Rabu, 11 September 2013

KARATE KID FILEM CIPLAK?

Assalamualaikum..

Mari kita kembangkan minda..

Benda ni berlaku ketika aku sibuk menjahit manik di malam hari sekitar jam 2 pagi. Oleh kerana kat tv tak ada cerita best, maka kau menonoton youtube. Entah kenapa aku terklik FILEM MELAYU dan nama filem Bujang Selamat terpapar di skrin..


Otak aku mula refresh balik..owh..filem ni memang lama dan berzaman-zaman tak di tayangkan di mana-mana stesen tv Malaysia sebab stesen Tv Malaysia baik yang kerjaan ataupun swasta, yang berbayar atau percuma, semuanya sibuk nak tayang cerita luar yang ntah apa-apa..

Aku mula menonton sambil menjahit..Filem Bujang Selamat ni dilakonkan oleh Faizal Hussain (hensem gila dia time muda dulu) dan juga R.Jaafar (arwah).

Filem mengisahkan seorang budak kampung, yang mengikut kakaknya ke Kuala Lumpur. Ketika sampai di rumah kakaknya, tembol pintu rumah rosak..lalu si kakak menyuruh  adiknya mencari tukang repair..(R.Jaafar). 

Setelah itu hero tadi  berkerja kilang dan jatuh hati dengan seorang pekerja di kilang itu juga yang menjadi pujaan ramai (lakonan Tantiana). Oleh kerana ada 2 orang samseng yang tidak puas hati, hero (Faizal Hussain) telah di belasah. 

Oleh kerana ingin mempertahankan diri, hero bersama heroinnya cuba ke tempat orang belajar silat..owh..rupanya samseng 2 orang tadi adalah pelajar paling hantal kat tempat silat tu..Oleh itu si hero tadi belajar guna buku. Tapi tak menjadi. Lepas tu hero kena pukul lagi dan di selamatkan oleh R.Jaafar(guru). 

Keesokkannya Guru pun bawak hero pergi berjumpa tok guru 2 orang samseng tadi..dan di situ mereka telah dicabar untuk lawan bersilat dalam perlawan silat. Maka bermulalahh episod latihan menebas rumput ke kiri dan kanan..

Dipendekkan cerita tiba hari perlawanan, si hero telah dicederakan di kaki..namun akhirnya hero menang..

Nah!..masa aku tengok filem ni, terus aku teringat filem Karate Kid lakonan Jacky Chan.. Wah..nampaknya filem Bujang Selamat telah diciplak..!Untuk pengetahuan korang, filem Bujang Selamat yang aku tonton tu diterbitkan pada tahun 1985.. (umur aku 5 tahun)..sedangkan filem Karate Kid??? Itu korang boleh google..

Tiba-tiba aku teringat sesuatu..dan tersenyum sorang-sorang..Filem Karate Kid ada 2 versi..Fersi pertama adalah lakonan Ralph Macchio dan Pat Morita yang di terbitkan pada tahun 1984.




Ceh...rupanya kita yang ciplak orang..kahkahkah!.. Tapi pada era 80an tu, manalah orang tahu siapa ciplak siapa sebab filem luar susah nak masuk panggung Malaysia melainkan filem hindustan..dan aku telah menghabiskan 2jam menonton di malam-malam buta dengan menonton filem ciplak@plagiat..

Kesian...


4 ulasan:

  1. hehe...ciplak pun ciplaklah..janji best. tp ciplak paling meluat nak tgk..kuliah cinta yg ada persamaan dgn kuch kuch ota hai

    BalasPadam
  2. Kite suke tgk faizal husain time muda2 dulu..hehehe..dh oenah tgk jugak cite tuh..mmg sama ngan cite karate kid kan..:)

    BalasPadam
  3. hahahaaa... tak pe la.. layan cerita ciplak pun ok ape...
    salam kenal :D

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...