Jumaat, 28 Februari 2014

KOLAM RENANG TERBESAR DI DUNIA

Assalamualaikum..

Cuaca panas begini..alangkah bestnya kalau dapat berendam dan berenang..tengok pulak gambar kat bawah ni...

Inilah kolam renang terbesar di dunia.Terletak di Chille. Bayangkan kalau  dapat berenang dalam kolam besar macamni..tak perlu risau dipukul ombak..apalagi dihanyut ketengah..huhu..best..memang best gile..

aku nak berangan jab.. Adeus!!! 

Khamis, 27 Februari 2014

SAMBAL BELACAN CARA AKU

Assalamualaikum..

Sebagai rakyat Malaysia, kalau tak tahu apa itu Sambal Belacan..memang patut dicili-cili. Makanan yang tidak pasti siapa perekanya. Sambal belacan dibuat dari bahan yang sama. Pedas..dan yang membezakannya adalah tahap kepedasan.

Sebagai wanita Melayu..amatlah koman dan lekeh kalau tak tahu buat  sambal belacan. Bertambah koman kalau ada yang cuba tanya resepi dengan Pak Cik Google.

Dan selama aku berblog..belum ada lagi AMT yakni Ahli Mesyuarat Tingkapku..(koranglah tu) yang buat entri resepi sambal belacan.

Kali ni aku nak berentri resepi sambal belacan cara aku. Gabungan 3 jenis cabai@cili iaitu Cili Merah + Cili Padi + Cili Burung@Kampung yang ditambah Belimbing Buluh bercampur perahan limau nipis dan air asam jawa tak lupa juga belacan bakar,garam dan gula.

Tiada istilah tumbuk hingga lumat kerana aku bukanlah makhluk serajin itu..semuanya aku humban dalam balang lalu aku blender. Dengan 3 kali tekan..SIAP


Lalu aku namakan sambal belacan aku.. JanganSalahkanAkuKalauAdaYangMenangis.

p/s : sediakan tisu untuk lap hingus..

Adeuss!!!

Ahad, 23 Februari 2014

SELAMATKAH TONG GAS ANDA?

Assalamualaikum..

Korang rajin memasak?
Korang terer memasak?
Korang rajin upload entri pasal resepi baru yang korang masak?

Kiranya bab yang berkaitan dapur korang terhebat?

Sebenarnya korang tetap dikira tak berapa terer dan hebat kalau tak sayang nyawa sendiri..

Peringatan kecil ni memberi kesan yang besar dalam hidup korang..terutama yang memasak guna dapur gas
*yang memasak guna dapur karan atau dapur kayu, dialu-alukan untuk baca entri ini


SILA SEMAK TARIKH LUPUT TONG GAS ANDA!

Tengok angka dan huruf yang ada di tong gas anda
Huruf A,B,C atau bermaksud suku keberapa dalam satu tahun
A untuk March (suku pertama)
B untuk Jun (suku kedua)
C untuk September (suku ketiga)
D untuk Disember (suku keempat)

2 digit dibelakang huruf itu menunjukkan tahun tamat tempoh tong itu. Contoh jika tarikh tamat tempoh pada Disember 2006, maka akan ditulis sebagai D06.

Jadi periksalah tong gas anda sekarang..dan ingatlah untuk pembelian akan datang dan pastikan..
"Anda yang memasak guna gas, tidak dimasak oleh gas!"

Adeus!!!

Khamis, 20 Februari 2014

CONTEST TEKA BAHAN

Assalamualaikum..

Aku tahu, korang semua (yang perempuan la kan) kebanyakkan terer dalam masak-memasak. Asyik memasak je..pastu upload gambar di blog atau fb. Apa kata, jom uji ketererran korang tu dengan join peraduan yang aku anjurkan di page CheezyCrazyJCP aku nih..

Ini adalah julung-julung kali aku mengadakan peraduan di fb page aku. Caranya.. LIKE fb page aku tuh..lepas tu masukkan jawapan korang di ruangan komen pada gambar seperti di bawah ini


Korang dikehendaki teka 3 bahan mengikut susunan dan namakan menu yang terhasil dengan gabungan semua bahan tersebut..

Hadiahnya??? WANG TUNAI yang cukup untuk isi minyak kereta korang pergi kerja..hehehhehe

Senangkan.. LIKE..dan jawab jer..kacang gile nih.. Cepat-cepat!!! Tarikh tutup 28 Februari ini..apa tunggu lagi..

Rabu, 19 Februari 2014

ERRA FAZIRA BERCERAI

Assalamualaikum..

