Selasa, 8 April 2014

GPS ...BILA DAH TERLALU BERGANTUNG

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak bebel pasal GPS. Boleh dikatakan kebanyakkan pemandu di Malaysia sekarang sudah menggunakan GPS dalam kenderaan masing-masing terutama yang nak ke tempat baru yang jauh dan asing . Sama juga macam aku dan suami aku.

Nak kemana pun tanya GPS . Kadang-kadang aku naik hantu juga dengan GPS ni..lain kita tanya..lain jalan yang dia tunjuk.. Sejak ada Aplikasi dalam Google Store, aku muat turun Google Map. Punyalah mengarut Google Maps punya navigator..ada ke aku nak ke Changlun, dia bagi jalan nak ke Puncak Janing di Kuala Nerang..jauh macam langit dan bumi..terus aku uninstall . Mujur aku tahu jalan tu memang dah tak betul.

Suami aku gunakan GPS jenis Garmin. Pun sama..dalam 10 tempat, mesti ada 1 atau 2 yang mengarut.

Aku kembali kepada asal-usul hidup manusia yang pada zaman dulu hanya berpandukan bintang dan matahari dan mampu sampai didestinasi tanpa sesat..Sedangkan sekarang ni guna GPS pun boleh sesat lagi. Aku pun pernah memandu hampir seluruh semenanjung tanpa GPS (sekitar tahun 2003 )..masa tu GPS belum wujud lagi pun.. aku berjaya memandu dari Alor Setar terus ke Dungun..dan dari Alor Setar ke Sabak Bernam tanpa sesat hanya berpandukan papan tanda. Boleh pun...

pic crdt to;google

Jadi trend sekarang, perkara ke-2 lepas hidupkan enjin kereta adalah "set" kan GPS ..mana arah nak pergi..

Aku yakin ramai yang jadi mangsa GPS yang sewel..tapi malu nak mengaku..hahaha..yelah..dah ada benda canggih pun pun sesat lagi..tak ke malu namanya. Baik mengaku cepat!!

Itu aje aku nak bebel.. Adeus!!!


1 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...