Ahad, 15 Mac 2015

LIMA 2015 - TRAGEDI PERTAMA

Assalamualaikum.

Berita panas dihari yang tengah panas. Belum pun bermula pertunjukan LIMA '15..tapi sudah berlaku kejadian malang yang tidak diingini

2 buah jet Jupiter dari Indonesia berlanggar sayap sesama sendiri di udara ketika latihan aerobatik untuk LIMA '15 di ruang udara Langkawi dan mengakibatkan rumah seorang penduduk menjadi mangsa keadaan. Serpihan jet yang terbakar diudara jatuh menimpa bumbung rumah berkenaan. Kejadian berlaku sekitar jam 2 petang tadi.

Kejadian berlaku di kawasan Pemandangan Indah, Langkawi. Jet berkenaan jatuh berhampiran Pasaraya Kedawang, Langkawi dan beberapa lagi di kawasan sekitar.

Mujur kesemua 4 orang pilot sempat melantunkan diri keluar dari jet yang terbakar akibat perlanggaran tersebut dan mereka ditemui selamat oleh anggota Bomba dan Penyelamat Langkawi.

Berikut adalah gambar-gambar insiden perlangaran jet Jupiter berkenaan. Gambar  dari FB Langkawi Sana Sini (terima kasih kepada tuan punya gambar) .















Nasib pilot selamat. Tapi apa nasib tuan punya rumah? Siapa yang harus bertanggungjawab memperbaiki atau mengganti rumah dan hara benda orang kampung yang terbakar tu? Penganjur atau pihak Tentera Indonesia sendiri? Harapnya jangan diam, senyap dan sepi dah la..kes naya kalau macam tu..mujur tak ada kematian terutama penghuni rumah tu..kalau tak, siapa nak jawab? 

*info akan di update dari semasa ke semasa




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...