Jumaat, 31 Januari 2014

AISKRIM MALAYSIA MAK AKU

Assalamualaikum..

Cuti Tahun Baru Cina..dan cuti minggu di Kedah. Aku balik kampung mak aku.Cuaca panas di siang hari, tapi sejuk pada waktu malam. Dah lebih sebulan hujan tak turun. Rumput makin mengering..

Jualan mak aku cukup laku.. dah 3 tahun lebih mak aku jual..jika dikumpul-kumpul hasil jualan, memang cukup untuk beli sebuah lagi petisejuk 2 pintu..

Inilah jualan mak aku

Aiskrim Malaysia..

Hanya 20sen..walaupun harga gula dah naik, tapi aiskrim buatan mak aku masih mengekalkan harga lama..20sen aje. Harga kampung. Hinggakan mak aku dah ada pelanggan tetap .

Relevan kah harga 20sen tu? Soalan yang aku ajukan pada mak aku..mak aku jawab..kesian budak-budak nak jual mahal.Lagipun mak jual bukan nak kaut untung, tapi saja suka-suka..

Semoga murah rezki mak aku...aminn...

Khamis, 30 Januari 2014

PHD YANG TAK GUNA

Assalamulaikum..

Bersiaran lagi dengan Bloggeroid..
Aku yakin..semua sudah maklum dengan istilah dari singkatan PHD.. ya Perasaan Hasad Dengki..

Dimana-mana pun memang ada manusia macam ni. Lagi buruk,manusia spesid ni berselindungg disebalik labuhnya tudung atau cap hitam didahi.

Disekitar aku pun ada. Sedangkan aku tidak pernah peduli siapa mereka..apa kerja mereka..rupanya mereka sibuk mengata dan mengutuk aku. Depan aku mereka sangat manis. Bercakap lembut bak gigi yang lembut dari lidah.

Lepas 1..1 aktiviti mereka mengumpat. Ada jantan dan ada betina. Walhal kerja aku tak libatkan mereka langsung. Dan aku tak pernah peduli hal mereka. Mereka sentiasa mencari bahan untuk pedajalkan orang yang mereka tak suka. Kenapa Allah cipta mereka?

Ya..supaya neraka tidak sunyi. Mereka pandai membodek hingga mereka diiktiraf antara yang terbaik. Sedangkan mereka telah menabur racun dalam periuk nasi orang..kalau tabur pasir..ayam masih boleh makan nasi tu..bila dah tabur racun..jangan katakan ayam,cacing dalam tanah pun taknak makan.

Aku tahu..para pemegang PHD dan kuncu-kuncu mereka membaca entri ini..tapi.. ADA AKU KISAH!

Mereka sembahyang..mereka berpuasa..tapi mereka masih lagi hasad dengki dengan orang..menganiaya orang..

Allah itu berkuasa..aku serahkan segala-galanya..moga berkat segala rezkiku dan dapat kembali ke Tanah Suci sekali lagi..aminn...

posted from Bloggeroid
PEN BIRU...

Rabu, 29 Januari 2014

TESTING! TESTING BLOGGEROID

Assalamualaikum..

Owh..kesian sungguh aku..ketinggalan zaman. Orang dah berkurun guna Apps ni..aku baru nak mula..Entri ni ditulis dan dipublish guna Apps yang baru aku install dari Store..Bloggeroid namanya..

Sebelum ni aku gunakan kaedah dan skrin biasa (cuma menggunakan Note bukan pc). Saja aku nak test ok ke idok..

ok itu aje..nama pun testing..Adeus!!!



posted from Bloggeroid

Ahad, 26 Januari 2014

ANUGERAH JUARA LAGU 2013

PERSEMBAHAN TERBAIK - HAFIZ SHUIB

VOKAL TERBAIK - JACLYN VICTOR

TEMPAT KE 3-HADIAH RM10 000-AWIE RAFAEL... maaf aku tak berapa suka lagu ni..lebih bagus lagu Alyah..lirik lebih puitis,melodi cukup sedap ditambah vokal yang mantap..entah apa silap lagu tulisan Erma Fatima tu langsung tak tersangkut..kalah dengan lagu yang tak ada makna macamni..hampa dan sedih...

TEMPAT KE 2-HADIAH RM12 000-HYPERACT..yang ni memang patut ada tempat dalam senarai..cukup puas hati.

