Khamis, 31 Oktober 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 5

Assalamualaikum..

Perjalanan yang panjang..cerita pun panjang..aku sekadar berkongsi cerita dan pengalaman..dan aku harap ada antara korang yang membaca ni terasa seperti ada bersama aku ketika mengerjakan Umrah... walaupun jasad tak sampai..cukuplah dengan roh dan jiwa yang sampai dulu..

Lepas bertolak balik dari Jabal Rahmah.. kami melalui kawasan  Arafah..

bangunan biru tu tandas..hanya ada beberapa buah sahaja untuk kegunaan jutaan tetamu Allah ketika musim haji 




Inilah stesen keretapi laju..hasil airtangan anak Malaysia. 

Aku dimaklumkan , keretapi ini hanya untuk kegunaan jemaah dari negara-negara selain dari negara Asia..dalam kata lain, ini untuk kegunaan orang Arab sendiri. Aku agak hairan kenapa..tapi bila difikir kembali..baru aku tahu kenapa..sebabnya..bangsa Arab ni kuat..mampu berjalan jauh..tak kisah berlanggar sesama sendiri..mereka kasar. Maka, sesuailah mereka berasak-asak dalam train ni, dan orang Asia yang saiz kecil, terutama Malaysia lebih mudah bergerak dengan bas.

Kemudian kami dibawa melawat Mina..di sini keadaan jauh lebih baik..sebab telah didirikan khemah tetap. Setiap khemah ada pendingin hawa tersendiri..dan aku terpaku melihat jutaan khemah deluas saujana mata memandang...dimana saja ada kawasan lapang..semuanya ada khemah.


1-1nya hospital di Mina

di atas bukit berdekatan hospital ..dikhabarkan inilah istana hinggap raja-raja Arab Saudi

Bangunan hotel di Mina..khas untuk jemaah kaya sahaja..harap maklum!



tak terkira banyaknya khemah.ini baru khemah tanpa manusia..bayangkan kalau ada manusia di musim haji..

Hotel (bangunan yang warna coklat) tu khabarnya disitulah artis-artis Malaysia seperti Dato Siti menginap dulu..

Perjalanan diteruskan lagi...lesa aku terus aku gunakan sepenuhnya untuk merakam pemandangan yang mungkin ada antara kita yang belum pernah lihat.

Akhirnya tiba di Jaaranah, tempat untuk berniat Ihram kali ke-2.

Inilah masjid Jaaranah

Sayangnya aku terlupa untuk mengambil gambar terdekat dan kawasan sekitarnya kerana jemaah yang ramai. Pun begitu, masjid ini tidak menjanjikan keselesaan. Janganlah itu yang dicari di tanah Arab ini. Semuanya serba sederhana..ruang solat untuk jemaah wanita dibahagi 2 kerana jumlah yang ramai dan terpaksa bergilir-gilir. Aku berwuduk menggunakan air dari  botol spray dan Alhamdulillah, aku dan ibu tidak perlu bersesak kerana ruang utama solat wanita yang sudah penuh tidak kami masuk ..aku yang hampir berputus asa telah dipanggil oleh seorang tukang cuci di situ untuk masuk ke ruang solat yang ke-2 (orang agak kurang kerana masing-masing nak masuk ruang utama)..

Disitu aku berwuduk dan beniat ihram dan bersolat sunat ihram..selesai semuanya..perjalanan diteruskan untuk kembali ke Mekah.

tiba-tiba nampak stadium

dan akhirnya nampak batu sempadan kawasan untuk berniat ihram...atau Miqat..

Itu aje cerita hari ni. Insya Allah..sambungannya akan datang..banyak lagi yang aku ingin kongsikan dengan korang..semoga korang mendapat manafaat dari cerita aku ni..


Sabtu, 26 Oktober 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 4

Assalamualaikum..

Semalam..ada yang bertanyakan aku, macam mana tau penyamun-penyamun di situ orang Indon. Jawapan aku mudah saja..dengar cakap pun dah tahu..mana bisa ibu-ibu itu bercakap bahasa Melayu dengan sempurna, udah tentu pelat indon nya bukkk...

Sambung cerita semalam..

Day 4 - 19Mei

Hari ini..jemaah di bawa ke tempat yang aku tunggu-tunggu..selain dari Masjidil Haram..iaitu tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah kedua-duanya diturunkan dari syurga..iaitu Jabal Rahmah . Tempat mustajabnya doa-doa bagi pasangan suami isteri dan yang inginkan jodoh..

