Ahad, 12 Februari 2012

DEDICATE TO MR.ZARUL UMBRELLA

Assalamualaikum...

Senyum dulu :)
Memblogwalking semalam menemukan aku dengan vokais yang menjadi kegilaan ramai masa aku sekolah menengah dulu. Thanks to Mama Maszull.

Lagunya pernah meniti dibibir aku dulu.. Ramalanku Benar Belaka, Bukalah Hatimu dan macam-macam lagi. teringat kembali masa Form 4. Dikelilingi kengkawan yang sekepala, asal cikgu tak masuk kelas je, kami pun mula lah buat kelas nyanyian kat belakang kelas (dah memang pun aku dok kat belakang sekali)..macam-macam suara ada, sumbang, mambang..hahah

Berbalik ke cerita asal..entri Mama Maszull yang membawa aku ke blog istimewa itu. Lalu aku memfollowkan diri dan tak sampai setengah hari, abang Zarul kita pun mendaftarkan dirinya sebagai Ahli Mesyurat Tingkap aku yang ke 168..thanks bro! Tak semua orang femes sudi memfollow peminat diorang tambah-tambah lagi peminat yang tak dikenali..ada yang dikenali pun tak hingin nak follow pun ada..kan..kan..

Apepun, sekali lagi nak ucapkan thanks bebanyak kepada vokalis kumpulan payung @ Umbrella, iaitu Zarul. by the way..suara beliau maintain dari dulu sampai sekarang..

"salahkah..andai ku memuja..keindahan milikmu.."..cewah!
Adeus!!!

12 ulasan:

  1. lagu umbrella yang masih melekat diingatan adalah ramalanku benar belaka =)

    BalasPadam
  2. best lagu tuh..bagusla rajin follow..

    BalasPadam
  3. dah lamo tak dgr lagu leleh2 mcm lagu2 kumpulan umbrella...huhu

    BalasPadam
  4. Betul ke itu dia? Ni jeles ni. Nak follow dia jugaks la. kawan saya minat gile kat dia masa skool dulu. Smpaikan masa Zarul kawen, dia siap nangis. Heheh.

    BalasPadam
  5. wah tenkiu2..saya biasa2 jer..mana yg follow saya ..akan saya follow balik..saling memberi dan menerima selagi termampu..chewahh ,...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum pen biru...tahniah yer Mr.Zarul dah follow moga bertambah lg follower pen biru yer...:)

    BalasPadam
  7. sy jumpa blog beliau dr blog kak fieda.beliau pun dh follow blog sy..lagu umbrella mmg best..:)

    BalasPadam
  8. saya pun layan lagu2 umbrella masa sekolah dulu...memang memori la...sampai sekarang masih suka dengar...wah mahu ke blog beliau la...:)

    BalasPadam
  9. mmg pun..suara dia sedap n lagu pun tgkp leleh la..huhu...lagu2 dulu gak yg best...

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...