Khamis, 28 Ogos 2014

POSLAJU YANG LOQLAQ

Assalamualaikum.

Catatan dari atas katil 01.. Wad 410 ,Kedah Medical Center.. tak tertahan rasa marah.. aku lepaskan juga walaupun keadaan masih tak sihat..

Ini kisah pasal pos barang yang diuruskan oleh Incik Suami..

Pos sekotak cheese powder menggunakan kotak POSLAJU PREPAID SAIZ M berharga RM20.. setiap 4pek cheese dibungkus balut dengan kertas , disellotape dan diisikan dalam kotak yang dibeli di Pejabat Pos sendiri. Setiap pek berat 200g. Yang di isi dalam kotak itu hanyalah 23pek bersamaan 4.6kg iaitu di masih dibaeah had limit 5kg seperti yang Pos ditetapkan. Kotak di sellotape atas dan bawah tiap penjuru.

Nak hantar ke Johor bersama 1 bungkusan kecil lagi ke alamat yang sama..



Bungkusn kecil menggunakan Sampul Prepaid Saiz S dah selamat sampai selang 2 hari...
tapi bungkusan besar KOTAK POSLAJU PREPAID tu..sampai ke SHAH ALAM???

Si penerima tu dah mengamuk ..siapa yang tak marah kalau bungkusan lambat sampai dan bungkusan diterima pada hari ke 4 dengan keadaan...

hancur berkecai!!!!

3tahun dulu pernah jadi macamni..komplen pun tak guna sebab POSLAJU salahkan aku guna kotak sendiri..lembik katanya...rugi lebih RM200 dan hilang pelanggan..

Kali ini..guna KOTAK PREPAID POSLAJU yang dibeli di PEJABAT POS sendiri..pun hancur juga. Siapa tak sakit hati.???

KEPADA POSLAJU MALAYSIA.. TOLONGGGGGGLAH JADI SYARIKAT KURIER YANG BERTAMADUN.. AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB.. KAMI BAYAR ANDA. BUKAN SURUH HANTAR FREE!!!

DAN..KEPADA PEKERJA POSLAJU YANG CUAI ..YANG TIDAK AMANAH DENGAN TUGAS ANDA..JAWABLAH NANTI DIDEPAN ALLAH.

Aku yakin ..kalaupun aku buat repot kepada POSLAJU..mereka tak akan mengaku salah..dan kesalahan akan dituding kepada pelanggan. (satu-satunya syarikat@perniagaan yang tak akan mengaku salah di Malaysia..maklumlah..anak emas Kerajaan!)

Jadi swasta pun tak guna kalau atitud kerja macam orang tak guna

Kesimpulannya di sini.. POSLAJU LOQOAQ!!!





2 ulasan:

  1. Mama kaori pon pernah alami mende yg sama...rugi rm 300 lebih..yg best dia kata kita yg salah...huhu...gaduh pon x guna...dia sume betul...

    BalasPadam
  2. biasa dah tu...lagi satu kadang2 kala diaorg tersalah htr bungkusan ke alamat ofis saya dan saya call pos malaysia mintak diaorg dtg amik semula n htr kpd penerima yang betul...tu pun diaorg nak marah2 kenapa terima masa tu....kalau sekali smpai postage sampai 50 sehari mcm mana nak check dah la diaorg letak dlm guni....mampus la nak tgk satu2

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...