Khamis, 31 Mei 2012

SELAMAT HARI PEMBANTU TADBIR

Assalamualaikum..

Bismillahhirrohmanirrohim..

Dengan ini aku mengisytiharkan bahawa hari ini adalah Hari Pembantu  Tadbir.

Hari ini adalah khas untuk semua Pembantu Tadbir di Malaysia. Tak kiralah disektor awam atau swasta. Barang perlu diingat, dimana-mana sahaja tak kira di pejabat, di kilang, hatta di syarikat kecil, peranan seorang Pembantu Tadbir @ Kerani amatlah penting. Mungkin jawatan itu hanya kelihatan amat kecil, tapi tanggungjawabnya amat besar.

Oleh itu aku ada sesuatu untuk mereka yang berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir.


Entri aku berakhir di sini..sebab banyak kerja sedang menanti. Sengaja aku declare hari ni hari untuk Pembantu Tadbir. Walaupun tugasnya nampak amat kecil, tapi penting sebenarnya. Kita ada Hari Guru, Hari Jururawat, Hari Polis, hari itu hari ini dan macam-macam hari..

sedangkan PT?.. aku pernah kata pada kawan-kawan PT..
"ada kerja untuk kita hari-hari..tapi takde "hari" untuk kita"

Adeus..amigos!!

Rabu, 30 Mei 2012

SIRI JEPUN PALING BEST - OSHIN

Assalamualaikum..

Kali ni, entri pasal drama Jepun lagi..yang di alih bahasa. Lalu berlaku suara ala-ala bapuk untuk dubbing pada watak kanak-kanak 5 tahun.



Kabayashi Ayoko - watak Oshin masa kecil

Yoku Tanaka - Oshin 16 tahun

Aku suka drama ni, walaupun aku tak berapa ingat jalan ceritanya. Sebab masa drama ni ditayangkan aku baru darjah 2 kalau tak salah. Waktu tu aku tak berapa nak faham drama berat macam ni. Walaupun begitu, drama ini memang best. Kisah kehidupan seorang budak kecil, membesar dizaman perang. Pendek kata, ini drama popular dizaman mak aku muda belia.

Hanya 1 babak yang aku ingat dimana Oshin remaja buat pertama kali merasa gula..Oshin terlalu seronok sampai sanggup menyimpan secubit gula. Bayangkan kesusahan di zaman itu..gula adalah 1 barang termahal..

Aku pun tak pasti, samada pelakon asal ni masih hidup atau sudah tiada. Kalau ada pun dah jadi moyang agaknya..itu jer untuk hari ni.. Adeus!!!

Selasa, 29 Mei 2012

SIRI JEPUN PALING BEST - MOERO ATTACK

Assalamualaikum..

Aku yakin, barang siapa yang lahirnya seusia aku, pasti ingat drama bersiri ni.. Moero Attack. Malah aku adalah antara jutaan peminatnya dizaman itu. Dengan tak semena-mena aku memberanikan diri mengorek tabung semata-mata untuk membeli sebiji bola untuk ditampar sepuas hati dihalaman rumah!

Siri ni sangat popular dizaman itu. Masa tu ku darjah 4 (Tahun 1990). Dengan sepantas kilat aku mengayuh basikal  dari kelas KAFA hanya kerana nak tengok drama yang best ni.

Yumi Koaraki..atau dalam drama ni namanya Cun..


Aku tak tahu kenapa ia begitu top di zaman itu walaupun sah-sah penipu punya cerita..dengan lompatan summersalt 4 kali guling, mampu membuatkan bola itu terbang seperti jet pejuang. Pun begitu aku tetap ikut siri ni sampai habis. Walau apa pun juga alasannya, aku paling suka drama ni. Kalaulah ada ulangan, aku pastinya akan tengok lagi.

Yang paling best, di zaman itu juga, aku mampu menghafal lagu temanya dengan baik sekali walaupun sepatah harem aku tak faham..

Sekarang ni TV kita banyak menyiar drama mengarut meleret-leret dari negara jiran. Baik aku layan Boboi Boy..Adeus!!!

Isnin, 28 Mei 2012

JOM CHECK HANDPHONE

Assalamualaikum..

Aku dapat tips ni dari fb..