Semua orang sudah maklum..primadona fiem Melayu Moden..Erra Fazira telah bercerai untuk kali ke-2. Dan aku telah membaca pelbagai komen dari setiap post di fb yang memaparkan tajuk ini sebagai status post mereka.

Aku amat hairan, kenapa mentaliti  sebilangan besar masyarakat Malaysia serendah tapak kasut! Bila bercerai aje dipandang hina. Tak kira yang bercerai tu artis mahupun orang biasa. Yang dikutuk dicaci adalah pihak perempuan..yang kuat mengutuk dan mencaci tu pun orang perempuan..Hello!!! Hello!!!

Ini pesanan untuk kaki mengumpat dan mengutuk tu

  • Daripada kau menghina orang, lebih baik kau jaga rumahtanggaa kau elok-elok
  • Kalau kau belum kawin, jangan pandai-pandai nak nasihat orang sebab kau belum tentu berlaki
  • Kalau kau dah kawin jaga anak bini kau bagi cukup makan pakai, bagi tutup aurat
  • Kalau kau dah jadi bini orang, lebih baik kau jaga nama baik laki kau..jaga laki kau baik-baik kot-kot nanti kau pulak kena cerai!
  • Kau sapa nak hukum orang tu salah, orang ni tak betul? 
  • Kau tak duduk di tempat dia, apa kau tahu apa yang diorang alami?
  • Kalau kau rasa kau bagus sangat, aurat dah tutup, tolong jaga mulut tu biar setaraf dengan aurat yang ditutup

Siapa kita nak pertikai masalah rumahtangga orang. Kita yang bahagia sangat ni , yang loving couple sangatlah kan tu..pastike jodoh kita tu akan kekal sampai akhir hayat?? Siapa yang boleh angkat tangan mengaku.."Aku kompom aku takkan bercerai"..jangan takbur..Allah nak uji senang aje..Dia uji sikit baru kau tau.

Semua orang yang dah berkahwin nakkan kekal sampai kemati..tapi ini kerja Allah..Dia yang mengaturkan semuanya. Siapa kita nak lawan??

Antara komen orang yang tak ada otak..mudah-mudahan terkena balik kat diorang!



\

Dan ini komen aku!

Sudah-sudahlah ..dari kita mencanang buruk orang, lebih baik kita selak kain kita sendiri dan tengok apa yang kurang.
Itu keputusan mereka. Diorang ok je..orang pulak yang lebih-lebih. Apahal??
Aku tertarik dengan video insta dari Erma Fatima..dia dan Ummi Aida memang kawan rapat dengan Erra..
Katanya 
"Kalau ditakdirkan kita yang bercerai, apa yang kita rasa? so jangan ambil kerja Tuhan"
bila artis bercerai, kecoh 1 malaya.tapi kalau mak kita kena cerai dengan bapak kita, tergamakkah kita nak kutuk mak bapak kita?"
::MOHON TERASA::



Selasa, 18 Februari 2014

REZKI YANG TAK BERKAT

Assalamualaikum..

Korang sebagai blogger..apa pendapat korang dan perasaan korang bila gambar yang korang ambil, (tangkap sendiri) dan kemudian korang upload di Internet samada blog atau fb..lalu pada suatu hari korang ternampak ada orang lain menggunakan gambar yang korang usakan itu..bukan setakat menggunakan tapi digunakan sebagai iklan untuk lariskan jualan?

Gembira? Bangga? Tak rasa apa-apa?

Aku?? SANGAT BENGANG!!! Bayangkan susah payah aku buat hidangan , untuk lariskan jualan sendiri tapi di CURI oleh makhluk yang tidak bertanggungjawab untuk lariskan jualan dia. Sedangkan di gambar itu aku sudah tampalkan watermark..pun telah digunakan. Lagi jahat, ada gambar yang ada watermark tu telah dibuang watermark aku lalu digunakan oleh mereka tanpa rasa bersalah.

Bagi AMT yang sudah lama follow aku, korang tahu apa bisnes aku..ya aku jual Cheese Powder dan macam-macam lagi. Disebabkan aku tidak bernaung di bawah mana-mana orang, aku bergerak secara solo, maka aku ikhtiarkan untuk buat iklan sendiri untuk lariskan jualan.

Mahkluk kurang ajar yang aku maksudkan ini adalah Rezqi Cheese Powder. 

Kisah ni terjadi 11hb2 yang lepas. Aku tangguh dulu entrinya untuk beri laluan pada entri lain yang sudah aku autopublishkan.