JUARA LAGU KE-28 membawa pulang  HADIAH RM35 000-HAFIZ
Tahniah..lagu ini sememangnya sangat bermakna dan aku turut meminatinya..Tahniah kepada pencipta lagu ini LY dan Baiduri. Pasangan suami isteri yang sinoname dalam persada seni tanahair..

Jumaat, 24 Januari 2014

FILEM 2012 KISAH KIAMAT?

Assalamualaikum..

Ini adalah entri berkaitan semalam. Korang tentu tahu tanda-tanda kiamat. Kita sebagai orang Isalm wajib percaya berlakunya kiamat.l Tujuan aku menulis ini bukan nak takutkan sesiapa sebab aku pun bukan berani sangat, cuma aku harap tulisan ini memberi sedikit "peringatan" kepada yang hidup tapi tak ingat tentang mati dan kiamat.

Entri semalam adalah berkaitan perubahan paksi bumi yang memungkinkan perubahan lokasi kutub utara. Sebelum dari penulisan artikel yang aku kongsi semalam tu, kira-kira 4-5bulan lalu aku ada menonton filem di siaran HBO iaitu filem Inggeris bertajuk 2012. 


Kisah bagaimana kejadiakan pergerakan dasar bumi yang menyebabkan berlaku perubahan bentuk muka bumi dan tsunami besar hingga mencecah puncak Everest atau dalam kata lain adalah Kiamat.

Dan bila aku membaca artikel semalam(sebelum dikongsikan dengan korang di sini) terus aku teringat kisah filem 2012 tu. Untuk mendapat bayangan lanjut aku sarankan korang menonton filem tu.


Al-Quran terlebih dahulu menceritakan bagaimana berlakunya kiamat. Tetapi Barat telah cuba memvisualkan di layar perak. Ada baiknya juga filem itu di tayangkan..ianya peringatan yang sangat bermakna. Walaupun filem itu di olah mengikut persepsi Barat, tapi aku tidak menolak, besar kemungkinan itulah yang bakal berlaku.

Bagaimana berlakunya Kiamat,. hanya Allah sahaja yang tahu, kita sebagai hamba cuma diberi bayangan dan petunjuk..maka marilah kita muhasabah diri..apakah kita sudah bersedia. Sekali lagi aku katakan, aku bukan nak menakutkan sesiapa..cuma memperingatkan.. Allah itu Esa, kembalilah kepada-Nya andai kita sudah tersasar..mungkin kita tidak sedar, tapi lebih baik kita cuba sedarkan sebelum terlewat. 

Perhatikan sahaja disekelilig kita..apa yang sudah jadi dan apa yang Allah sudah "tunjuk" ..

Kiamat tetap akan datang..bila? itu kuasa Allah..wallahualam..



Khamis, 23 Januari 2014

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH

Assalamualaikum..

Perkongsian dari FB. Aduka Panji Alam..
1 perkongsian yang sangat baik..sama-sama kita baca


Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.


Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.


Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. 

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. 
Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007.
Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.
Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.

Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan.

Malaysia? Dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat.


Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. 

Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api dimatahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".

Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan ilahi.

Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah SAW "

“..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”

Kata Saidina Ali RA Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), 
"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014 namun kesannya tidak besar kepada bumi.

Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi. Semoga setelah membaca artikel ini, saudara-saudari serta anak-anak ku
bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.

Nota dikemaskini pada 16 Januari 2014 




Jumaat, 17 Januari 2014

RESEPI MASHED POTATO SENANG

Assalamualaikum..

Aku ni penggemar KFC..tapi bila dikenang-kenang..dah berapa ribu duit aku bagi kat diorang..(maklumlah umur sekarang dah 33tahun)

Oleh sebab itulah aku sekarang lebih suka yang home made kekdahnya. Kalini nak try Mashed Potato pulak. Bahan-bahan yang aku dapat dari hasil gugelan ialah


10 biji kentang (potong dadu)
1/2 cawan susu segar (fresh milk or UHT milk )
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa
air untuk merebus kentang

bahan-bahan untuk sos atau gravy ala2 KFC:
1 batang daun saderi
1 biji bawang besar
700ml air
2 kiub ayam (i use maggi brand)
40gm marjerin (dlm 3 sudu besar)
20gm tepung gandum (dlm 3 sudu besar juga)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat (nak bg sos berwarna gelap)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam tuk perasa * rasa dulu sos sblm tambah garam...sbb kicap pekat + sos tiram dah masin


fuh..panjang berjela bahan. Berapa RM yang nak kena spend untuk semua ni ye. Paling aku tak tahan, tuh..masa nak merebus kentang tu..berapa jam nak siap.Ada sesape boleh jawab?

