Ahad, 1 Mac 2015

TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI - 3D ART MUSEUM

Assalamualaikum..

Rugi pulak tak kongsikan dengan korang tempat menarik di Langkawi ni.. Insya Allah aku akan tulis entri dengan topik seperti ini..

Sebelum tu..nak belanje dulu pic ni..



Semalam aku ke Muzium 3D . Muzium ni baru dibuka kepada umum mulai bulan Februari..memang baru lagi..Muzium ni merupakan Muzium 3D Art terbesar di Malaysia..rugi kalau tak masuk

So kepada korang yang nak pergi Muzium ni..tak susah. Memang tak ada signboard dijalan..tapi korang cuma kena cari jalan ke Cable Car atau Oriental Village sebab muzium ni ada dalam kawasan Cable Car ni.

Untuk pengetahuan korang..jika korang orang Kedah.. beralamat Kedah ( kad pengenalan 02 tak layan yee) boleh dapat harga promosi RM15 untuk dewasa..kiranya setengah harga asal..tunjukkan ic korang je..


Lepas beli tiket.. dan sebelum masuk..kena buka kasut dulu..so tak payahla korang nak pakai heel ke hapa ke. sebab budak yang jaga kaunter akan panggil korang dan bagi plastik..kasut korang tinggal dikaunter..masukla jalan kaki ayam

tiket kena scan dulu..baru masuk..

sebelum tangkap gambar..tengok dulu dilantai..ini adalah tanda dimana sudut paling cantik dan ngam untuk korang possing pada setiap 3D art yang ada kat situ.

Ada banyak ruang kat sini..bangunan 3 tingkat. Asyik sangat ambil gambar..sampai lupa pulak nak kira berapa gambar 3D yang ada kat muzium ni. Oleh itu..aku jamulah mata korang dengan gambar pelbagai sudut dan ragam manusia dalam muzium ni.. satu je pesanan aku..jangan malu-malu nak possing kat sini..sebab yang masuk dalam ni semuanya gila possing..huhu

gamak korang tak tau nak possing macam mana..setiap gambar ada lagi gambar rujukan cara nak possing.ada juga staf yang bantu dan ajar dalam tu..so..dont worry..yang bestnya..ad juga staf yang volunter tolong tangkap gambar ..

ruangan pertama


ruangan ke-2

ruangan ke-3

ruangan ke -4

naik tingkat atas- ruangan ke-5

ruangan ke-6

turun balik ke tingkat bawah - ruangan ke-7

ruangan ke-8

Dan ada 2 ruangan lagi..salah satunya ada gambar Tun M..dan..bila aku keluar dari situ baru aku sedar aku lupa nak snap gambar ruangan tu..dan satu lagi yang ada gambar kucing besar..apa nak buat..dah terkeluar..huhuh

So kepada korang yang dah sampai ke Langkawi..bolehla cuba masuk dalam muzium ni. Harga tiket RM30 untuk dewasa..dan kalau beralamat Kedah ..akan dapat diskaun separuh harga sah sehingga Mei 2015..Harga yang sangat berbaloi jika nak dibandingan dengan pengalaman dan kepuasan yang bakal diperolehi..

Itu aje perkongsian hari ni.. Adeuss!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...