Isnin, 21 Januari 2013

VERSI ANDROID

Assalamualaikum..


Amboi..sejak dua menjak ni, situkang jahit manik ni dah berubah cerita kepada kisah ala-ala ICT gitu. Itu memang bidang aku sebenarnya. Bidang ini yang aku minat dan aku belajar di Kolej dulu. Entah kenapa dan macammana boleh terjebak dalam menjahit ni pun aku pun tak tau..tetiba aje..hikhikhik..

Okeh..beralih kepada tajuk..
Semalam aku ceritakan pasal si Bugdroid iaitu maskot kepada Android. Jangan ada yang pening ye.. Android itu adalah nama sistem pengoperasian.. si Bugdroid tu adalah robot hijau yang jadi logo @ maskot kepada Android..

Hari ini kisah kepada versi-versi Android. Aku nak tahu benda ni sebelum aku pakai Noted lagi. Aku pelik..apa bendanya..Ginger Bread la..Ice Cream Sandwich la..setahu aku itu semua nama makanan.. Apa kaitan makanan dengan sistem pengoperasian..

Poning kepalo den..

Setelah di google-google..inilah jawapannya..


Nama-nama versi Android ini diambil sempena nama makanan pencuci mulut atas cetusan idea Ryan PC Gibson. (siapa dia ni???... entah aku tak kenal :p )

Nama-nama versi ini di ambil ikut turutan abjad. Bermula dengan C = Cupcakes dan yang terkahir J = Jellybean.

Selepas Jelly Bean, kemungkinan nama  K = Key Lime Pie akan digunakan.

Agaknya kalaulah orang Malaysia yang cipta benda ni, dengan menggunakan nama pemanis mulut atau kuih temapatan..mungkinkah nama versi ini akan jadi macamni..
A = Apam
B = Bingka
C = Cekodok
D = Dadih
bla..bla..bla..

Dah..dah.. dah mula nak mengarut pulak.Ok..itu aje.. Adeus!!!

2 ulasan:

  1. hehehehehe.. kalao version malaysia, mesti pelik2 & unik unik balako..

    BalasPadam
  2. menarik.. rupenye mane makanan ekh..

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...