Khamis, 16 Mei 2013

CIKGU OH CIKGU

Assalamualaikum..

Cita-cita aku dulu memang nak jadi cikgu. 3 kali aku minta maktab..semuanya setakat attend exam. Nasiblah walaupun SPM aku dah dapat Pangkat 1..tapi masih dipandang sepi.

Berbanding beberapa orang kawan aku yang tak minat jadi cikgu..tapi disebabkan habis study tak ada kerja terpaksa sambung KPLI dan akhirnya terpaksa juga jadi cikgu. Aku yang amat berminat ni tak pulak dapat.

Pun begitu aku sempat merasa jadi cikgu..Cikgu Ganti ajelah. Masa cuti semester..3 bulan jugak. Abis study aku apply kerja kilang aje sementara nak tunggu peluang lain. Tiba-tiba aku di tukarkan ke jawatan Trainer sebab pihak pengurusan tahu aku pernah dan ada pengalaman mengajar. Trainer ni kerjanya mengajar dan melatih pekerja baru..maka aku terpaksa la study sendiri untuk ajar orang buat kerja yang aku sendiri tak tahu hujung pangkal..Hampir 3 bulan juga aku mengajar.

Bila aku mula kerja dengan kerajaan..tahun ke-3 aku pula dilantik untuk mengajar dan memberi ceramah untuk kursus pengendalian sistem e-SPKB. Masa tu tahun 2004. Aku jadi pengajar kepada pegawai-pegawai dari jabatan dan aku juga terajar cikgu sekolah menengah aku yang mewakili sekolahnya untuk belajar sistem tu. Tugas itu berlangsung selama hampir 4 tahun disamping tugas hakiki yang lain.

Walaupun pengalaman aku tak banyak..tapi aku pernah merasa jadi cikgu. Masa mula-mula aku jadi Guru Ganti..kebetulan terkena pada tarikh 16 Mei juga..maka aku juga sempat merasa touching bila anak murid bawa hadiah bagi kat aku.

So..kepada guru-guru dan korang yang bergelar cikgu..aku ucapkan Selamat Hari Guru. Anda lah "pembina" masa depan anak-anak hari ini. "Binalah " "bangunan" yang cantik luar dan dalam serta berguna pada masyarakat. Jangan "dibina" "bangunan" yang cantik diluar tapi kosong di dalam..apatah lagi "terbina" "bangunan " tak siap..bertambah sedih jika didalamnya dihuni para "doktor" tak bergaji..

sampai macamni sekali cikgu nak ajar bagi kita paham..maka hormati lah guru..

6 ulasan:

  1. hehehe...best giler pengalaman pen biru ni... smpt ajar cikgu sdiri...

    BalasPadam
  2. hahaha.... bagus betul cekgu tu ye... mmg beriya bebeno... nway, hepi ticers day!!!

    BalasPadam
  3. Selamat hari guru pada semua guru :)

    BalasPadam
  4. saya sokong pendapat anda tentang guru.

    BalasPadam
  5. Selamat hari guru...tiap yg mndidik dan mngajar adlah gru.

    BalasPadam
  6. pernah lalui pengalaman cikgu amik batang penyeduk sampah tu buat pembari. memang sah2 faham lepas tu hehehe

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...