Ahad, 20 Januari 2013

ASAL-USUL ROBOT ANDROID

Assalamualaikum..


Haritu cerita pasal logo Apple..hari ni aku nak share pasal asal-usul Robot Android. Kenapa mesti robot warna hijau..apa kaitan Android dengan robot tu.

Sebelum tu aku jelaskan di sini. Apa itu Android. Pada yang tak tahu..Android adalah sistem pengoperasian untuk telefon bimbit (smartphone) yang berasaskan Linux dan ianya telah dipatentkan sebagai milik Google yang bersifat percuma dan terbuka. Kita tidak perlu membelinya. Hanya download sahaja.

Istilah Android digunakan buat pertama kali oleh seorang penulis buku berjudul Tomorrow's Eve, iaitu Mathias Viliers de L'Isle-Adam (1838-1898). Buku tersebut menceritakan tentang sebuah robot yang berbentuk seperti manusia  yang diberi nama Hadaly.


Mengenai asal-usul robot Android pula, ada yang mengatakan ianya di inspirasikan dari sebuah permainan komputer Gauntlet : The Third Encounter . Di dalam permainan itu ada beberapa karektor iaitu Nerd, Punkroker, Pirate dan Android.

Robot hijau Android ini digelar Bugdroid. Ada yang mengatakan robot ini direka oleh Irina Blo.

Pun begitu, tahukan anda, sebelum menjadikan robot hijau itu sebagai logo atau trademark Android, telah ada maskot tidak rasmi yang telah dicipta oleh jurutera Android bernama Dan Morril. Robot ini didatangkan dalam 4 warna. Merah, hijau, kuning dan biru dan dinamakan Dandroids.




Dandroids.. ada yang menggelarnya " Robot Mabuk"

Sehebat mana pun Android, ada juga tidak hebatnya..beteri Noted aku cepat sangat habis..Kalau nak tahu cara nak jimatkan bateri smartphone korang..tengok aje kat --> SINI

Adeus!!!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...