Maafla ..aku bukan serajin  itu nak meng"itu" dan meng "ini"..makanya aku hanya sediakan bahan semudah ini...

Bahan-bahan aku yang ni je..
1 set Mashed Potato Powder + Gravy Powder
Air panas

Cara-caranya.. Campurkan air panas sedikit demi sedikit untuk Potato Powder
Untuk gravy pun macam tu jugak

DONE!

Kan..senang kan? buat apa nak susah-susah. Rasa 100% macam di restoren key eff si tu. Korang yang berminat nak cuba..pastu boleh komen, boleh oder dengan aku. Hanya RM26 untuk 400g(2 set). Harga termasuk POS. Berminat? SMS/WSSP 012-5677630 sekarang! 

Untuk detail lanjut sila layari CHEEZYCRAZY.BLOGSPOT.COM

Itu aje untuk hari ni.. Jangan marah kalau ini bukan resepi yang korang cari..heheheh Adeus!!!


Khamis, 16 Januari 2014

MAMPUS JUGAK DIA!


Ya Allah..syukur..mampus juga syaitan ini..yang telah banyak menumpahkan darah saudara-saudaraku di Palestin..8 tahun Kau simpan syaitan ni dalam kea
daan koma, akhirnya 11 Januari lalu, Kau ambil dia balik. Rejamk
an dia jauh kedalam neraka jahannam.Hanya itu tempat yang paling sesuai untuk syaitan ini..dan doaku ini, aku panjangkan juga untuk syaitan-syaitan yang serupa dengannya..tak kira di Palestin, di seluruh dunia malah di sekitar aku (jika ada orang begini) yang hidupnya menganiaya dan zalim pada orang..perkenankan doaku Ya Allah..amin.. YRA.


petikan akhbar luar negara..(kalau akhbar Malaysia mungkin aku tak berapa nak yakin sebab tabloid Malaysia banyak yang mempropakan benda yang tak berlaku)..tengok sajalah tajuknya..betapa hinanya anjing ini..hingga tidak diterima bumi..

Kuasa Allah mengatasi segala-galanya..

Rabu, 15 Januari 2014

MINIGARDEN LAH SANGAT

Assalamualaikum..

Saja aku nak kongsi hobi orang yang terlajak rajin, en.suami aku..

Dah berkebun pulak sekarang ni. Depan rumah aku dah macam ladang herba. Macam-macam ada. Kalau diikutkan hati nak tanam pokok sawit, senang nak ambik minyak..! agak-agaklah..tanah sekangkang monyet jer punnn..

model dalam gambar ini tidak dibayar..suka menyibuk jer lebih

Yang ni idea dari hasil googlelan..maka jadilah pasu gantung bertingkat yang diperbuat ari paip pvc..

yang ni sayur kailan kot..akupun tak pasti. Tunggu besar baru tau..

semua ada 3 tingkat. Tiap tingkat semua sayur yang berlainan

Meh aku kenalkan pokok yang ada kat minigarden en.suami terlajak rajin tu
1. Bawang
2.Rosemary
3.Cekur
4.Cili api
5.Kunyit
6.Pandan
7.Limau purut (terlindung sikit dengan pokok pandan)
8.Halia
9.Serai kampung
10.Ulam raja (terlindung dengan daun mangga)
11.Daun kari
12.Cili merah
13.Kailan
14.Pegaga
15.Anak pokok mangga harummanis
16. Kucai
17.Bayam merah
mana yang tak bernombor tu semuanya anak poko cili padi.

Aku tak minat berkebun. Maka hanya tukang bagi semangat ajelah..dan jga tukang tadah air basuhan beras untuk di siram kepokok-pokok tu semua. Ada yang baru tumbuh tunas, so tak berapa nampak sangat. Tunggu lagi 1-2minggu aku akan share gambar hasil tanaman yang terkini.

