Ahad, 11 Ogos 2013

RESEPI UMAI UDANG

Assalamualaikum..

Dah jemu makan ketupat dan rendang?

Ni hah..aku cuba buat Umai.. (menu orang Sarawak) yang aku belajar dari BFF aku.  Pertama kali aku makan Umai Ikan ..masa tu aku tengah study dalam tahun 1998 cam tu..BFF aku lah yang perkenalkan umai ni. Mulanya aku tak lalu nak makan sebab aku ingat tu mentah..rupanya bila dah siap..sedap pulak. Tak rasa pun macam ikan tu tak dimasak.

Korang mungkin pernah dengar pasal Umai..dan mungkin pernah makan. Pada yang belum, meh aku kongsikan resepi mudah ini.

Udang segar (buang kulit, basuh bersih-bersih dan potong kecil-kecil)
Cili padi
Bawang merah
Halia
Kulit limau yang sudah diperah airnya (potong nipis-nipis)
Serai (tak ada pun tak apa)
Cuka
Air perahan limau nipis/lemon pun boleh.
Garam dan serbuk perasa (guna gula sikit pun tak apa kalau tak suka serbuk perasa)


Cara-caranya

Satukan semua bahan...biarkan 1-2 jam..siap!


Boleh dah makan. Udang tadi akan masak secara semulajadi akibat tindakbalas asid dalam cuka dan perahan limau. Isi udang boleh digantikan dengan isi ikan tenggiri, sotong, perut lembu, obor-obor..dan macam-macam lagi. Umai ni lebih kurang jerukla jugak..

Ok, selamat mencuba.

2 ulasan:

  1. wahhh sedap ni.. boleh dicuba nanti..

    BalasPadam
  2. Oooo...lebih kurang jeruk...ekekeke.....selama nie mtian rietta igt raw...mcm sushi...bleh larr try pasni....nmpak cam kerabu pown ada....thanks akk for the share...

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...