Berikut adalah gambar-gambar yang aku ingin kongsikan dengan korang sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Jabal Rahmah.


Inilah yang dinamakan hutan batu...semuanya batu..gunung bebatu...tiada satu pun yang berpokok diatasnya..




Landasan keretapi laju hasil air tangan anak Malaysia di bumi Mekah..landasan ini dari Mekah menuju ke Padang Arafah dan Mina

Sayup mata memandang..inilah Padang Arafah..yang tiada padanya pohon yang rendang untuk berteduh..melainkan panas mentari jua yang menyapa kepala


Padang Arafah - menurut mutawif, dan bonda aku..pohon ini baru ditanam..masih renek..kerana ketika bonda aku mengerjakan Haji pada tahun 1997, memang tiada 1pun pokok berdaun lebat untuk berteduh..hanya berteduh dalam khemah sahaja

Dan akhirnya kami tiba di Jabal Rahmah..maaf aku tak ingat pukul berapa..tapi sekitar jam 9pagi..matahari sudah memancar terang dan berbahang panas..



Peringatan untuk jemaah. Jika ingin berdoa..hadapkanlah diri ke arah kiblat, bukan pada bukit. Pun begitu, masih ada manusia yang bersolat dan berdoa dengan muka menghadap bukit sedangkan arah kiblat di belakangnya..bukan jemaah Malaysia, tapi jemaah dari negara lain.

Aku memilih untuk mendaki di kaki bukit..bondaku tidak mampu untuk memanjat hingga keatas memandangkan terlalu ramai orang..dan akhirnya aku memilih untuk duduk di sini..


Dengan penuh keinsafan..dengan hati yang amat hiba dan kosong..sepenuhnya aku berdoa di sini. Tak perlulah aku ceritakan apa doaku..cukuplah ianya menjadi rahsia aku dan Allah. Syukur sekali kerana lokasi yang aku pilih  membolehkan aku duduk diatas batu, dengan bukit dibelakangku dan kiblat di depan ku..dapatlah aku berdoa dengan tenang kerana lokasi yang aku pilih, tak ada orang lain melainkan ibubapaku..yang duduk dan berdoa bersama-sama..

Selesai berdoa...sempat aku melihat gelagat manusia di bawah bukit



 Selesai semuanya..aku memimpin tangan bonda untuk berjalan-jalan dan melihat kawasan sekitar kaki bukit, dan membiarkan abahku membaca Yassin bersendirian..

Di sini ada juga peniaga yang membentangkan kain diatas tanah..ada juga jemaah yang turut membeli dan aku hanya melihat sahaja sebab aku rasa barangan yang dijual itu bukanlah keperluan untukku..

Kenangan berdoa di sini..memang takkan dapat aku lupa..tiap baris doa yang aku mohon..masih teringat-ingat hingga hari ini..orang lain berdoa dengan pasangan..sedangkan aku duduk berdoa sendirian tanpa sesiapa...hanya airmata yang menemani..sedih dan sebak bila mengenangkan...aku harap dapat kembali ke sini bersama suamiku yang dicintai, duduk berdoa moga jodoh kami dikekalkan hingga kejannah..dijauhkan dari godaan dan hasutan manusia dan syaitan dan bersolat sunat bersama-sama..berimamkan dia...dan kemudian mengikat janji sesama sendiri agar sama-sama menjaga keharmonian rumahtangga yang dibina ..insya Allah..

Perjalanan kami diteruskan..ketika matahari mula membahang..setelah 1 jam kami berada di tempat pertemuan 2 manusia pertama yang berpijak di bumi Allah..

Nantikan sambungannya...


Jumaat, 25 Oktober 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 3

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..telah selesai Umrah pertama untuk pertama kalinya..

Aku berjalan balik ke hotel..sempat lagi singgah beli aiskrim yang khabarnya sedap sangat tu.. lalu aku pun beli untuk aku dan mak aku..dan untuk abah aku , aku belikan jus mangga yang memang pure gile ..


Balik ke hotel, sarapan dan tidur sebentar. Aku duduk sebilik dengan 2 orang lagi jemaah. Dan Alhamdulillah, mereka berdua sangat baik dan ramah..rasa macam saudara mara yang dah lama kenal.