Takdir Allah, 1 hari, agen dia yang merupakan salah sorang yang ada dalam friend list aku dah upload 1 gambar iklan..dan aku tengok gambar itu..menyirap darah bukan kepalang. Aku sound dia direct. Dia minta maaf kat aku sebab dia tak tahu dan dia ambil gambar tu dari page Rezqi yang kurang ajar tu. Aku buka page tu, bukan 1 gambar aku..tapi 3 gambar..!!!

Aku terus komen di gambar tu. Memang aku tak dapat nak maafkan sebab dia MENCURI gambar aku. Boleh pulak budak yang aku sound tadi tanya aku balik, adakah aku pasti itu gambar aku? Kalau dekat memang aku nak angkat pinggan yang ada di rumah aku tu tunjuk depan dia. 

korang tengok gambar karipap tu?

ini gambar karipap yang aku buat sendiri..dah ada watermark..tapi dia crop watermark aku

Ni gambar nugget yang aku goreng..aku upload di fb page tapi dia curi buat macam gambar tu dia punya

Ni lagi sakit..siap ada watermark penbiru..kurang ajar betul

Memang nampak benda ni macam kecil, tapi apakah rezki REZQI tu berkat ? Rupanya dia dah guna gambar milik aku tu sudah bertahun-tahun!

Disebabkan perkara itu, aku telah maklumkan di page aku CheezycrazyJcp , yang aku terpaksa delete semua gambar sajian yang tidak ada watermark atau yang ada tapi watermark itu di bawah gambar bagi mengelakkan digunakna sewenang-wenang oleh pencuri seperti Rezqi tu.

Dalam pad itu, budak yang aku sound tadi pm aku dan tunjukkan mesej yang dia terima dari admin  Rezqi tu.. Korang bacalah sendiri. Itukah jawapan???

Bila aku baca print screen ni..menyirap-nyirap darah aku..
lalu ini jawapan aku di fb;

melalui org tgh(nama dirahsiakan)dia kata: 
1.secara honest kami x ambil pic org lain n edit@crop watermark
JAWAPAN: honest?? dah tu pic karipap aku tinggal sekerat tu..sapa yg crop?JEBON??

2.sebelum kami ambil pun kami make sure boleh ambil dulu
JAWAPAN: make sure? dengan sapa? HANTU??


3.image pasal karipap tu admin x ambil n crop tapi agent yang buat.admin penah tanya n dia kata buat sendiri, tu admin pilih pic dia..
JAWAPAN: agen hang dengan hang sama mangkuk hayun.Tlg habaq nama agen tu.Nama apa agen? SETAN?

dengan sikit pun tak ada rasa bersalah..hanya ini yang dia post di fb page dia.

Walaupun dia dah delete semua gambar aku yang dia dah guna berulang kali..aku memang tak dapat nak maafkan dia. Aku TAK HALAL kan apa keuntungan yang dia dah dapat, yang dah jadi darah daging dengan hasil jualan menggunakan semua gambar hasil usaha penat lelah aku.

Kita sebagai blogger mesti ada etika sendiri. Kalau kita gunakan gambar dari sumber google, sepatutnya kita beri sedikit kredit atau penghargaan di gambar tersebut. Contoh *credit pic to bla bla bla.

Kalau tengokkan page dia bukan main ramai likers sampai 4000 lebih, sedangkan aku 400lebih ajer, tapi kenapa PEMALAS dan ambik jalan mudah curi gambar orang.Tau nak senang aje Tak ada inisiatif sendiri nak lariskan jualan. Kurang ajar dan memang kurang ajar. Kalau agen-agen aku, aku kenal dan aku benarkan diorang guna sebab diorang ambil stok dengan aku. Ini dah la kau tak kenal, langsung tiada kena mengena dengan aku.

Aku memang TAK MAAFKAN dia .. TAK HALALKAN..dan REZKI KAU TAK BERKAT!!!

TO REZKI CHEESE POWDER..JUMPA DI PADANG MAHSYAR!

Isnin, 17 Februari 2014

PULAU PERHENTIAN KECIL -OMBAK RESORT

Assalamualaikum..
Ini entri khas untuk Ombak Resort, resort yang aku menginap ketika ke Pulau Perhentian Kecil tahun lepas..(erkkk?? tahun lepas?? hahah berita basi). Tak apalah asalkan aku dapat berkongsi sesuatu dengan korang semua dan sesiapa sahaja yang berhajat kesana.

