Selasa, 21 Februari 2012

SETIA KAH KAMU???

Assalamualaikum..

Entri kali ni pendek jer. Aku nak tanya korang.."Setiakah kamu???"..
Adakah kamu seorang yang setia? Tak kira setia pada barang, hobi, negara mahupun pasangan???

Jika aku..jawapannya "YA"..

Aku memang setia. Kalau tidak, takkanlah aku..
...masih menggunakan handphone yang dah ketinggalan zaman
...menggunakan ringtone yang sama selama 5 tahun tanpa terniat dihati untuk menukar yang lain
...masih memandu kereta pertamaku yang dah hampir 9 tahun usianya
...masih simpan dan pakai jeans yang aku beli 13tahun lalu..

Namun sesungguhnya "Setia" itu kadangkala hanya akan memakan diri...
Tidak bermakna "curang" itu baik, tapi orang "setia" seperti aku selalunya tak dihargai...

Ada sesiapa tak yang boleh ajar aku untuk "curang"???

sorrylah menyusahkan korang baca entri ni!...

19 ulasan:

  1. klu jeans dh 13 thn still leh pkai..mmg hebat la pen biru...klu camtu, sy pon tak sanggup nak CURANG..!!!! HEHEH

    BalasPadam
  2. cute la gambar patung kotak tu..:)

    jawapan saya pun..YA..saya jenis yg setia..tapi part ringtone tu payah skit..ahhahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesetiaan boleh di balas dgn kecurangan dgn sekelip mata,sampai hatikan org tu....oleh itu sebagai balasannya,jom kita curang ..hihihihi

      Padam
  3. susah nk ckp sbb zaman skrg klu terlalu setia pasti akan dikhianati.mgkin x sume tp kebanyakannya.bab keta samalaa mcm sy,dh 10 tahun masih guna keta yg sama....hehe.

    BalasPadam
  4. huishh kagum ni
    13 tahun??
    ringtone 5 tahun masih tak tukar????
    cheqna setia pada perkara2 tertentu je..
    curang??x leh nak ajar sebab cheqna tak pernah curang huhuhu

    BalasPadam
  5. susah nak setia dengan sesuatu perkara tu.. hehe

    BalasPadam
  6. Saya setia juga. Saya pakai syampu rejoice sejak form 3 sampai sekarang umur dah 32 tahun. Setia kan? Dan kalau saya putus cinta pun bukan saya yg ada org ketiga. Saya tak reti curang.

    Bagi saya, tak perlu balas curang dgn curang. Kekalkan dgn sikap setia. Itu lebih baik. Tetap dgn prinsip. Yg curang tu, perlu diajar.

    BalasPadam
  7. erti setia ni lebih pd setia pd negara dan pasangan hidup.
    Kalau barangan pribadi lebih pada sayang untuk ditukar ganti tapi tidaklah bermakna kita tak boleh tukar

    BalasPadam
  8. assalamualaikum pen biru...nak belajar curang yer ntah la mama pun x tahu mcm mana nak ajarkn...hehehehe...:)

    BalasPadam
  9. kalau dr segi barang takleh challenge pen biru kot.. kalau dengan pasangan.. yes.. insyaAllah.. sampai ke syurga.. amin,..

    BalasPadam
  10. akak memang setia..tang tak tukar ringtone 5 tahun tu.kete,seluar.huhu..terbaikla..sy susah nak maintain..hehe

    BalasPadam
  11. errr...sama la..ai punya hbeg dah koyak2 pun still pakai..kasut pun sama..mmg jenis payah nak tukar2..hp ni pun tunang kasi, kalau x still lg pkai hp lama. =)

    jangan sesekali belajar curang...ok =)

    BalasPadam
  12. Hahahah....Aku, tidak berapa setia. Setia dgn brg pada tahap2 tertentu, tiba masa, kalo teringin sesuatu yg baru, n yg penting MAMPU,aku pun akan tukar. Tgklah mood cmana..tapi kalo ari segi bercinta, aku memang seorang yg setia. Katalah apapun, aku tetap sygkn org tu...n walau apa yg jadi, as long as dia x curang dekat aku, aku akn terus bersama dia..Tapi, once aku dpt tau aku telah dicurangi, paham2lah apa jadi...hati x boleh terima lagi. Hp- aku baru pakai selama nak masuk 3 thun, laptop pun. Kereta lak, sbb aku beli sama umuq dgn fatin, kereta pertama ku, smpaila setia guna waja..sbb aku x mmpu lg nk tukar kereta walaupun teringinkn mpv. No hp lak, mmg selalu tukar..sbb security, protection..asal ada yg smpai effect personal life aku, mmg aku tukar ja. Huhu..tulah kisahnya... ;p

    BalasPadam
  13. curang utk kebaikan takpa.. asalkan kita menghargai barang2 kita yang dah banyak berjasa sama kita selama ni,.. ehehehe... simpan la dia bagus2 sebagai kenangan jika ada pengganti

    BalasPadam
  14. salam,

    Laaa....Awat pulak dah ni....dok setia elok2 dah nak pi curang pulak,pasai apa.....he.he.he....

    BalasPadam
  15. sayapun setia selagi tak rosak guna...jaga elok2...hehee..syg nak bertukar...:)

    BalasPadam
  16. klu macam tu sy baru perasan sy pun salah seorg yg setia.mintak tunjuk ajar juga.haha..

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...