk Ubi Kayu
Petai (biji sahaja)
Daun kunyit(hiris halus)
Cili padi,Bawang Merah,Bawang Putih,Kunyit Hidup(ditumbuk)
Asam keping (1-2keping aje)
Ikan bilis
Santan
Serai (dititik)

Cara-caranya;
1. Belah 4 jantung pisang dan rebus . Masa rebus seketika taburkan sedikit garam. 
2. Celurkan pucuk ubi (gunakan air yang sama juga..tujuan garam tadi ialah untuk elakkan daun jadi lebam)
3. Selesai celur, hiris nipis( ikut suka nak tebal ke nipis..) jantung pisang dan pucuk ubi kayu
4. Masukkan semua bahan kecuali santan dan petai kedalam periuk dengan sedikit air dan masak hingga menggelegak
5. Masukkan santan dan petai dan masaklah hingga petai lembut. Perasakan kuah sesedap rasa



Jeng..jeng..dah siap.. nampak tak sebelah kiri gambar tu. Ada warna putih mejulur keatas.. tu bukan salah kamera atau flash tau..itulah asap dari hidangan ni..
Panas-panas terus snap gambar .

Sekian aje resepi hari ni..silalah cuba..

Adeuss!!!



Jumaat, 11 September 2015

RESEPI ROTI PURI YANG KEMBONG

Assalamualaikum..

Kebizian kembali hingga menyebabkan tiada entri baru..Hari ni aku nak kongsikan resepi Roti Puri yang sangat senang dan gerenti jadi.

Bahan-bahannya;
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil Yis Mauripan
3 sudu besar minyak masak (gunalah jenama apapun ok je..aku guna minyak jagung)
1 sudu kecil guna
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan Air panas

Cara-cara;
1. Satukan semua bahan kecuali air panas..gaul ramas sampai berderai dan akhir sekali baru uli dengan air panas..rehatkan doh 15-20 minit.
2. Bulatkan doh kecil-kecil anggaran kecik sikit dari bola pingpong..tapi kalau korang nak roti yang saiz besar, nak buat besar bola sepak pun ok jee..hihi
3. Canaikan guna kayu gelek doh sampai nipis dan panaskan minyak.
4. Gorengkan dengan api sederhana sambil jiruskan minyak di atas roti untuk kembongkan roti..kalau tak jirus nanti roti jadi penyek. 
5. Angkat bila roti kekuningan..SIAP!!! Sedap dimakan bersama kuah kari..


inilah rupa Roti Puri aku..abaikan rupa yang tak sama besar tu..kikikik..hentam sajalaaa..

Itu aje untuk hari ni.. selamat mencuba. 
Adeuss!!!

Selasa, 8 September 2015

ACA & ATUK

Assalamualaikum.


Bulan lepas aku ada ceritakan mengenai Koleksi Komik Biografi :Aku Budak Minang yang aku beli sebab dah terlalu lama mencari. Kisahnya DISINI

Minggu lepas aku beli 1 lagi Komik Biografi sambungan kepada Aku Budak Minang, iaitu Aca & Atuk..


Kesinambungan kisah hidup kartunis Ujang dizaman remajanya bersama adiknya Aca dan Atuk setrlah kematian ibubapanya berturut-turut..sungguh meruntun jiwa. Aku harap sangat dimasa akan datang, kartunis Ujang akan menulis kembali biografinya sejak dia mula melukis kartun sehinggalah dia dianiaya MOY Publication..

Bagi yang meminati komik lakaran Kartunis Ujang, korang boleh dapatkan di cesb.net ..ok..itu aje cerita hari ni.. 

Adeuss!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...