Sebelum aku pergi, aku menggugel dulu, cari lokasi dan resort terbaik. Perhentian Kecil ni sesuai untuk pasangan dan orang muda. Kalau nak bawa family, eloklah ke Perhentian Besar. Sebab kat Perhentian Kecil ni banyak duyung yang tak sesuai di tonton oleh budak bawah umur..hahaha

Banyak resort kat sini. Ada yang chalet tepi pantai , ada chalet atas bukit. Aku memilih Ombak Resort sebab harganya berpatutan. Dan yang paling aku tak sangka, layanan mereka sangat bagus. Dengan ini aku memberi " EMPAT BINTHHHANNNGGGG!!!" *sila jerit ala-ala Nora Danish ye..kehkehkeh

Aku cuba menghubungi salah seorang staf Ombak Resort iaitu Dyana. Sangat friendly orangnya. Rajin pulak di melayan aku. Macam-macam info dan guide yang dia bagi. Di sini aku nak tunjukkan beberapa keping gambar yang Dyana dah wassap kat aku sebagai panduan sebelum aku kesana..





























Cantikkan semua tempat tu. Apapun, thanks a lot to Dyana Ombak Resort. Walaupun aku tak berkesempatan untuk berjumpa dia sebab ketika akui di sana, Dyana berada di KL. Sebelum aku balik juga, sempat dia berpesan untuk menulis sesuatu di buku pelawat..apalagi..tulis ajelah..tanda penghargaan kepada pihak resort .

Suka aku maklumkan di sini, aku tidak dibayar untuk beriklan di sini, aku cuma rekomenkan apa yang terbaik sahaja. Itu aje untuk hari ini.. Insya Allah aku akan kembali kesana mungkin untuk tempoh yang lebih lama..Adeus!!!
posted from Bloggeroid

Ahad, 16 Februari 2014

HONEYMOON @ PERHENTIAN - PART 6

Assalamualaikum..

Kisah 3 hari 2 malam je..tapi meleret sampai Part 6. Tula yang aku malas nak menulis..kalau aku dah terrrajin..berpart-part la sampai orang jemu nak baca. Sabau ajela yeee..


Day 3

Hari ni hari akhir kat sini. Rasa macam tak cukup dengan 3 hari ni..nak berendam lagi..nak kejar ikan lagi..huhuhu.. insya Allah aku akan kembali semula ke Ombak Resort ni..untuk ber Ombak Rindu dengan cik abang bucuk aku tu..


Menu sarapan seperti biasa dan kami adalah yang terawal. Lepas makan sempat lagi aku berjalan-jalan sementara menanti waktu bot sampai. Waktu check-out adalah pukul 10. So untuk hari terakhir ni aku tak cerita banyak..hanya nak kongsikan gambar yang sempat aku rakam dari jeti dan kawasan Ombak Resort.


air yang superjernih seperti kaca






dari jeti..kelihatan Ombak Resort

Bot sampai dalam pukul 10.30 macam tu..sementara nak bergerak..pukul 11 jugak lah..


Bye-bye pulau..aku memang rindu gile nak datang sini lagi.. Sampai di Jeti K.Besut dalam pukul 12 sebab bot berhenti ambik orang di Perhentian Besar..

So , kepada korang atau sesiapa yang nak bercuti di Pulau Perhentian boleh hubungi Dyana : 0199778222. orangnya sangat ramah..banyak info dan guide yang dia bagi.. Apapun..inilah percutian terbest pernah aku rasai bersama suami terchenta aku..sekian!

Sabtu, 15 Februari 2014

HONEYMOON @ PERHENTIAN - PART 5

Assalamualaikum..

Sambung bab berendam semalam.. mula-mula tu aku lepas makan, lepak bawah pokok kelapa..tepi pantai..aku ajak suami mandi..dia malas sebab orang tak ramai yang mandi..geram punya pasal..aku heret jugak kelaut..last-last dia yang tak nak naik darat..syoknye berendam..ikan comel-comel datang dekat..betis suami aku dicuit-cuitnya..aku tak dapat nak ambik gambar ikan tu sebab kamera aku letak tepi pantai belakang batu..nak bawa kelaut aku takut jatuh sebab aku lupa bawak  casing water resist tu..lagi pulak, kami berjalan jauh ke tengah laut..air cetek sampai paha je..ada tempat yang sampai lutut je.. apalagi kami bersila atas pasir tu..air sampai dada..best gile lah!

Seingat aku masa tu hanya aku , suami dan ada la 2-3 orang mat saleh yang ada dalam laut..yang lain semua berjemur macam sotong kering tepi pantai.. Suami aku kata dah lewat ni..pukul 3..memang hangit gile lah 2-2 orang..Kalau diikutkan ada pakej untuk scuba diving. Pihak Ombak Resort akan bawa pengunjung ke lokasi strategik untuk diving.. aku yang tak nak sebab aku tak pandai berenang..aku tau berendam je. So aku dan suami diving ala-ala katak je kat pantai cetek.