Mujurlah laman aku sempit, kalau tak, ntah apa lagi yang akan tumbuh depan rumah. Tak cukup ditanah, sampai gantung ke bumbung..layan ajelah..tunggu aje hasilnya nanti.Itu aje cerita aku  hari ni..

Adeus!!!

Selasa, 14 Januari 2014

LIMAU ANAK OREN

Assalamualaikum..

14.01.14
Salam Maulidur Rasul..
Hari ini dalam sejarah..Oren kucing kesayangan aku, yang hidupnya dengan aku..yang aku jumpa masa dia baru buka sebelah mata dulu..yang aku selalu ceritakan kat sini..berapa banyak yang daaaa..

Nak tau kisah pasal Oren semuanya ada DI SINI

2-3 hari ni Oren manja sangat dengan aku..risau jugak aku dengan tahap kemanjaan tu. Mak aku cakap Oren nak beranak sebab nenen dia dah timbul. Tapi perut Oren kecik sangat..

Minggu lepas, Oren bleeding..bukan macam darah period ke apa..tapi macam darah campur air..aku ingat Oren period sebab ada orang cakap, kucing pun datang bulan jugak..

Pagi tadi, masa aku tengah sedap dok bergolek-golek malas nak bangun, en.suami kejutkan aku..dia cakap Oren beranak..aiseymen.aku dapat cucu..hahah

Aku pergila jengok dalam sangkar..Eh..eh..kaler oren jugak anak dia. Tapi tak adalah seoren Oren dulu.Yang peliknya ada Oren sekor aje..biasanya paling-paling tidak pun, 2-3ekor..AKu pu tak pasti benda ni normal ke tidak

Ini gambar pagi tadi..pukul 9.30pagi

Ini gambar tadi pukul 12tengahari

Apapun..Oren macam ciwi sikit..tak bagi anak tetek.asyik mengekor kaki aku je..bertambah la koleksi The Oranges dalam rumah aku..Aku taktau jantan ke betina..lalu aku namakan dia sempena nama keturunan Oren iaitu LIMAU..


Selamat datang ke dunia LIMAU...aku akan sayang kamu macam mana aku sayang ibu kamu Oren..



Isnin, 13 Januari 2014

MEE REBUS CIK PIAH SINARFM

Assalamualaikum..

Entri tengah hari..

Aku ni peminat Sinarfm. Entah macam mana tadi tertengok DJ Cik Piah yang sedang on-air sekarang ni dah upload gambar mee rebus. Dengan tak semena-mena aku terasa nak makan mee rebus..mujurla kat kedai di bawah ofis aku ada orang jual mee rebus..boleh tahan juga sedapnya..

harganya RM4 ..kenyang terbungkang dah aku..

Aku snap gambar ni dan send kan kepada Cik Piah tu.. bagi dia tengok..huhuh..aku dah kenyang..mata  pun mengantuk la...macam ular sawa daaa..ok..itu aje

Adeus!!!

Ahad, 12 Januari 2014

STREAMYX RM60 SEBULAN

Assalamualaikum..

Dulu aku gunakan Celcom Broadband dengan bil bulanan RM98 . Nak wifikan 1 rumah kena pulak beli TP-Link..melayang RM100 beli benda alah tu..Punya teruk nak cari line, last-last letak atas lantai ko...baru ada lampu biru..kalau tak..hijauuuuuu


Lepas boring dengan line yang macam siput sedut (puas menyedut tapi isi tak mau keluar), aku tukar ke Maxis Broadband. Kali ni bilnya RM68 sebulan dengan kuota 8gb (4gb siang dan 4gb malam). Yang ni pun 1 hal..makin lama makin teruk hinggakan rumah aku di kawasan pekan pun 2g aje coveragenya. Baru-baru ni aku balik kampung..pun 2g jugak. Lagi pelik jugak, kuota malam bermula pukul 2 pagi hingga 8 pagi..apakehey nak bertenet-tenet tengah-tengah malam bersubuh sepiee' .

Ni line kat umah aku di Kepala Batas, Jitra..

Line kat kampung mak aku..

Akhirnya, aku memilih juga untuk gunakan Streamyx. Walaupun tak boleh di bawak ke sana sini, tak apalah asalkan kat rumah aku boleh berintenet 24jam tanpa kuota dan limit..Aku memilih pakej yang paling murah dan mampu bayar. RM60 sebulan ko..takkan tak mampu lagi.

