Rabu, 26 November 2014

ABGEE KUKU LANGSIAQ

Assalamualaikum..

Aku tak pasti korang tahu atau tidak mengenai seorang insan biasa ini yang tiba-tiba jadi popular hanya kerana video yang diupload di fb bertajuk "kuku Langsiaq". Bagi yang tak tahu apa itu " Langsiaq".. ia bermaksud Langsuir atau Langsoyar.


Sejujurnya aku pertama kali tengok video tu..tergelak sorang-sorang.. Tidak lama selepas tu,ada beberapa lagi video spontan yang sangat mencuit hati. Beliau membahasakan diri sebagai Abgee, bagaikan ada aura tersendiri..menarik berpuluh ribu follower di fb dalam masa yang singkat.

Dengan berbahasa Kedah pekat..nahu dan intonasi yang betul-betul "Kedah".. memang buat aku gelak. Videonya hanya rakaman berleter dan membebel. Tapi bukan leteran dan bebelan kosong. Dengar betul-betul.. ada " moral of the story" pada setiap bebelannya. 


Dalam banyak-banyak video bebelan tu..aku paling suka video dimana Abgee membebel pada anaknya Daniel..dalam bebelan yang lucu tu..boleh pulak jatuh air mata bila dia memujuk anak yang merajuk..tawa dalam tangisan la kekdahnya.Siapa nak tengok boleh klik link ini Abgee Pujuk Anak

Abgee sekarang dah popular macam artis..seorang pengusaha Butik Pengantin di Kuala Kedah. Aku sentiasa tertunggu-tunggu video terkini Abgee.

Apapun..didoakan semoga Abgee suksess dalam bisnes dan terus "berkarya" dengan videonya yang sarat dengan pelbagai mesej,nasihat dan gurau senda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...