Jumaat, 7 Jun 2013

PESANAN UNTUK PENGUNJUNG

Assalamualaikum..

Inilah entri pertama untuk bulan Jun..

Sejak awal bulan bulan April hingga ke awal Jun ini, aku amat sibuk. Mungkin ada yang tahu mungkin juga ada yang tak tahu. Pertengahan Mei aku telah ke Tanah Suci. Semua entri adalah autopublish. Lepas balik dari Tanah Suci, aku pulak ke Putrajaya sebab nak jalani temuduga kenaikan pangkat tu. So aku memang sangat-sangat sibuk.

Sejak aku meninggalkan sebentar blog ini, blog aku ni telah dihujani pertanyaan yang pelbagai, homestay Cameron Highlands lah...Tips Exam KPSL lah..Jahit manik lah..dan macam-macam. Dan aku memang tak berkesempatan untuk jawab. Bukanlah kerana aku sombong ke apa..walaupun ada hamba Allah yang mencanang kepada kat orang lain (atas sebab nak burukkan nama aku) dengan mengatakan AKU SOMBONG DI OFIS (thanks banyak-banyak ya ..Allah saja yang akan hukum kamu..dan tiada maaf dari pihak aku).

Aku bukan sombong. Tapi aku sibuk..Aku sibuk dengan hal aku, bukan sibuk dengan hal orang. Orang yang kata aku sombong tu lah yang sebenarnya yang sibuk dengan hal orang.(makcik dah hutang 1 pengampunan dengan saya di padang mahsyar tau..). 


So pada anda-anda yang singgah di blog ini atas tujuan berikut..maka aku berikan penyelesaian tanpa perlu menunggu jawapan dari aku..

  • Homestay Cameron Highlands - Di entri tu dah terang-terang aku tulis nama dan no.hp pemiliknya, maka terus aje call atau sms dia sebab kalau tanya aku pun, aku kena tanya dia dulu. Sebab rumah tu rumah dia.
  • Tips Menjawab Exam KPSL -  Kalau nak share tips tu..ambiklah. Tapi tolonglah jangan minta aku emailkan kat korang. Benda dah ada depan mata, ikhtiarlah sendiri sebab kalau nak tunggu aku, memang aku tak ada masa yang terluang untuk buat itu semua .
  • Jahit Manik -  aku dah bagi no.hp boleh dikatakan hampir semua entri mengenai jahitan tu. Kalau nak tempah terus ajelah sms aku. Insya Allah aku jawab.
Aku harap jangan pulak yang ada salah faham dengan aku. Rutin aku amat sibuk..sibuk dengan hal aku sendiri hinggakan aku tak ada masa untuk menyibuk hal orang (tapi aku hairan ada jugak orang yang terlalu banyak masa untuk menyibuk hal aku)

Itu aje entri malam ini. Esok aku akan cuba masukkan entri berkenaan kisah perjalanan aku di Tanah Suci..sekian..Adeuss!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...