Khamis, 26 Disember 2013

PERLUKAH?!

Assalamualaikum,..

Aku nak tampar muka korang..bukan dengan tangan tapi dengan gambar di bawah ni. ..Bukan juga tampar untuk pedih dan sakitkan muka korang, tapi untuk pedih dan sakitkan hati korang dengan situasi yang berlaku sekarang.

Bahasa Melayu semakin dan hampir terpinggir. Ini bahasa tok nenek kita. Kenapa perlu iklan seperti ini dicampur adukkan dengan terjemahan bahasa cina. Sepatutnya tak perlu. Kalau dah jadi rakyat Malaysia, sepatutnya dan sewajibnya semua orang berstatus warganegara mesti boleh menulis , membaca dan bertutur dalam Bahasa Melayu..ini BAHASA KEBANGSAAN!.


Cuba korang luangkan masa tengok berita TV. Tak kiralah tv apa asalkan tv Malaysia. Bila ada temubual dengan orang ramai yang berbangsa selain dari Melayu, kebanyakkan lebih  memilih untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Kadang-kadang yang dalam darah daging ada campuran budu, tempoyak, belacan dan cencaluk pun sibuk bertutur dalam Bahasa Inggeris walaupun di tanya dalam Bahasa Melayu.

Aku bukan menolak pembangunan dan kemajuan, tapi ambillah contoh Jepun dan Korea Selatan. Walaupun mereka maju dan terlebih maju dari kita, hinggakan handphone tercanggih di negara kita dah jadi handphone antik di negara mereka, pun mereka masih bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Sehinggakan kita yang melancong kesana mesti bertutur bahasa mereka kalau nak tanya apa-apa. 

Aku sedih..melayu dah hilang kemelayuan..bangsa pendatang pula dah tak hormat bangsa asal ketuanan. Fikir dan fikir..

Sekian!

6 ulasan:

  1. Betul tu Pen Biru.. akak pun perasan bila nak isi borang tu... kenapa ada bahasa china tapi tiada bahasa melayu... memang patut pun kena tampar.... meh kita lempang sama-sama ehe :)

    BalasPadam
  2. Salam,setuju sangat dengan entri ni hm
    New Entri Updated : Long Time No See

    BalasPadam
  3. saya pun nyampah kalau tengok dalam berita tu..tanya dalam bahasa melayu..jawab bahasa inggeris..cam good2 jek..eleh..
    cakap la melayu dah duk tanah melayu tu..

    BalasPadam
  4. Petronas dah dikuasai bangsa cina...

    BalasPadam
  5. assalamualaikum pen biru...betul2 tu...:)

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...