Selasa, 15 Januari 2013

12 TAHUN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Assalamualaikum..



14 Januari 2002
Dengan bersemangatnya aku melangkah kaki menuju Putrajaya untuk melapor diri sebagai penjawat awam. Pelbagai persoalan timbul..perasaan bercampur baur..

14 Januari 2013
Genablah 12tahun aku berkhidmat untuk negara. Walau jasa itu kecil sahaja..tidak setanding dengan apa yang negara telah beri pada aku.

12 tahun ..
aku mengenal sikap dan sifat manusia
aku belajar dan di ajar tentang kehidupan
aku terima rezeki atas usaha dan kederat sendiri

Syukur..
Ketika usiaku 22tahun, aku sudah mampu berkereta sendiri
Ketika usiaku 25tahun, aku sudah mampu memiliki rumah sendiri
Semuanya atas rezeki yang aku terima hasil berkhidmat dengan kerajaan.

Aku akan terus berkhidmat hingga ke akhirnya..
Tak kisah walau tidak dihargai manusia..
Tak peduli walau tidak dinilai dengan seadilnya oleh hamba tuhan..
Yang penting.. Allah telah memberi aku yang terbaik.

Siapa yang buat aniaya pada aku..adalah balasanNya nanti..
Siapa yang menzalimi aku..adalah hukumanNya nanti..
Siapa yang adil dengan aku..adalah ganjaranNya nanti..

Aku terima dan aku redha.

13 ulasan:

  1. Alhamdulilah dengan semua nikmat yag diberikan oleh-NYA.. syukur kerana kita berada di bumi Malaysia ini...:)

    BalasPadam
  2. Gudluck sis ... Semoga cepat-cepat naik pangkat yerrr .. ihiks

    BalasPadam
  3. lama dah yer...semoga terus sukses dalam kerjaya yer...

    BalasPadam
  4. Tahniah dulu dari kakak. Selagi ada kudrat dan masih diperlukan teruskan saja - yg penting halal.

    Terima kasih singgah blog kakak - follow sini yg ke 433

    BalasPadam
  5. semoga dikurniakan kesihatan yg baik utk terus berkhidmat

    BalasPadam
  6. tahnoiah. moga terus maju jaya ye

    BalasPadam
  7. berbesar hati blogger fames sudi dtg blog mama.. mekasih yer.. :)

    dan tahniah.. rezeki tuh.. :)

    BalasPadam
  8. Tahniah! Kena kejar Kak Amie 9 tahun PB....

    BalasPadam
  9. salam kak..
    alhamdulillah..
    semoga terus gigih melaksanakan tugas :)

    BalasPadam
  10. 12 tahun, tak sedar masa berlalu

    BalasPadam
  11. Tahniah, semoga terus berkhidmat untuk negara dgn tulus ikhlas.
    Thanks singgah dan follow blog ciput saya.

    Saya follow awak juga ye, ke 439 nampaknya. Dahsat..blog femes nih !!

    BalasPadam
  12. saya pula mula berkhidmat dgn kerajaan 2003.sebelum tu dgn swasta 5tahun.sama2 kita berkhidmat dgn penuh tenggungjawab.

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...