Nak murah, kawin aje dengan orang kerje Telekom.!

Pakej RM60 ni, dibekalkan modem wifi dan telefon rumah, dan juga diberi 1 email Streamyx  Untuk penggunaan telefon akan di caj 10sen ke semua nombor telefon Telekom (ke seluruh negara) dan kalau nak call nombor handphone, maka kena caj 30sen seminit.

Modem Streamyx..

Untuk permulaan , bayaran RM50 di bayar kepada kontraktor yang datang ke rumah untuk pemasangan modem tu..lain-lain yakni bil bulanan akan di masukkan dalam bil akan datang. Itu aje. Aku daftar kt TM Point Jitra 30 Disember 2013, dia datang pasang 1Januari 2014..cepat jugakkan?

Bolehla tu..dari siang malam asyik menyumpah-nyumpah line intenet 2g je. Yang jadi mangsa adalah modem tu sebab bila dah geram sangat aku campak je modem tu keluar rumah..pastu aku kutip balik..geram tak tau nak lepas kat sape, komplain kat Maxis pun..boleh komplain aje la..APTB.

Dan sekarang aku boleh berblog 24jam..ekkk!! ye ker? cam tipu je..ehehe..tak sempat juga nak tulis entri dan BW..sibuk manjang macam orang anak 10.

Apepun, aku bahagia dengan Streamyx tu..walaupun kelajuan hanya 384kps sahaja..kalau nak laju, bayaran pun "laju" la jugak..jadilah dari hari-hari darah naik sebab internet. Sekian cerita aku. Adeus!!



Ahad, 5 Januari 2014

MASAK LEMAK CILI PADI PEKASAM DAGING

Assalamualaikum ...


Hari ni aku ingin berkongsi resepi dengan korang. Pekasam Daging Masak Lemak Cili Api.

Bahan-bahannya:
1pek pekasam daging-potongkan daging kecil-kecil
Segenggam cili api -ikut pilihan masing-masing boleh tambah lagi jika ingin lebih pedas
2batang serai dititik
1/2 sudu teh serbuk kunyit-boleh juga gunakan kunyit hidup
1cawan santan pekat-boleh juga gunakan santan kotak
5batang kacang buncis-tambahan sahaja

Cara-cara

1.Masukkan semua bahan kecuali kacang buncis
2.Bila kuah hampir didih masukkan kacang buncis, garam dan perasa(ikut suka)
3.Didihkan dan siap

Senang kan? Resepi aku semuanya simple se simple simplenye..sesuai untuk orang yang malas  sibuk manjang macam aku ni. Apa lagi, jom oder Pekasam Daging  yang dijamin Halalan Toiyiban. Dengan hanya RM7 sebungkus (130g) pelbagai menu istimewa korang boleh cuba.


Oder SEKARANG!
012-5677630 - SMS/WSSP


RM7.00 (130g TIDAK TERMASUK POS)

Adeus!!!

Jumaat, 3 Januari 2014

1ST ENTRI 2014

Assalamualailkum..

Dah masuk tahun 2014. Cepat dan pantas sungguh masa berlalu..tahun 2013 yang kita semua tinggalkan dengan penuh pelbagai kisah suka dan duka. begitu juga dengan aku.

Pembukaan tahun 2014 yang kurang menarik disebabkan beberapa faktor kekacauan dari pihak yang tidak senang hati dengan kelebihan yang aku perolehi suatu masa dahulu. Dan biarlah "diskriminasi" yang mereka cipta itu, bagi membezakan dan menjurangkan kedudukan dan darjat mereka dengan orang lain di nilai oleh Allah seadilnya..tak kira siapa juga mereka..


eh....apa  yang aku melalut ni..sekadar meluahkan apa yang terbuku dihati..

dah la ye..kembali ke entri pembukaan 

Tahun ni rutin hidup aku berubah sama sekali. Walaupun agak mengejut tapi tidak mengapa. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk terus hidup seperti orang lain walaupun ada onar yang cuba merosakkan hidup aku ditemapt kerja ..lantaklah asalkan aku bahagia bersama suami aku.

Aku masih mencari mood untuk menulis..terima kasih pada koran yang sudi menjengah aku di sini. Itu aje bebelan aku hari ini..

Adeus...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...