Selasa, 4 November 2014

SALAHKAH CERMIN GELAP?

Assalamualaikum..

Hari ini..Cik Ah, kereta kesayangan aku dah genab 11 tahun..susah senang aku bersama dia.. Lepas cukai jalan diperbaharui..aku dapat pamplet ini..


Bab lampu HID dan Strobe Light tu aku setuju sangat kalau di haramkan. Bukan apa..itulah yang membuatkan silau mata orang yang memandu di malam hari dan lampu tu langsung tak ada kegunaan dan fungsi melainkan nak bagi cantik sahaja.. nak kata cantik sangat pun tak..dah macam kereta berhias je rupanya.  

Tapi bab tinted @ cermin gelap nilah yang paling aku tak setuju..


Bercakap atas dasar fakta.. negara kita ni panas..pedih kulit. Disebabkan kita adalah rakyat marhein..maka ianya 1 dosa besar jika kita gunakan tinted lebih had.. tetapi tak menjadi masalah kepada pak menteri yang dipilih oleh rakyat marhein ini juga.

Pada aku..banyak lagi kesalahan lain yang menjadi punca kemalangan. Tapi kenapa tinted sangat "nampak" dosanya di mata pembuat undang- undang ni. Berapa banyak kes kemalangan berlaku disebabkan tinted? 

Aku bukan nak lawan undang-undang ciptaan manusia.. tapi aku bercakap dari segi logik akal. Hanya kerana tinted boleh disaman tak lebih RM500 atau penjara tak lebih 2 minggu. 

Kalau macam tu, aku nak tanya. Macammana pulak kenderaan dari negara jiran yang masuk ke negara ini ? Cermin gelap sampai tak nampak rupa orang, JPJ saman tak? Dan kesalahan besar kenderaan dari Thailand dan Singapura di negara ini adalah pandu laju..memang laju gila..diorang ni kena saman ke tak?

Kalau kena saman, bila diorang kena bayar? Sepatutnya kenderaan luar ni mesti ditahan di border selagi tak bayar saman. Soalnya..berlaku ke tidak tindakan ni?

JPJ sepatutnya..carilah kesalahan lain untuk disaman. Banyak lagi yang boleh disaman yakni perkara yang besar yang memungkinkan kemalangan .. tak pakai tali keledar..ubahsuai kereta.. tayar kangkang dan sebagainya. Apalah dosa cermin gelap tu terhadap statistik kemalangan..konpius aku!

Lagi 1, kalau betul nak haramkan tinted lebih had gelap ni ..sepatutnya haramkan juga kemasukkan tinted dari negara luar ke Malaysia ni,haramkan penjualan tinted berkenaan, serbu semua kedai aksesori kereta..rampas dan saman peniaga yang jual tinted lebih had ni. Tak ada orang jual..tak adalah orang beli. Baru betul. Ini tak..yang jual tak salah..tak kena tindakan..kita yang beli ni pulak yang salah..

Kalau nak haramkan..haramkanlah dari akar umbi. Jangan pengguna aje nak disalahkan. Ke tak berani nak haramkan jualan sebab yang jual tu 90% cha ya nun alif???? Aku pun tak faham.

Tulisan ini sekadar luahan dari rakyat marhein yang membayar cukai jalan dan memandu berlesen. Aku tahu..tulisan aku ni tak mampu mengubah apa-apa. Sekadar meluahkan rasa tak puas hati dengan keremehan ciptaan manusia. Undang-undang ilham dan ciptaan manusia..boleh diubah oleh manusia juga..maka aku berdoa selepas ini akan hadir manusia yang mampu mengubah kepada undang-undang yang lojik dan tak menyusahkan rakyat. Bukan pak menteri saja yang tau panas di jalan..kami pun manusia macam pak menteri juga.. yang cukai jalan, tol dan petrol sendiri bayar...bukan macam pak menteri..naik kereta kerajaan..tanpa cukai jalan, petrol free..tol free..kerajaan bayar.

Itu saja leteran aku..fikirkan..betul ke tidak apa yang aku kata..bukan menghasut..tapi mengajak korang berfikir..dan sama-samalah kita berdoa agar akan hadir manusia yang mengubah keadaan ini. Amin..



1 ulasan:

  1. betul jugak tu..saya pun tak faham apa yang dosa besar sangat window tinted.macam sy x faham kenapa peniaga nasi lemak gerai kena angkut dgn perbandaran.

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...