Aktiviti hari ni adalah bebas. Lepas makan tengahari, kira-kira jam 12 tengahari, aku berjalan ke masjid dengan mak. Cuaca dan suhu yang panas bukanlah halangan. Jika dapat aku gambarkan pada korang semua, di sana bukanlah suhu jadi ujian, tapi sifat manusia yang datang dari pelbagai negara. Ada yang suka-suka hati langkah kepala kita yang sedang bersujud. Ada yang, berebut-rebut nak duduk di saf depan walaupun kita sudah berada di hadapan..sujud berlaga punggung !..sabar ajelah.

Suasana dalam Masjidil Haram .. di tingkat basement, sangat sejuk dengan air-cond..di aras biasa, suhu sederhana, tapi di tingkat atas agak panas memandangkan ianya adalah ruangan yang terbuka.

Tiap kali selesai solat fardu, belum pernah tidak ada solat jenazah. Ya Allah..bertapa beruntungnya mereka yang meninggal di sini..di solatkan olah ratusan ribu manusia.. Pengurusan jenazah yang sangat pantas. Sepanjang aku berada di sini, jumlah jenazah yang paling ramai adalah 7 orang. Itupun aku nampak sendiri, jenazah diusung keluar seorang demi seorang dari dari masjid, ketika itu aku berada di satu-satunya eskelator di Masjidil Haram.
*****

Day 3 - 18 Mei 2013

Hari ni juga aktiviti bebas. Seawal jam 3.30 pagi kami berjalan ke masjid untuk solat Subuh. Kali ini , selesai solat Subuh, aku dan mak tidak balik ke hotel. Kami menunggu di masjid sambil buat apa yang patut.. Kira-kira dalam pukul 9.30, aku bawa mak buat tawaf sunat.. syukur Alhamdulillah, orang tidak berapa ramai dan aku berjaya bawa mak hampir ke Kaabah dan memegang Kaabah serta Rukun Yamani..pun begitu untuk menghampiri Hajarul Aswad, agak susah memandangkan ada sindiket warga Indon yang mencari rezeki secara haram.

Apa yang haram? Ini ceritanya. Akan ada beberapa orang daripada mereka akan menghampiri mangsa dan menawarkan pertolongan untuk membawa mangsa mencium Hajarul Aswad. Di sekitar Hajarul Aswad akan dipenuhi oleh 4-5 orang lagi yang bertindak sebagai "orang ramai" bagi menyukarkan jemaah menghampiri Hajarul Aswad. Bila ada mangsa, maka si pembawa tadi akan bawa mangsa ke Hajarul Aswad dan "orang ramai" tadi akan beri laluan.. jangan ingat itu pertolongan percuma..sekurang-kurangnya mangsa akan di pow sehingga ribuan ringgit. Jahat kan?

dongak kesiling masjid..subhanallah...pemandangan yang tak boleh dilupakan

setiap waktu

Aku juga pernah ditarik untuk "ditolong" ketika aku sedang bertawaf dan hanya 1 perkataan yang keluar dari mulut aku pada mereka iaitu "HARAM"..pun begitu pemangsa beriya-iya katakan itu tidak haram kerana dia ingin tolong..mujurlah aku di depan Kaabah..kalau tak memang ada yang kena pelempang..sabar ajelah...Ujian Allah.

Masya Allah, di hadapan Kaabah dalam rumah Allah pun ada juga bangsa yang meraih keuntungan diatas sesuatu yang bukan hak. Patutlah negara mereka di bala kan Allah dengan pelbagai bencana. nauzubillah..

Itu sahaja cerita hari ni..insya Allah bersambung nanti..


Khamis, 10 Oktober 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 2

Assalamualaikum..

Sebelum aku sambung cerita..suka aku ingatkan disini, aku bukan nak menunjuk-nunjuk apa lagi bermegah-megah..aku hanya ingin berkongsi pengalaman dengan korang semua..yang baik jadikan teladan dan panduan..yang buruk jadikan sempadan dan peringatan.

Sambungan semalam. Dari Jeddah kami menaiki bas (3 buah bas bersama 3 orang mutawif) ke Mekah. Aku yang letih dan mengantuk terlelap seketika walaupun sebolehnya aku tak izinkan mata aku terlena walaupun seketika.

Sekitar jam 12.30malam (Mekah) kami tiba di hotel di Mekah. Dari jauh aku sudah nampak menara jam yang sangat cantik. Kami menginap di Hotel Mawaddah. 3bintang  sahaja. Melangkah turun dari bas dan ketika memijak tanah kota suci ini, hati aku bercampur baur perasaannya..