RAHSIA YANG ANDA TAK TERFIKIR


BERHATI-HATI SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda,
>Sila taip *#06#
>akan keluar IMEI (International Mobile Equipment Identity)
>semak nombor IMEI anda (lihat angka yang ke 7 dan  8 pada nombor tu)

Contoh  359365000225437
Nombor yang ke 7 dan 8 adalah 00

Jika ...
02 atau 20 : dari China = Kualiti Rendah
08 atau 80 : dari Germany = Kualiti Sederhana
01 atau 10 : dari Findland = Terbaik
00 atau 03 atau 04 : dari kilang asal = Sangat Terbaik
13 : dari Azerbaijan = Sangat Kurang Kualiti & Merbahaya

Jom kita check handphone kita..check..check..check it out!!!  Adeus!!!


Ahad, 27 Mei 2012

DAERAH KELAHIRANKU..YAN

Assalamualaikum..

Aku anak jati Kedah. Aku dilahirkan di Yan Kedah. Walaupun ianya sebuah daerah kecil, tapi macam-macam ada di Yan..

Kalau nak tempat tinggi yang sejuk ..Yan ada...

Gunung Jerai..sejuk mata memandang





Kalau nak tempat berehat ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.. Yan ada..


Pantai Murni

Kalau nak berkelah di air tejun..Yan ada..

Air Tejun Seri Perigi

Batu Hampar 

 Titi Hayun



 Kalau nak ketenangan mata memandang..Yan ada..

sawah bendang seluas-luas alam..


 Pulau Bunting

Jambatan Pulau Bunting

Perkampungan Nelayan

Pendek kata, semuanya ada di sini. Walau jauh mana aku pergi..Yan tetap dihati..Ini daerah ku!

*thanks to google..aku pinjam gambar ye.. :p


Sabtu, 26 Mei 2012

BUNGA PEARL SIMPLE 3

Assalamualaikum..

Kali ni entri manik juga..

Dan baju ini diminta untuk aku jahit simple aje. Mari kita tengok apa dah jadi..

Tangan.. 

Tangan lagi..

Bawah baju

Baju ni aku suka sangat  sebab mudah nak jahit..sebab kainnya keras sikit tak macam kain-kain lain..kalau datang kain macam ni..10 pasang pun aku sanggop!!..Huhu..itu je untuk hari ini.. Adeus!!!

Jumaat, 25 Mei 2012

BUNGA LABUCI - 8

Assalaamualaikum..

Dah mai dah..entri pasal manik. Aku nak tunjuk ajelah antara baju raya pelanggan-pelanggan yang dah aku siapkan..jom tengok

Leher

 Close-up leher

 Tangan

 Leher dan tangan

Dari atas ke bawah

Pertama kali aku buat bunga labuci berterabur ni. Mula-mula tu rasa macam nak terkeluar biji mata..lama-lama ok lah. Sebelum-sebelum ni, bunga labuci aku begitu statik sekali..kali ni saja nak buat perubahan sikit..biarkan ia berterabur...

So, esok ada lagi entri untuk manik sempena raya (walaupun belum puasa..tengok anak bulan pun belum)..Aku berhenti disini dulu..Adeus!!!

Nak tengok lagi ?..Tunggu

Khamis, 24 Mei 2012

MEMORI

Assalamualaikum..

Panas betul semalam..berpusing-pusing dan berguling-guling aku nak tidur.  tetiba terasa macam nak kembali semula ke tempat yang sejuk dan best ini..

Aku nak kembali kesini semula..tempat ini sahaja..tempat lain aku tak mau..dan kali ini aku akan gigih mendaki tangga tembok ini hingga ke puncak di atas sana tu..owh..mampukah???

Dan hingga kesaat ini aku masih terasa bestnya kesejukkan itu..
*bilaku jaga dari tidur..owh..rupanya hari dah hujan ..lebat pulak tu......

Rabu, 23 Mei 2012

CARA-CARA MENJAHIT MANIK

Assalamualaikum..

Ramai yang minta aku ajarkan cara nak jahit manik..Demi memenuhi permintaan ramai..mari sini aku nak ajarkan..pada yang tak berminat, sila abaikan entri ini.

Bahan-bahannya ialah (macam nak ajor memasak jer..hehehe)

manik..

labuci
  
kristal

pearl

benang,jarum dan suku sakatnya..

Cara-cara nak menjahit...


 sila susun dulu segala manik, labuci dan semuanya supaya senang diambil...

dan sebenarnya aku belum cukup ilmu untuk mengajar orang..harap maaf..sekian!

Selasa, 22 Mei 2012

BIARLAH KEKASIHKU BUAYA

Assalamualaikum..

