Rabu, 29 Ogos 2012

KEDAI BATA ONLINE

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita pasal Kedai Bata Online. Khas kepada orang yang suka beli kasut di Bata. Al-kisahnya aku ke kedai Bata yang terbesar di Alor Setar. Dah jumpa kasut yang berkenan, tapi saiz pulak dah habis. Baliklah aku hampanya. last-last aku tanya Pakcik Gugel. Dia kata ada kedai Bata Online. So aku pun shopping online la..Lega weh..semua kasut terbaru dan saiz aku ada..


Memang aku tak tahu sebelum ni rupanya ada kedai Bata Online. Senang sangat. Tak payah aku nak bersusah payah masuk town semata-mata nak cari kasut.

Sebenarnya inilah baru aku nak beli kasut raya. Raya dah lepas. Apakan daya tak sempat sebab sibuk menjahit. Maka jadilah kasut lepas raya..huhuhuh...

Yang bestnya Bata Online sekarang tengah buat promosi yang amat berbaloi. Promosi tamat pada 30 September 2012. Beli 1 diskaun 10%. Beli 2 diskaun 20% untuk tiap pasang. Beli 3 diskauan 30% untuk tiap pasang. Makanya aku membeli 3pasang dengan harga RM113.40. Free Delivery..yakni tiada kos pos..puas hati aku.

Maka aku menunggu kasut baru ku sampai nanti..huahuahua..

Err...untuk jawapan semalam..MANA AKU... aku adalah yang duduk di atas riba tu. Dalam adik beradik akulah yang bermata bulat yang sebulat-bulatnya, bukan setakat mata..badan pun bulat..Adik beradik yang lain semua sepet!..Itulah yang turun pada si BOB. Kombinasi mata sepet dan badan bulat.

Sekian cerita aku..Adeus!!!

8 ulasan:

  1. ouh..ada kedai online erk??
    nak terjah la..

    BalasPadam
  2. assalam PB..acik pun baru tahu ada kedai bata online bila baca disini..terima kasih pb kongsikan disini

    BalasPadam
  3. Eh... kakcik pun baru tahu ni. :)

    BalasPadam
  4. Ha ah, saya pun baru tau. Senang la nak beli next time. Free delivery tu paling menarik.

    Oo.. anak paling kecik ke? Heheh. Silap tekaan ku.

    BalasPadam
  5. eh bagus le ada online ek...hehehe

    BalasPadam
  6. yer saya peminat bata...dari zaman sekolah mak suka beli ksut sekolah bata sampai la skrg masih setia dengan bata..tp ska beli kt kedai boleh try test..hihi

    BalasPadam
  7. baru tau ada kedai bata online :)

    BalasPadam
  8. SY XBOLEH BLI KASUT ONLINE NI..MAKLOM LA..KAKI SEDEBOK..!! NNT XMUAT KAN SSH DRI SNDRI.. HEHEHE

    KASUT N TUDUNG SY AKN BLI KT KEDAI TERUS..KLO ONLINE NI PAYAH..MCM2 HAL..KITA NI SPESIS LAIN DR ORG.. HIHI

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...