Kami naik ke dewan makan dan setelah dapat kunci bilik terus naik ke bilik. Lebih kurang jam 2 pagi semua jemaah berkumpul di luar hotel . Bagi jemaah yang pernah datang kesini dan menunaikan umrah, mereka terus ke Masjidil Haram dan melakukan Umrah tanpa Mutawif.

Jemaah berjalan kaki ke Masjidil Haram . Hanya lebih kurang 5-10 minit berjalan..tersergam rumah Allah yang sungguh indah didepan mata aku. Bagaikan tidak percaya..aku adalah antara jutaan jemaah dari seluruh dunia yang dijemput Allah pada hari itu. Walaupun bukan musim haji, tapi bilangan jemaah memang ramai..hingga ada yang solat di atas jalan raya.

Selesai taklimat ringkas dari Mutawif, aku memimpin tangan mak dan abah menuju ke dalam Masjidil Haram.. Subhanallah.. aku nampak Kaabah dari jauh seolah-olah melambai menyambut kedatangan aku..seorang insan yang banyak berdosa. Hanya airmata yang mampu berbicara ketika itu.

Selesai niat tawaf..aku bersama kedua ibubapa aku melakukan tawaf..kali pertama berhadapan Kaabah, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan aku ketiku itu.  Betapa kecil dan kerdilnya aku..Aku bertawaf dengan doa yang tidak putus, dengan membawa hati yang telah luka dan kecewa akibat perbuatan manusia, fitnah dan umpat keji manusia, dengan  hajat yang tidak pernah kesampaian, dengan segala-gala yang ingin aku minta pada Allah..semuanya kuluahkan dan ku rintih di sini.

*maaf..tiada gambar untuk cerita ini..kerana aku tak berminat nak mengambil gambar di saat hati rasa terlalu kecil di rumah Allah

Selesai 7 kali pusingan (tiada peluang untuk menghampiri Hijir Ismail kerana jemaah yang ramai walaupun pada ketika itu jam 3 pagi! ). Kami 3 beranak menunaikan solat sunat tawaf..dan itulah kali pertama aku dapat berdoa sambil duduk anatra 2 sujud dan mata memandang tepat ke arah Kaabah..

Selasai solat sunat, aku menuju ke tempat Saie..belum sempat lagi tiba, azan Subuh kali pertama sudah berkumandang.. Aku mengambil keputusan untuk tunggu hingga selesai solat Subuh. Azan ke-2 lebih kurang jam 4.15pagi..sambil menunggu waktu solat, aku berehat seketika sambil minum air Zam-Zam..syukurnya...nikmat tak terhingga kerana boleh minum dengan sepuas hati..

inilah gambar pertama selepas selesai tawaf..pancuran zamzam di dalam laluan untuk ke tempat Saie

Kali pertama solat berjemaah dalam Masjidil Haram, solat Subuh..solat pembukaan untuk pagi hari yang baru..terasa sungguh bahagia. Selesai solat Subuh , aku memimpin tangan mak ke tempat Saie. Dengan panduan dari Mutawif, akhirnya selesai bersaie.. Sambil bersaie, dihati , diotak dan dibibir aku tak putus berdoa ke hadrat Allah..berdoa sebanyak-banyaknya.

Dari Bukit Safa ke Marwah

Sekitar jam 6 pagi, selesailah Saie. Kini tiba masa untuk bertahalul (bercukur atau bergunting). Oleh kerana aku tidak membawa gunting, terpaksa pinjam dengan Mutawif. Aku gunting rambut aku sendiri dan kemudian aku guntingkan rambut mak aku.. Kemudian kami bersolat sunat Saie.

disebelah kanan adalah laluan keluar dari Bukit Marwah (tempat ber Saie)

ibu bapaku..diluar Masjidil Haram

Alhamdulillah..maka selesailah Umrah pertama aku buat kali pertama dalam hidup aku...syukur pada Mu Ya Allah.. dan aku bermohon agar Umrah aku ini diterima Allah..

pemandangan :dikiri gambar ini adalah Masjidil Haram..jam 6.30pagi..

Selesai semuanya sekitar 6.30pagi..Setakat itu sahaja entri untuk hari ini..insya Allah..sambungannya akan menyusul..

Rabu, 9 Oktober 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 1

Assalamualaikum..

Aku cuba penuhi blog ini dengan cerita tergendala..hampir basi tapi kenangan itu tidak pernah basi..

Inilah salah satu azam aku tahun ni..ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci..menyucikan diri..mengabdikan diri pada Pencipta aku dan kalian semua..

