Selasa, 26 Mei 2015

KULAT SISIR GORENG KUNYIT

Assalamualaikum..

Puas aku mencari kulat sisir ni..ada yang panggil kulat sisik..tumbuh di tunggul kayu mati dan biasanya kayu pokok getah.

Ini makanan legend..zaman kecik aku,anak penoreh..inilah menu paling sedap . Tiap kali musim hujan malam, esok paginya aku ikut mak abah ke kebun getah. Dengan lingkar ubat nyamuk yang diikat dipinggang bersama sehelai beg plastik.. memori mengutip kulat ni masa mak abah tengah menoreh..

Hari ni aku nak kongsikan resepi simple yang boleh buat aku tambah nasi 3 pinggan. Kulat Sisir Goreng Kunyit..

Bahan-bahan;
Kulat sisir (cuci bersih lah ye)
Daging lembu potong kecil dan gaulkan dengan garam dan kunyit (aku suka yang ada lemak dan urat tu..syahdu mengunyah 2 jam baru hancur .haha..)
Bawang putih,bawang merah,halia, asam keping
Santan
Serbuk kunyit
Bawang besar dan cili padi

Caranya;
1. Tumiskan bawang merah,bawang putih ,halia dan asam keping yang dimayang halus sampai naik bau
2. Masukkan daging , kacau dan kalau nampak kering masukkan sikit air.(kalau tak ada daging pun ok..terus masukkan kulat)
3. Masukkan kulat, serbuk kunyit dan masakkan sampai betul-betul masak. Tambah air sikit kalau kering.
4. Masukkan sedikit santan.. gula garamkan sesedap rasa. Matikan api dan masukkan bawang besar dan cili padi. Kacau rata..siap!

Inilah "lauk" paling rare masa zaman aku budak..hingga sekarang. Cuma nak dapat kulat ni memang susah. Sekali aku jumpa, sekilo aku beli. Hambekk..

Itu ajelah resepi simple aku ni. tapi nikmatnya.. Tuhan saja yang tau. selamat mencuba.. Adeus!!!

6 ulasan:

  1. ye saya kenal cendawan ni coz anak peneroka jugak hiksss...saya panggil cendawan kukur. buat masak lemak cili padi pun meletopsss jugak

    BalasPadam
  2. Alahai kakak suka ni.
    Keluarga kakak panggil cendawan tekukur - burung tekukur suka kot haha... tapi memang sedap dan susah nak jumpa sekarang ni. Masa kakak kecik-kecik dulu adalah..

    BalasPadam
  3. memang sedap ni, cuma jarang nak jumpa kulat sisir sekarang.

    BalasPadam
  4. susah jumpa, minggu lepas beli kat pasar borong, harga sekilo RM65

    BalasPadam
  5. boleh beli dengan saya rm 50 sekilo..inshaallah A kualiti

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...