Ikutkan hati..aku tak nak naik ke darat lagi,, tapi karang terbabas zohor pulak..makanya..aku pun naiklah ke darat..balik ke bilik..dan buatlah apa yang patut...pastu..kkroohhhhhhhh zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..

Punya sedap terlena, sedar-sedar dah pukul 6..cepat-cepat Asar..pastu aku dan suami berjalan ke jeti sebab nak tengok matahari terbenam katanya...Maka jomlah saksikan apa yang sempat aku rakamkan..






Terbenam je matahari, kembali ke bilik ..lepas maghrib, kami terus ke cafe..malam ni disajikan menu barbeku.. Inilah menunya..seperti biasa memang sedap. Korang kena datang sendirilah dan cuba. Cuma aku harap masa korang pergi nanti, biarlah tukang masa yang sama macam masa aku datang..kang korang pergi kena tukang masak lain..masak tak sedap ke..korang nanti komplen..apa punya pen biru..macam ni pun kata sedap ke...

untuk menu ni aku cuma harapkan agar diberi set cutlary yang sesuai..maksud aku bagilah sudu makan sebab set ni tak diberi sudu..ada pisau dan garfu aje..bayangkan aku menyuap nasi guna garfu..perghh..sungguh mencabar kesabaran dan kelaparan!

Kan?...aku jugak yang kena..ok..esok ada sikit lagi..Adeus!!!

Jumaat, 14 Februari 2014

HONEYMOON @ PERHENTIAN - PART 4

Assalamualaikum..

Sambung kisah semalam..lepas makan..lepak tepi pantai..perut dah macam anakonda telan kerbau..kami pun balik tido..

Day 2

Celik mata dengan semangat berkobar-kobar ingat nak berendam kat mana hari ni sebab semalam masa aku tengah makan , Cik Diana(Ombak Resort) yang aku deal masa sebelum booking bilik tu ada wassap tanya khabar... bagusla diorang ni.. tumbs up untuk ke "friendly" an diorang. (ehh ada ka perkataan cam tu..hahah).. dia ada cakap, kalau nak mandi lagi best boleh hiking sikit membelah bukit di belakang resort tembus sampai ke sebelah bukit, akan jumpa pantai yang best yang dinamakan Long Beach..

So..sebelum apa-apa..aku dan en.suami antara yang terawal pergi breakfast. Menu sangat simple. Sesuai untuk tekak semua orang.


Selesai bersantap aku berjalan ke pantai depan resort. Untuk pengetahuan, resort ini sebelah matahari jatuh. So waktu pagi sangat redup terlindung bayang-bayang manakala disebelah petang agak terik dan kebanyakkan pengunjung akan berjalan ke Long Beach di belakang bukit sebab Long Beach menghadap matahari terbit. Kalau pergi pagi memang panas dan tak sesuai untuk menjadi duyung berjemur.

 dari depan resort..cantikkan?



Jarak perjalanan dari resort ke Long Beach dalam 10minit kalau berlari ye tuan-tuan dan puan-puan..tapi kalau berjalan ala-ala itik pulang petang tu boleh sampai 20 minit..penat jugak tu..terkengkang jugak mendaki bukit tu sebab ada track untuk ke sana.




Track belakang resort untuk ke Long Beach

Long Beach..di hadapan..



Pagi  kat Long Beach memang tak ada apa sangat. Lepas berehat seketika..niat nak mandi tak jadi sebab matahari terik..abis hitam kulit aku yang putih biji kekabu ni..Kalau nak mandi bagi puas dan best, kena datang petang..barulah pantai ni redup sikit..dan malam pun ada aktiviti kat sini..

Aku pun beransur balik dalam pukul 11.30 camtu dan lepak aje dalam bilik..masa tu dah tengahari..kita berehat seketika..


dari belakang Ombak Resort

Jam pukul 12..perut berdongdang sayang..apalagi..kali ni kami try warung yang no.2 dari resort (sebelah kiri resort). Aku lupa pulak nak snap gambar nama warung ni..tapi warung ni paling besar kat sini..

Apa aku oder..tengok ajelah..

 Nah kau.. aku minta buah 1 set..ingatkan 1 pinggan kecik yang buah-buah dipotong tu..sekali sampai..nah hambik..jenuh makan. Harga tak salah aku untuk semua menu tu dlm RM60 cam tu..(tak pe..makan je..my darling yang bayar..hikhikhik)


Perut sudah kenyang..apa  lagi..aku dengan suami mengalah kan mat saleh yang putih gebu tu..berendam dalam laut dari pukul 1 sampai 3petang..hahah..macam dugung wehh..

Panjang pulak cerita..sambung esok ajelah..ok Adeus!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...