Sabtu, 15 November 2014

DONUT GIANT MENTAH!

Assalamualaikum...

Ini pengalaman kedua terburuk keluarga aku dengan pasaraya Giant. Tahun lepas aku terkena di Giant Souq Al-Bukhari Alor Setar bila harga set comforter yang ditulis sebagai RM110 tapi bila nak bayar jadi RM850.. gila b**i kan?

Kali ni mak aku pulak kena. Dia beli donut di Giant Sg.Petani pada 10 Nov 2014 lepas. Oklah harga murah RM3 untuk 8 biji donut..tapi esoknya bila nak makan..korang tengoklah gambar di bawah ni..



Ini bukan kejadian pertama,malah kalau korang google pun memang banyak kejadian seperti ini berlaku di Giant. Harga di barang lain..tapi bila bayar jadi lain..bab kualiti pulak tengoklah donut yang mak aku beli.

Diluar cantik tapi di dalam? Tepung tu mentah..basah dan boleh diuli. Ingatkan sebijik aje..rupanya semua 8 biji tu mentah! Betul- betul buat naya orang.

Cukuplah ..lepas ni jangan harap aku sekeluarga nak jejak Giant lagi.!  Tau nak untung tapi hampeh cap ayam . Suka aku nak pesan kat sini.. sebelum beli di Giant ..hati-hatilah..kot terkena ayam tak sembelih ker..takpun harga diskaun hanya di barang tapi bayar?

Kita banyak pilihan. Boikot je yang patut di boikot! sekian.

1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...