Aku mulakan dengan..

.
Day 1 - 16 Mei 2013

Aku berlepas dari Alor Setar bersama kedua ibu bapaku dari Lapangan Terbang Kepala Batas, Kedah pada jam 9.30 malam..


Sebelum ini aku hanya tengok orang nak pergi Mekah. Kali terakhir aku menghantar orang ke Mekah adalah pada tahun 1997..ketika itu mak abah aku nak menunaikan haji..Bila adik beradik dan sahabat aku yang menghantar aku dan sama-sama menunggu penerbangan..barulah aku tahu dan rasa bagaimana perasaan orang yang dihantar..hati berbunga-bunga dan sesekali terasa sayu..kecil dan kerdil hendak menghadap Ilahi..

Aku tiba di LCCT  jam 11malam. Terus ambil teksi ke Tune Hotel. Walaupun dekat aku terpaksa ambil teksi sebab tak sanggup biar mak abah aku berjalan kaki dengan beg yang agak berat. Aku memikul tangungjawab besar iaitu menjaga kedua ibu bapaku sepanjang aku menunaikan Umrah..bukan perkara yang mudah kerana khabarnya pelbagai dugaan disana...aku anggap jika ada dugaan buatku..itu sebenarnya Allah nak bagi pahala free kat aku..

Kami bermalam di LCCT. dan keesokkan paginya sekitar pukul 10pagi, kami dijemput teksi yang kami naiki semalam utnuk ke Lapangan Terbang KLIA. 
*****



Day 2 - 17 Mei 2013

Tiba di KLIA dalam jam 10.30. Aku bawa mak abah aku duduk sementara menunggu jemaah yang lain.

Kekalutan timbul di sini bila aku baru tahu semua jemaah mesti berihram di KLIA dan jadual penerbangan diubah . Kau ikut asal jemaah turun di Madinah..tapi di ubah ke Jeddah. Sungguh aku tidak puas hati dengan agensi ini kerana semua jemaah tidak dimaklumkan lebih awal. Dan tentatif perjalanan juga tidak diperolehi. Aku tidak pasti kenapa agensi tidak maklumkan lebih awal apalagi emailkan tentatif yang baru..

Lepas solat Zohor di surau KLIA,- International Depature ( lapangan terbang yang besar di negara Islam ini hanya menyediakan surau  yang hanya muat 30 jemaah lelaki dan perempuan..sungguh sedih!) , semua jemaah berkumpul di kaunter berhadapan pintu masuk. Dalam surau yang sempit itu  terpaksa pulak bersesak dengan jemaah dari Indon yang pada aku sangat tidak berdisiplin (buat macam ada kat rumah sendiri). Mereka ini hanya transit di KLIA lalu aku rasakan macam aku berada di Indon kerana ada lebih kurang 3kumpulan jemaah dari negara itu.

kedua ibu bapa ku...

antara jemaah dari agensi lain yang lebih teratur dengan bilangan ahli jemaah yang kecil

Pesawat yang membawa aku ke Tanah Haram..

Setelah selesai semuanya kami menaiki pesawat charter Mas yang dikendalikan  Eagle Air. Sekali lagi semua jemaah jadi kelam kabut kerana tempat duduk adalah free seating..masing-masing berebut nak duduk tepi tingkap..aku terpaksa cepat-cepat supaya tidak terpisah dengan mak abah aku..Alhamdulillah..kami dapat duduk bertiga..Berlepas dari KLIA pada jam 5 petang

Penerbangan mengambil masa 8jam. Tiba di Jeddah pada jam 9.50malam (waktu Mekah) tapi kira-kira jam 1pagi waktu Malaysia (beza 5jam). Kali pertama aku melangkah keluar di muka pintu kapal terbang..aku menyedut sedalam-dalamnya udara tanah Arab..kegelapan malam yang berudara panas..pun begitu aku berasa segar dan berdebar. Akhirnya terjejak juga kaki aku dibumi para anbiya ini.

tiba di Jeddah..

kad kemasukkan jemaah Umrah yang wajib di isi..

Selesai urusan di Airport Jeddah, dan selesai solat isyak dan menunggu bas untuk terus ke Mekah . Apa yang aku lihat di sini..tiada kebersihan di utamakan baik di Surau apalagi tandas..aku tak pasti kenapa negara Arab tidak menitik beratkan kebersihan sedangkan itulah yang dituntut dalam Islam..


Aku berhenti di sini dulu..sambungannya nanti..insya Allah..

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...