Selasa, 1 Januari 2013

SELAMAT TINGGAL KE...SELAMAT JALAN?



Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru 2013..untuk korang semua.

  
Saja je aku nak menyibuk dengan entri hari ni.

Aku dan korang selalu sebut Selamat Tinggal dan Selamat Jalan. Kali ni aku nak fokuskan pada tahun ..Selalu di sebut Selamat Tinggal 2013..

Tapi bila difikirkan secara lojiknya..Selamat Tinggal diucapkan untuk atau kepada sesuatu atau seseorang yang kita tinggalkan..manakala Selamat Jalan diucapkan kepada sesuatu atau seseorang yang pergi meninggalkan kita.

Secara lojik akalnya, kita tidak pernah meninggalkan tahun sebab kita masih disini,masih ada dan tidak kemana-mana pun..dan yang pergi meninggalkan kita dan dah tak ada lagi adalah tahun..betul tak? Ini pendapat akulah..kitakan masing-masing ada pendapat sendiri.

Oleh yang demikian..ayat yang betul adalah Selamat Jalan 2012..bukan Selamat Tinggal 2012..

Dan juga Selamat Datang 2013..

itu aje entri hari ni. Saja je nak sesakkan otak korang untuk berfikir..huhu..Adeus!!!

*kompom lepas korang baca entri ni korang cakap..poyolah minah ni..errr ada aku kisah??

4 ulasan:

  1. huhu mana2 pun okay..
    yang lepas adalah kenangan & pengalaman.. (^_~)

    BalasPadam
  2. pening3. hahaaa

    mana2 pon boleh kan sebenarnya. :D

    BalasPadam
  3. Betul jgk..hehe

    Happy new year u!!!

    BalasPadam

SILA TEKAN KEYBOARD ANDA UNTUK MENULIS. :p

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...