Jumaat, 14 Ogos 2015

MENYETIMBOT DI DAPUR PAK YUSOFF

Assalamualaikum..

Petang semalam, lepas kerja aku bertolak balik dari Langkawi...sampai aje di Kuala Kedah.. terus Mylaling bawak ke restoran Dapur Pak Yusoff Steamboat & Grill . Lokasi di Kuala Sungai, berdekatan Caltex, berhadapan dengan kedai tayar. Mylaling belanja makan sempena birthday aku hari 10 Ogos lepas..

Besar signboard dia, kalau tak nampak lagi taktaulah!

Antara bahan steamboat yang disediakan

Sayur dan salad

Konsep makan kat sini , ambil lah berapa banyak korang nak makan. Pekerja akan setkan dapur, tuangkan samada kuah sup atau tomyam mana yang korang nak..

Macamni..pastu korang rebus dan grill lah sesuka hati dengan gunakan bahan yang disediakan


Berapa banyak korang makan..inilah sahaja harganya. Harga termasuk desert aiskrim dan air minuman yang dah disediakan (boleh oder yang lain selain yang disediakan..tapi caj lain untuk air tu) . Ada juga simple laicikang. Makanlah sampai pengsan!

Memang puas hati..

Korang boleh ceduk sesuka hati sebanyak mana korang nak..tapi tak habis makan..siap!

So jangan membazir. Ambik sikit-sikit..makan pelan-pelan.. hasilnya kenyang tersandar! Berbaloi dengan apa yang korang bayar. Aku 100% rekomenlah restoran ni.. 
Ini lokasi restoran Dapur Pak Yusoff Steamboat & Grill ni. So..bolehla korang cuba ye!

Dari 5 bintang, aku bagi 4.5bintang.. ..Itu aje entri aku..Adeuss!!


2 ulasan:

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...