Adakah aku sudah kecewa dengan manusia sehingga ingin berkasih dengan buaya?...oh tidak..bukan buaya jadi pilihan..tapi aku ingin memiliki cinta lelaki resmi seekor buaya..

Apalah yang aku merapu meraban pagi-pagi ni...gini ceritanya..


INI ADALAH FAKTA:
Menurut Wikipedia, buaya ialah binatang yang paling setia dengan pasangannya hingga ke akhir hayat. Walau kemana jua ia pergi, ia akan balik kepada pasangannya..

Ini yang buat aku terfikir..kenapa lelaki miang akan dicop "buaya". Tak kira lah buaya darat, buaya longkang atau buaya tembaga. Sesungguhnya buaya itu tidaklah bersalah sama sekali. Kasihan buaya itu berserta keturunannya..



Dan sesungguhnya barangan seperti baju dan kasut berjenama buaya (Crocodile) amatlah mahal jika nak dibandingkan dengan baju pasar malam...

*confius!

Isnin, 21 Mei 2012

SPECIAL ENTRY FROM NORA DANISH

Assalamualaikum..

2 hari tanpa entri. Teramatla sibuk..sibuk dengan jahitan manik yang dah mula membanjiri rumah aku..maka bermula episod bersilat sakan dengan jarum dan manik. Semuanya baju untuk raya..

Hari ni baru sempat blogwalking..pagi-pagi lagi comelku Nora Danish dah buat aku ENJOY!!!..tersenyum lebor mak  nak!..heheh..

Nora ada buatkan special entri untuk aku..jom kita tengok


Nora masih baru dalam blogging ni. Jom la follow Nora..kita kasi ramai meriahkan blog beliau..Buat masa sekarang follower  Nora 181 orang..

Apapun thanks pada Nora yang sudi buat special entri tu..senyum lebor ahkak pagi-pagi ni..sekian untuk hari ni..kerja dah menimbun atas meja..Adeus!!!

Jumaat, 18 Mei 2012

KISAH 3 BANDUAN

Assalamualaikum..

Aku teringat 1 filem yang aku tonton dulu.. filem tu filem tamil..tajuknya aku tak ingat..tapi ada 1 babak di mana babak itu amat bermesej sekali..



3 orang banduan!..asalnya dalam 1 sel penjara tu ada hanya 2 orang banduan..1 hari banduan ke-3 dimasukkan bersekali dengan 2 orang banduan itu..Mereka tidak bertegur sapa sehinggalah pada 1 hari..

BANDUAN 1  : Kenapa kau dipenjarakan? (tanya Banduan 1 kepada Banduan ke 3)

BANDUAN 3  : Aku dipenjarakan kerana melakukan jenayah .Aku telah merogol anak kandungku

BANDUAN 2  : Kau merogol anak kau? Kau tahu kenapa kami berdua dipenjarakan?

BANDUAN 3  : Tentunya kerana melakukan kesalahan dan jenayah..

BANDUAN 1  : Ya..memang kami melakukan jenayah..Kesalahan aku ialah merompak bank.

BANDUAN 2  : Aku pulak membunuh tanpa niat..

BANDUAN 3  : Nampaknya kesalahan kamu berdua lagi berat dari kesalahan aku.

BANDUAN 1  : Ya, memang kesalahan kami lagi berat dari kesalahan kau. Tapi kau tahu kenapa kami lakukan kesalahan itu??

BANDUAN  3  : Tidak..aku tak tahu..

BANDUAN 2  :  Dia (Banduan 1 ) merompak kerana tidak ada duit untuk diberi makan pada anak-anaknya, lalu dia terpaksa merompak agar perut anak-anaknya tidak kelaparan..dan aku, membunuh kerana anak gadisku telah diperkosa orang..Aku tidak dapat menahan marah apabila anak gadisku diperkosa didepan mata aku.

BANDUAN 1  : Dan kau??? apa yang kau lakukan untuk anak kau??? Sebenarnya kesalahan kau lagi berat dari kami berdua.

BANDUAN 2  : Walaupun kita ini adalah penjenayah..tapi kaulah yang paling hina sekali.

*moral of the story...jangan jadi haruan makan anak.

Khamis, 17 Mei 2012

AMT KE 212..SIAPAKAH GERANGAN???

Assalamualaikum..

Tersenyum lebor aku pagi ni..eh..eh..dah bertambah pulak AMT aku hari ni..Memula tu aku tak perasan lagi saper..bila ku close up..owh...

Hehe..Si Comel Nora Danish rupanya...

