Sabtu, 5 April 2014

CERITA AKU DAN DS ROSMAH MANSOR

Assalamualaikum..

Heboh di fb.. ada seorang hamba Allah dah menghina DS Rosmah Mansur. Aku pun tak pasti apa salah dia dengan hamba Allah tu..

 dan ini  respon DS Rosmah kepada hamba Allah tu..


terkelu dengan jawapan ini..

Aku juga ada kisah untuk dikongsikan. Peristiwa ini berlaku 2 tahun lalu ketika DS Najib dan DS Rosmah menghadiri jamuan makan malam di Dewan Wawasan Jitra. Aku dulunya pun kurang gemar dengan DS Rosmah..terpengaruh dengan cerita di media mungkin.. 

Kisahnya..selepas jamuan makan dan mereka beredar untuk balik,semua tetamu beratur di sepanjang karpet merah. Ada yang nak ambil gambar dan ada yang nak bersalam. Aku tak ada niat untuk semua tu cuma aku ingin melihat mereka dari dekat. Aku berdiri di barisan belakang sekali dan di depan aku ada 3 barisan orang..kedudukan aku memang jauh dari karpet merah..

Selepas DS Najib berlalu..maka tiba DS Rosmah di hadapan tempat aku berdiri. Semua orang menghulurkan tangan untuk bersalam dengan dia..tapi aku hanya memerhati dari jauh..dan tanpa aku sangka..dia menghulurkan tangan ke arah aku..walaupun jauh dan dia terpaksa mengangkat kepala untuk melihat aku..

Tangan yang dihulur itu aku sambut spontan..memang aku tak jangka hinggakan orang yang dihadapan aku semua menoleh ke belakang dan memandang aku.. Aku hanya tersenyum...(dalam hati.. Ya Allah..aku malu sendiri) .. dia nampak aku yang jauh dan berusaha untuk menghulur tangan..sedangkan aku hanya menunggu tangan itu sampai di depan mata..salaman itu terasa keikhlasannya...

Aku balik kerumah...sambil berfikir sepanjang jalan...apa salah dia pada aku hinggakan aku tidak suka dia sedangkan dia tidak pernah tak suka aku..

Adakah kerana dia tidak bertudung? Adakah kerana dia selalu mengikut kemana saja suaminya pergi? Adakah kerana tiap malam ada saja berita pasal dia?

Lalu aku fikir kembali..
Dia tak bertudung..itu antara dia dengan Allah,..dia ada suami yang memikul semua dosa dia,..kenapa aku yang nak sibuk sedangkan aku sendiri tak jamin aku akan masuk syurga..

Dia ikut suami dia kemana saja..memang patut dia ikut..dari biarkan perempuan lain yang ikut. Lagipun..bilalah masa dia untuk bersama suami yang sibuk 24jam..salah ke? itu suami dia...

Dia masuk berita TV bukan dia yang minta tapi wartawan yang kejar dia..

Aku akhirnya malu sendiri..dan sejak itu aku tidak mahu komen lagi tetang dia..mungkin dia lebih baik dari aku..siapalah aku untuk menghukum orang sedangkan aku sendiri ada kala tak betul..

Maafkan aku DS Rosmah dengan salahtanggapan aku dulu..aku tak mahu terpaksa mencarimu di padang mahsyar nanti untuk memohon ampun dan maaf padamu..aku menyesal..


7 ulasan:

  1. aku pun terpengaruh gak sikit dengan orang sekeling yang membencinya padahal aku pun tertanya tanya mcm kau jugak,, apalah yang dia buat sampai semua membencinya,, moga kita terselamat dari seksa kerana benci yang membara,, amiin

    BalasPadam
  2. yg paling aku malu...dia x pnh benci aku..tp aku prnh benci dia..moga dia maafkan aku... :(

    BalasPadam
  3. Ini semua kerana kita termakan fitnah jahat pembangkang ttg dia... biasalah... di internet itu fitnah merata2

    BalasPadam
  4. Masih ada masa untuk kita mohon taubat pada Allah..:)

    BalasPadam
  5. Pertama kali bersalam dengannya pada 2007, ketika Dato' Najib masih Timbalan PM... semasa majlis konvokesyen di Universiti Industri Selangor....

    BalasPadam
  6. Tak suka pun, bab mati jangan buat main

    BalasPadam
  7. Kita semua ada silap dan khilaf dalam diri. Berbahagia dan beruntung mereka yang mengetahui dan sedar. Hari ini baik tidak jamin sampai ke kubur pun akan baik.

    Bersangka baik sesama sendiri bukan mitos, ia satu suruhan walaupun pada musuh.

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...