Ahad, 8 September 2013

JANGAN TAKBUR!

Assalamualaikum..

Sila baca petikan akhbar di bawah..


Pada pendapat aku..pasangan yang baru berkahwin kurang dari 3 tahun, tak perlulah bermegah dengan mencanang pada 1 dunia bahawa mereka cukup bahagia. Pasangan yang bahagia ialah pasangan yang hingga akhir hayat hidup bersama, dari susah hingga senang dan dikurniakan anak-anak yang bijak dan berjaya dalam hidup.

Terlalu awal untuk klasifikasikan sebagai bahagia. Terlalu takbur! Perlu di ingat, Allah boleh menguji kita bila-bila masa dengan pelbagai cara. Kalau pun rasa bahagia, cukuplah diri sendiri sahaja yang tahu dan mintalah orang disekeliling doakan untuk kita.

Aku bukannya dengki..sorry lah bukan jenis aku nak berdengki, tapi kalau sampai publish dalam akhbar macam ni, tak ke takbur namanya. Baru kahwin memanglah semuanya nampak manis sebab Allah belum uji lagi.

Lagi 1, aku cukup tak berkenan bila ada beberapa artis muda yang dah kahwin, dan dah ada anak tapi dengan beraninya berdiri di depan umum sambil menyampaikan ceramah keibubapaan dan kecemerlangan anak-anak..Sambil berkongsi pengalaman dan ilmu macam mana nak didik anak dan jadi ibu bapa yang baik, sedangkan pada hakikatnya, anak sendiri baru darjah 5 dan dia sendiri pun nikah tak sampai 7 tahun! Yang si anak tu, Peperiksaan penggal pun langsung tak ada A. 

Tak malukah dia? Perkahwinan itu masih muda. Bila-bila masa boleh di landa badai. So lebih baik berhati-hati ..

Si anak tu pula, masih kecil, masa depan belum tentu lagi nak berjaya ke tidak atau nak jadi apa. So lebih baik lah jangan bercakap pandai dan mengajar orang. Ilmu yang ada tu , tambah lagi dan betulkan diri sendiri dulu.

Nak tergelak pun ada..kesian pun ada..aduhai duniaa. Ingat.. Allah boleh menguji kita bila-bila masa dengan pelbagai cara! Oleh itu..

Jangan riak dan takbur..
kot nanti tak larat nak teriak..hari-hari makan bubur!  
Anak-anak berselerak, rumahtangga tu pun terkubur!

3 ulasan:

  1. setuju sangat..hantaran RM8k tu consider mahai kottttt

    BalasPadam
  2. saya rasa mungkin tajuk akhbar tu merujuk kepada jumlah hantaran yg rendah pun boleh kahwin dan bahagia, tak perlu tinggi tinggi... sebab rate 8k tu kira rate hantaran paling rendah la sekarang... kita pikir baik baik je la...

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...