Dah tu aku teringat entri Nora sebelum ni, katanye, orang yang menang contest dia, dia akan follow dan letak link blog aku di blognye.. aku pun ada menjoinkan diri ..adakah aku....???

Lalu aku pun mengklik la post terkini Nora..ehem..ehem...



Thanks dear Nora..
For your info : AMT tu maksudnya Ahli Mesyuarat Tingkap..
Kalau nak tahu kenapa Follower di blog akak di panggil AMT..sila baca -->Di SINI :)

And thanks to AMT yang mendoakan aku ye..dan oleh kerana aku antara yang bertuah hari ini, aku berbesar hati nak belanja korang makan angin..sila ngangakan mulut, sedut udara sebanyak-banyaknya ..tutup mulut..kunyah dan telan!..
Done!!! aku dah belanja korang makan angin..hikhikhikhik...

Hari ni hari gembira..So kita ENJOY!!!


Rabu, 16 Mei 2012

T-SHIRT EKSKLUSIF FK GROUP

Assalamualaikum..

Entri ni khas untuk peminat dan penyokong Farid Kamil. Aku selaku Admin beliau dengan ini mengumumkan bahawa, T-Shirt Eksklusif FK Group telah mula dijual oleh aku sahaja..Orang lain tak dibenarkan jual. Aku adalah pengedar sah tunggal setunggal tunggalnya.

T-Shirt ni limited edition. Untuk pengetahuan korang, T-Shirt ni tidak boleh didapati dimana-mana pasaran diluar. Kalau korang terjumpa diluar..itu BUKAN ORIGINAL ok!.. Kalau nak yang ORIGINAL, hanya dijual oleh aku sahaja..di ulang AKU SAHAJA..

Inilah rupa baju itu...

HARGA :RM35
+ POSLAJU RM7 (SEMENANJUNG)
+ POSLAJU RM12 (SARAWAK)
+ POSLAJU RM15 (SABAH)


UNTUK TEMPAHAN

1. Sila ukur baju di badan sendiri badan anda dan tentukan saiz anda berdasarkan jadual di bawah..

*untuk tambahan saiz yang seterusnya (XXXL ke atas) sila tambah 2 inci..

2.  Bank-in kan bayaran (harga baju termasuk pos) ke No Akaun berikut :
MAYBANK 152068919634 (SHUHANA BINTI AHMAD)

3.  Lepas bank-in, sila SMS kan detail anda seperti ini:
NAMA , SAIZ BAJU , JUMLAH BANK-IN, MASA BANK-IN & ALAMAT
send ke no. 0125677630

Tempahan dibuka SETIAP HARI dari jam 9.00pagi-9.00malam
Tempahan akan ditutup pada 15.06.2012.
Tempahan ini adalah PRE ODER dan hanya akan di pos selepas dari tarikh tutup

Kepada yang berminat, jangan lepaskan peluang ini..sila hubungi aku..sekian

Selasa, 15 Mei 2012

KAWANKU CINA

Assalamualaikum..

Tetiba pagi ni aku teringatkan sahabat-sahabatku yang bukan sama bangsa dengan aku. Mereka ini memang aku tak pernah lupa..sentiasa di ingatan.

Masa aku Form 3..aku ada 2 orang kawan berbangsa Cina yang cukup baik dengan aku. Aku memang teruk dalam Math, diorang ni lah yang banyak membantu. Bukan itu saja..banyak lagi kenangan yang tak dapat aku lupakan. Masih aku ingat..hari tu hari peperiksaan penggal. Dan aku demam teruk. Kepala aku pening berpinau-pinau. Aku tak mampu nak jawab soalan. Aku rasa nak pitam. Sahabat aku ni namanya  Ng Boon Pin..dia duduk di belakang aku. Oleh kerana aku tak tahan sakit kepala..aku tulis atas pemadam pensel "Boon..saya sakit kepala"..pastu tanpa menoleh kebelakang, aku hulurkan pemadam tu dan letak depan dia. Kononnya mcm aku nak pulangkan pemadam tu pada dia..tak sampai seminit, dia cuit belakang aku..aku toleh sikit..aku nampak dia hulurkan balik pemadam tu..aku hulur tangan ..owh..rupanya dia hulurkan pemadam berserta sebijik panadol..macam nak nanges masa tu. Aku pun makan ubat tu dan aku tertidor..nasib baik aku terjaga dan sempat habiskan semua soalan..

