Jumaat, 10 Februari 2012

DETECTIVE CONAN

Assalamualaikum...

 *from google

Detective Conan?,..saper penah tengok? Aku suka betul dengan siri ni, yang kartun atau yang real, 2-2 aku suka. Sebelum kat tv hanya tayangkan yang siri kartun je...bila ditayangkan yang lakonkan orang betul, aku lagi suka. Nak-nak lagi watak yang dilakonkan tu, rupa dan gaya hampir sama dengan watak kartun.

*from google also

Walaupun ianya hanya cereka, tapi cara penyiasatan tu sebenarnya boleh mengejar kita cara-cara menyiasat. Contohnya ,masa rumah mak aku dipecah masuk dulu, tak salah aku 7 tahun yang lepas...kerana selalu tengok Detective Conan lah, aku berjaya teka sape yang masuk dan melalui mana dia masuk..hehehe..sampai incik polis tu kata kat aku, “mudah kerja saya hari ni”.hehhe

Sementara nak tunggu polis datang rumah mak aku, aku awal-awal lagi dah siasat. Aku tengok permukaan bingkai tingkap ada kesan tanah dan bingkai tu berserpih..aku syak penyamun tu masuk ikut tingkap. .pastu kat tempat abah aku sorok duit dia tu agak berdebu dan memang ada bekas jari. Saiz jari tu kecik je..aku agak budak-budak yang punya kerja dan yang pernah masuk rumah mak aku ni, tak ramai. Dan hanya orang-orang tertentu saja yang tau tempat abah aku sorokkan duit.

Nasib baik laptop adik aku yang dia tingal depan tv tak kena samun..Aku dapat jejak bekas selipar penyamun tu, dari tingkap, masuk ke bilis abah aku, pastu direct masuk bilik aku. Bila aku buka laci..sah, sekotak cincin aku hilang termasuklah cincin pusaka arwah tok aku . Bila polis sampai, aku cerita kat polis tu apa yang siasat..pastu polis tu just check balik tempat yang aku cerita kat dia..pastu dia kata betullah apa yang aku siasat tu..hehehe

Last-last, makhluk jahanam yang aku agak tu memang betul..anak jiran belakang rumah mak aku..budak tu kecik je. Mak dia pulak dengan muka tak bersalah, backing anak dia gila-gila punya. Inilah yang aku belajar dengan Detective Conan. Time tu kat tv hanya tayang siri kartun je, so tak sia-sia la aku layan cerita kartun tu..kehkehkeh..

Err..korang ada tengok ke?..

17 ulasan:

  1. he he..sampai dapat buat praktikal..

    BalasPadam
  2. saya tak pernah nengok citer ni,tapi bila awak bercerita cam ni, tetiba rasa bersemangat pulak nak nengok,manalah tau boleh jadik penyiasat berjaya cam awak gak..tapi nanti polis dah kurang kerja camana? :)

    BalasPadam
  3. Saya pun suka tgk Detective Conan. Sebab dah terbiasa dlm cerita penyiasatan, org yang bersalah tu adalah org yang tak disangka-sangka. So, saya kalo tgk TV cerita jenayah2 saya suka teka dulu jalan cerita, siapa yg buat jenayah tu. Biasanya betul. hehehe.

    BalasPadam
  4. saya pun tengok kartun ni, dia mengajar kita cara menyiasat.. best! Tak tau pulak ada watak yg dilakukan oleh org betul.. bila? channel brp?

    BalasPadam
  5. saya suka tengok conan yg kartun tu..dari dulu sampai skrg dah kawin.

    betul, kita boleh belajar cara dia menyiasat tu.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum pen biru...mmg best cite ni ada byk pengetahuan yg akan kita dpt...:)

    BalasPadam
  7. aku tengok tiap2 hari dgn anak aku...!!! aku memang suka citer neh. Mengajar kita berfikir sambil berhibur!

    BalasPadam
  8. saya nak angkat tangan tinggi2 sebab saya pun suka cerita ni...hahhahah...

    BalasPadam
  9. pernah tgk...tp yg kartun je la...layan gak..hehe

    BalasPadam
  10. suka jugak detective conan.. kiut je suara dia.. hahaha.. mendatar je dia cakap.. walaupun kartun.. tp suka sbb citer dia ttg penyiasatan dan paling best conan tu sangat cerdik..

    BalasPadam
  11. Wah,xsangka ramai yg suka ye.Sblm buat entri ni,ada gak sy tepikir,mgkin ramai yg xtgok.Hehe.Sapa2nak tgok yg real,esok ada kt Tv3,pagi.Pukul brapa x ingat pulak.Hensem la pulak conan yg dewasa(kudo sinichi)..Hehe

    BalasPadam
  12. Conan..? Mmg suka baca komik conan...ni pasal anak2 lh yg suka sgt jd maknya jngkit skali..hihi

    BalasPadam
  13. Aku mmg kumpul komik Conan dari belajaq kat Uitm dulu lagi..dari thun 1998..mmg bnyk koleksi conan aku..yg introduce x lainb x bukan ex bf aku yg jgk senior tesl aku dulu...masa tu tgh gila kumpul komik2 cerita jepun..mcm slam dunk,dragon ball etc..Fav.katun aku selain dari Conan,ialah Cardcaptor Sakura....huhu..n Samurai X..

    BalasPadam
  14. fuiyooo dasat la, ni nnti boleh la apply polis ke hape ke..ada bakat dh ni...xsia2 minat conan...huuhu

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...