Sabtu, 22 Jun 2013

ETIKA BERPAKAIAN UNTUK TEMUDUGA

Assalamualaikum..

Dah lama aku nak buat entri macam ni. Tapi tak berkesempatan.

Aku tahu ramai diluar sana yang sering menghadiri temuduga. Aku juga telah menghadiri temuduga..hanya tunggu rezki Allah sahaja.

Ketika aku berada di SPA , Putrajaya...mataku terpandang kearah beberapa orang yang datang untuk temuduga. Aku rasa diorang ni bukanlah Penjawat Awam, tapi pekerja Swasta yang datang temuduga , ataupun fresh graduate yang ingin mencuba nasib untuk bekerja dengan kerajaan.

Aku agak terkejut dengan cara berpakaian mereka. Memang tak senonoh. Ada yang pakai legging, atau seluar yang ketat, ada yang pakai singlet yang di "cover" dengan cardigan..Masya Allah..memang teruk cara berpakaian. Ingat pasar ke apa.

So aku nak tunjukkan beberapa contoh cara berpakainan yang sesuai untuk temuduga dengan Kerajaan. Gambar ini aku ambil dari web SPA. 


Perlu di ingat..cara berpakaian untuk temuduga kerajaan dan swasta adalah TIDAK SAMA. Kalau swasta anda bebas nak pakai skirt atau seluar ketat. Jika tak malu boleh mini skirt!

Harap kepada yang ingin menghadiri temuduga dengan kerajaan, berpakaianlah lebih beradab dan bersopan. Serius kalau aku jadi panel temuduga tu, aku akan suruh yang pakai tak senonoh tu balik tukar baju!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...