Sorang lagi namanya Tan Shy Wei..minah ni gilakan lagu Ziana Zain dan Fauziah Latif..dan akulah guru vokalnya. Aku pernah terpaksa berjalan kaki dari simpang jalan besar menghala ke jalan kampung untuk balik kerumah sebab abah aku tak sempat ambil aku dari sekolah. Jarak dalam 2km. Shy Wei beranikan diri ambik motor bapak dia semata-mata nak tolong hantar aku balik...

Ng Boon Pin barisan tengah yang tangan didagu tu..dan Tan Shy Wei..yang duduk depan sekali..

Walaupun sekarang aku tak tahu dimana mereka berdua, tapi aku t ak pernah lupa semua kebaikan mereka pada aku dan kenangan aku dengan mereka. Lagi seronok kawan dengan diorang ni sebab diorang ni aku tak pernah dengar mengata kat orang atau bercerita pasal boyfriend. Dan bila aku berada dikalangan mereka, mereka akan bercakap melayu sesama sendiri..jarang mereka bercakap bahasa cina kalau aku duduk dengan mereka berdua...Rindu pulak rasanya.. :(

Isnin, 14 Mei 2012

HADIAH IMPIAN

Assalamualaikum..

Inil adalah entri kesian.

Semua orang ada angan-angan nak dapat sesuatu yang selama ini di idamkan tanpa perlu bersusah payah..termasuklah aku. Kebanyakkan yang aku idamkan bukanlah dihadiahkan orang..semuanya aku usahakan sendiri..kesian kan aku?

Entah bilalah agaknya aku nak dapat hadiah seperti yang aku angan-angankan sebelum ni..

Antara yang aku nak sangat-sangat..



SAMSUNG GALAXY SIII - ini yang paling latest. Sebab aku nak sangat benda ni, ianya memudahkan aku nak buat kerja dan nak berbisnes online..kesian Nokia Sabun aku yang baterinya sebulan sekali "kong" sebab aku paksa dia on intenet bila nak check payment customer dan layan pertanyaan customer di fb page aku..kesiankan aku?


PANASONIC MICROWAVE OVEN -NN-CS5995..dah lama aku idamkan benda alah ni. Aku ni sebenarnya suka memasak dan membako itu dan ini..tapi apakan daya..aku memang tak de microwave ni..kesiankan aku?

SONY BRAVIA LED 55 INCI ..walaupun dirumah aku dah ada 2 buah TV..namun saiznya hanya 29inci. Dan aku yang kerabunan jauh ini terpaksa memakai spek tiap kali nak tengok TV..kalau dapat yang saiz gedabak camni kan best..tak yah aku teraba-raba nak cari spek..kesiankan aku?


Inilah antara "wish list" yang memang aku nak sangat-sangat. Mana nak mampu , semuanya ribu riban. Aku hanya mampu berangan-angan..yang paling kesian..sapelah nak hadiahkan aku semua ni...kesiankan aku???

Ahad, 13 Mei 2012

HARAM SAMBUT HARI IBU?

Assalamualaikum..

Aku bukan nak spoilkan mood korang  yang nak sambut hari ini. Tapi aku nak berkongsi ilmu.



Hukum ini telah dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus.





Berikut adalah yang aku dapat melalui Wikipedia

SEJARAH HARI IBU

Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini

Di United Kingdom dan Ireland, terdapat satu perayaan yang dipanggil ibu Ahad, yang jatuh pada hari Ahad keempat Lent (18 Mac pada tahun 2012). Kebanyakan ahli sejarah percaya bahawa ia berasal dari itu amalan abad 16 Kristian melawat gereja ibu seseorang setiap tahun pada Laetare Ahad, yang bermakna bahawa kebanyakan ibu akan bersatu semula dengan anak-anak mereka pada hari ini apabila perantis muda dan wanita muda dalam perkhidmatan telah dikeluarkan oleh tuan mereka bahawa hujung minggu.

Akibat pengaruh Hari Ibu Amerika, ia berubah menjadi hanya menunjukkan penghargaan kepada ibu seseorang. Pengkomersilan dan pensekularan lagi menghakis konsep itu, dan kebanyakan orang sekarang melihat ia hanya sebagai hari untuk membuat hadiah untuk ibu mereka. Ianya masih diiktiraf dalam erti kata sejarah asal oleh beberapa gereja, dengan perhatian yang dibayar kepada ibu Mary Yesus Kristus dan konsep Gereja Ibu.


