Assalamualaikum..
Lama betulla aku tak menulis kat sini. Alhamdulillah kesihatan aku kembali baik. Syukurla lepas ni dapat aku "merendang manik melemang labuci' bak kata .
Puan Qaseh Johanna. Aku tak nak cerita pasal Ramadhan sebab aku yakin semua dah tau fadhilat dan kemuliaan bulan ini.
Kisahnya..kali ni aku nak perkenalkan sesuatu dengan korang. Mungkin ada yang pernah dengar dan kebanyakkan tak pernah dengar. Ini pasal Open Box. Pernah dengar tak? Kalau tak pernah sila teruskan membaca.
OpenBox ni adalah sejenis siaran TV Internet Satelit..Lebih kurang macam Astrok juga tapi ini lebih baik. Bukan juga siaran TV percuma, ia tetap kena bayar (mana ada yang percuma dalam dunia ni..kentut je free). Tapi bayarannya lebih murah malah boleh dapat menonton sehingga 400 ke 600 siaran dari Malaysia dan negara-negara jiran.
Apa yang perlu untuk anda menikmati siaran dari OpenBox ini ialah...
Piring Astro. Pada yang dah piring ni tak perlu risau sebab boleh guna yang sedia ada. Yang belum ada boleh beli. Kalau tak tau nak beli kat mana boleh bagitau aku..nanti aku berikan contact nya..tapi korang kena ikhtiarlah pasang piring ni dan menghala ke arah satelit Astrok jugak.
Yang inilah Openbox. Ini decoder nya. Harga yang ni ikut model. Tapi yang latest lebih kurang RM600++ termasuk bil 6 bulan (RM150 untuk 6 bulan, pastu 6 bulan ke-2 RM130 dan 6 bulan ke-3 hanya RM100)
Untuk ini juga, korang perlukan internet dirumah. Pada yang dah ada internet, pastikan internet itu boleh Wi-Fi sebab OpenBox ni perlukan lebih kurang 10% ke 20% internet. Kalau dah ada internet tapi tak boleh Wi-Fi, korang perlukan yang ini...
Ini router TPlink. Router ni sebenarnya ada pelbagai model. Yang aku punya tak macam ni. Rupa dia ada pelbagai bentuk, walau apa pun bentuknya pastikan ia mempunyai spesifikasi 3G, dan ada lubang USB. So korang boleh cucuk modem broadband dan Wi-Fi kan 1 rumah. Harga model terkini yang aku beli RM135. Ada yang murah dan cap ayam, tapi pastikan berbaloi.
So bila ada ke 3-3 benda ni, barulah korang boleh menikmati siaran Astrok keseluruhan. Dan kalau korang ada 2 piring Astrok, dan salah satunya menghala ke utara , korang akan dapat tengok siaran Siam. Pendek kata boleh tengok tv sampai lebam.
Jika dihitung, OpenBox ini lebih jimat. Cuma permulaan tu kena keluar banyak sikitlah ongkos nya. Bajet lebih kurang RM650 kalau dah ada piring dan internet. Kalau tak ada apa-apa macam aku bajetnya lebih kurang RM900. Bilnya bayar 6 bulan sekali. So itulah yang nak aku kongsikan.
Apapun, pastikan line internet anda statik. Barulah siaran nya cantik. Kalau dok dekat kawasan kapal terbang lalu lalang cam aku ni memang boleh buat aku tension...tiap kali diorang lalu memang ganggu bukan je line internet, line telefon pun sama.
Ok, jika ada yang berminat korang searchla dalam internet mana tau terjumpa ajen jualan yang berhampiran dengan korang. Itu jer untuk hari ni . Adeus!!!
*gambar dalam entri ni semua aku ambik dari googel sebab aku tak sempat nak snap gambar yang aku sendiri.