Ahad, 23 September 2012

“Why Maybank Should Give Me Tickets to Legoland”

Assalamualaikum..

Kenapa? Terkejut dengan tajuk blog aku? Tak semena-mena tajuk entri aku berbahasa Inggeris hari ini. Dan entri aku juga berbahasa Melayu yang amat santun, bertatabahasa dan terserlah Melayunya. 

Sebenarnya aku sedang menyertai pertandingan "Why Maybank Should Give Me Tickets to Legoland' atau dalam bahasa kebangsaan yang amat aku banggakan " Kenapa Maybank Perlu Memberi Tiket ke Legoland Kepada Saya". Dan entri ini berbahasa kebangsaan kerana majoriti pembaca blog ini mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya gred D dalam kertas Bahasa Melayu peringkat UPSR.

Mungkin ada antara kita yang masih tidak tahu tentang kewujudan Taman Tema ini. Sedikit info mengenainya..

 Berkeluasan 76 ekar dengan lebih dari 40 permainan yang sesuai untuk semua peringkat umur dan di dalamnya terbina sebuah Miniland yang mempunyai mercu tanda negara-negara Asia yang dibina oleh anak tempatan dengan menggunakan lebih 30juta bata Lego..dan ianya yang pertama di Asia.

Ia juga merupakan sebuah "dunia" yang "hidup" pada skala 1:20. Menarikkan? Yang pastinya bila kita melangkah masuk ke dalam Legoland kita pasti merasakan bahawa diri kita juga seperti patung-patung kecil Legoland yang hidup dalam dunia yang penuh warna-warni.

Pintu masuk ke Legoland

Legoland map..macam-macam ada

Kenapa aku teringin sangat ke Legoland?..sebabnya..

Aku nak main..

yang ini...

yang macam ini.. (err...agak-agaknya mampukah ia menanggu kapasiti berat aku?)

ini ..dan

semua yang ada di sana.

Aku juga nak tengok sendiri semua binaan dari bata Lego seperti




Banyak sebenarnya gambar binaan Lego. Tapi tidak termampu untuk aku upload kesemuanya. Gambar ini semuanya aku pinjam dari Google sebab aku sendiri pun tak pernah jejak kaki lagi ke Legoland,.


And “Why Maybank Should Give Me Tickets to Legoland”..its because

this tickets...

too expensive...


-The end-

3 ulasan:

  1. Xpe PrnBiru..xkisah bahasa ape janji masukkan..hehehe..ade gak husband ckp psl contest nie kt mbb..tp mcm kurang rajin nk pikir2 ayat...hehehe..

    BalasPadam
  2. bestnya kalo dapat pergi ke legoland tu..tapi jauhnya kalo nak pergi dari utara nak ke selatan nung..huhhh..penat kena kumpul duit banyak2 dulu nih..semoga berjaya dlm contest tersebut..

    BalasPadam
  3. Ank2 sya da pegi legoland masa yg belum resmi aritu, sampai nangis2 nek roller coster. huhuhu sya x dpr gi lagi duit xde woooo

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...