Sesetengah Ahad ibu tradisi telah dihidupkan semula, seperti tradisi makan kek pada hari itu, walaupun mereka kini makan kek simnel dan bukannya kek yang tradisinya disediakan pada masa itu.Tradisi dua sambutan kini telah bercampur, dan ramai orang berfikir bahawa mereka adalah perkara yang sama.
Oleh 1935 ibu Ahad kurang terkenal di Eropah. Terdapat usaha untuk memulihkan itu perayaan dalam itu 1910-an-1920-an oleh Constance Penswick-Smith, tetapi ia telah tidak dipulihkan sehingga AS Dunia Perang II askar membawa sambutan Hari Ibu ke UK ,  dan ia telah digabungkan dengan tradisi Ahad ibu masih diraikan dalam Gereja England.  Menjelang tahun 1950-an ia telah menjadi popular di seluruh UK, Orang dari Ireland dan UK mula meraikan Hari Ibu pada itu Ahad 4 of Lent, di hari yang sama di mana ibu Ahad telah telah disambut selama berabad-abad.
Amerika Syarikat meraikan Hari Ibu pada hari Ahad kedua pada bulan Mei. Julia Ward Howe adalah yang pertama mengeluarkan Perisytiharan Hari Ibu pada tahun 1870 sebagai panggilan untuk wanita untuk menyertai dalam menyokong perlucutan senjata. Pada tahun itu 1880-an dan 1890-an, terdapat beberapa cubaan lagi untuk menubuhkan Hari 1 Ibu Amerika itu, tetapi ini tidak tidak berjaya melepasi peringkat tempatan. Hari cuti umum telah diwujudkan oleh Anna Jarvis di Grafton, West Virginia, pada tahun 1908 sebagai hari untuk ibu menghormati . Jarvis mahu untuk mencapai impian ibunya membuat 1 perayaan untuk semua ibu, walaupun idea itu tidak diambilkira sehinggalah dia mendapatkan khidmat saudagar kaya Philadelphia  bernama John Wanamaker.

Dia sentiasa memperjuangkan agar cuti diberi pada hari tersebut sehingga Presiden Woodrow Wilson membuat mengisytiharkan cuti umum kebangsaan rasmi pada tahun 1914. Cuti umum itu akhirnya menjadi begitu tinggi nilai komersilnya, termasuk pengasas, Anna Jarvis, menganggapnya sebagai "cuti Hallmark,".  Di Amerika Syarikat, Hari Ibu kekal salah satu yang hari terbesar untuk jualan bunga, kad ucapan, dan sebagainya; juga cuti umum  .Selain itu,  ia menghasilkan  kehadiran tertinggi ke gereja selepas Krismas dan Easter .

Jika kita sayangkan mak kita, tak perlulah tunggu Ahad minggu kedua bulan Mei untuk menghargainya. Hari-hari pun kita boleh buat. Jangan kita ikut budaya orang yang tiada dalam syariat agama kita..

Jumaat, 11 Mei 2012

FOOTBALL CUP

Assalamualaikum..

Boleh dikatakan semua orang tengok bola..semua orang suka bola. Tak kira la  liga apa pun..piala apa pun..Dari yang bermain sampai la yang menyokong..semuanya bersemangat bersengkang mata tengah-tengah malam buta kerana nak tengok boleh..(kalaulah boleh bersengkang mata kerana nak solat taubat kan ke bagus)..ada yang sampai bergaduh, bas pun boleh diangkat..ada yang bunuh membunuh...haish...dahsyat sungguh..

Berikut adalah piala atau Cup yang menjadi kesukaan orang ramai..antaranya...

World Cup - 1 dunia punya piala. Semua negara didunia nak piala ni

Euro Cup - ini akan berlangsung bulan 6. Kat TV dah riuh rendah asyik iklan Euro 2012


FA Cup - ini Malaysia punya. Boleh bakar stadium kalau tak dapat piala ni


Suzuki Cup - inilah punca Indonesia macam nak berperang dengan Malaysia


Malaysia Cup - ini pun rebutan juga dalam Malaysia

banyak-banyak Cup yang ada dalam Malaysia..hanya ada 1 Cup yang paling aku suka. Boleh bergaduh juga kalau tak dapat..inilah dia Cup tersebut
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/


KING CUP..raja segala Cup!..

hahahah memang aku suka dari kecik lagi sampai la dah tua bangka ni, walaupun ada yang mengatakan sardin membahayakan kesihatan, tapi Football Cup boleh membahayakan keselamatan!..sekian.. Adeus!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...