Ahad, 28 Ogos 2011

BUNGA LABUCI DAN MANIK TABUR - 4

Assalamualaikum...

Lantak korang la suka ke tak aku asyik citer pasal manik. Dah memang itu kerja aku dimusim perayaan ni. Seterusnya aku nak tunjuk hasil jahitan aku untuk kali ni. Aku paling suka baju ni sebab kainnya amat mudah untuk di jahit. Ini baju opis mate aku. So jom tengok ajelah




Gambar di atas adalah untuk bahagian tangan aje. Untuk bahagian bawah baju, pelanggan minta aku buat design bunga lawang simple..Jom tengok..




Ok, itu jer untuk kali ni..Adeus!!!

Nak tengok lagi? ManikPart 17

Khamis, 25 Ogos 2011

BUNGA LABUCI - 2

Assalamualaikum...

Untuk kali ni citer pasal manik lagi. Selagi tak habis raya, memang entry aku pasal manik jer. Jom layan...





Baju ni datangnya dari pelanggan yang tak aku kenali..harap dia berpuas hati dengan hasilnya. Masih berbaki 4 hari untuk raya dan aku masih ada 5 pasang baju untuk di siapkan. Alamatnya malam ni aku memang tak tidor la..berkorban apa saja..masa ataupun tenaga, demi manik-manik tercinta..pergh!!!..Adeus!!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 16

Rabu, 24 Ogos 2011

BUNGA LABUCI DAN BUNGA TITIK - 2

Assalamualaikum...

Lama tak masuk entry baru. Mana nak ada entry, 24jam sehari dan 2 tangan memang tak cukup. Rutin harian berubah secara total..Balik  kerja samapai rumah dalam pukul 4.30 terus menjahit sampai pukul 6.30..berhenti masak nasi (lauk beli je) lepas maghrib, pukul 8 aku akan manikmarathon sampai 2.30pg..pastu tido..4.45 bangun sahur (kadang2 je)..6.30 pg dah wajib bangun sebab pukul 8 dah kena kerja..berapa jam aku tido??  '

Ornag tak cukup tido dibulan puasa sebab baut amal ibadat, aku ??..redho ajela..nama pun cari rezeki..so entry kali ni mengenai Bunga Labuci & Bunga Titik..kali ni pelanggan cuma nak buat dileher jer..lehernye alamak...punya la luas..puas jugak aku mengadjust. So totally aku ambik masa 2 hari untuk siapkan baju ni. Jom tengok...





Inilah hasilnya..ada lagi design yag baru , semuanya baju raya.Aku stop takat ni dulu hokay..Adeus!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 15

Ahad, 21 Ogos 2011

MANIK SIMPLE DAN BUNGA LAWANG

Assalamualaikum...

Hari ni entry pasal manik lagi. Kali ni memang simple dengan menggunakan manik sahaja. Amat sesuai untuk orang-orang yang bekerja di pejabat atau yang memang jenis simple  hidupnya. Baju ni adalah seorang dari pelanggan aku la. Baju raya. Jom jamu mata..
Tangan dan bawah baju

Close-up

Design ni memang simple la.So pada sesapa yang nak aku jahit cepat siap, elok la kalau ambik design ni sebab aku cuma perlukan masa dalam 1 hari setengah je untuk siap.Ok..Stop takat ni dulu..masih banyak baju yang perlu aku bereskan.. Adeus...

Nak tengok lagi?...Manik Part 14

Rabu, 17 Ogos 2011

BUNGA LABUCI

Assalamualaikum...

Setelah berhempas pulas selama hampir 2 minggu, mulai hari ini, akan ada2 je entry baru pasal manik. Dan untuk hari ni, ada 1 lagi design yang dah aku siapkan..Kenapa kau panggil bunga titik? sebab ada bunga-bunga kecik tu.. Cakap banyak tak mau, jom tengok...






Untuk baju ini aku hanya buat di tangan sahaja. Aku harap pelanggan berpuas hati. Simple tapi meriah..Untuk tempahan raya ini, sudah ditutup. Kalau untuk raya haji, ok je..So tunggu je entry terbaru.Adeus!!!

Nak tengok lagi?... Manik Part 13


Isnin, 15 Ogos 2011

RUMAH AKU KENA PECAH!!!

Assalamualaikum..

Aku mulakan cerita harini dengan kisah rumah aku yang kena pecah petang semalam. Masa aku keluar pi bazar ramadhan dengan en.suami, aku tengok ok lagi. Tapi aku dah balik, tengok-tengok dah kena pecah dengan orang!


Inilah keadaan rumah aku yang dah kena pecah..bukan pencuri yang masuk tapi di pecahkan sebab tengah renovate ..hehehe..

Apa lagi, debu sampai buku lali. Akhirnya semalam aku berbuka puasa dan bersahur dalam bilik tidur..masak nasi pun dalam bilik tidur sebab aku alergi bau simen, bersin tak berhenti pastu aku sakit kepala..


Ni rupe tembok depan yang dah naik

Hasil dari aktiviti pemecahan tersebut, maka aku terpaksa menyelimutkan TV dan Hifi kesayangan aku dan..

begitu juga dengan sofa kegemaran aku nih..

Maka bermulalah episod hidup dalam debu untuk beberapa ketika. Kesusahan hari ini adalah keselesaan hari esok..cewah!..Harap-harap cepat la siap sebelum raya sebab aku terpaksa membibik kan diri untuk sekurang-kurangnya 2 hari bagi memastikan rumah kembali bersih dan kemas dan yang paling penting aku nak balik kampung dengan hati yang senang dan kembali dengan hati yang riang. Apapun, tunggu ajelah entry gambar rumah yang dah siap nanti.

Tajuk entry ni jer bikin gempak..jangan marah haaa...Adeus!!

Khamis, 11 Ogos 2011

ISRAEL DI MANA-MANA

Assalamualaikum...

Tahukah anda bahawa Israel ada di mana-mana, malah ada di hadapan anda, tapi anda tidak menyedarinya. Aku pasti semua orang benci Israel. Aku sekadar nak kongsi maklumat dengan korang semua. Maklumat ni aku dapat dari FB.

Kita sedia maklum , Malaysia telah menutup sebarang hubungan dengan Israel kerana kekejaman mereka. Tapi Malaysia tidak mampu menyekat sesuatu yang patut di ambil berat. Walaupun nampak remeh, tapi jika dibiarkan, ia akan menjadi satu kebiasaan..

Apa yang korang perlu buat? Sila ikut step ini:

1. On laptop / pc anda
2. Klik - My Computer
3. Klik - Local Disk (C)
4. Klik - Program Files
5. Klik - Microsoft Office
6. Klik - Media
7. Klik - CAGCAT10

kemudian cari gambar nombor J0285926
anda akan dapat lihat gambar ini ...
Tengok betul-betul gambar tu, Ianya adlah Lambang Bendera Zionis Israel lengkap dengan lilin sarana ibadah mereka.

Tahukah anda bahawa gambar ini ada di setiap PC dan Laptop? Jika tak tahu, aku tolong khabarkan. So, ambillah tindakan dengan men DELETE gambar bangsa terkutuk tu. Ok..Aku ANTI ISRAEL..kalau korang pun sama macam aku, lakukan sekarang!. Aku berhenti di sini dulu. Adeus!!!

Rabu, 10 Ogos 2011

BUNGA LABUCI DAN MANIK TABUR - 3

 -Assalamualaikum...

Kali ni kita kembali ke cerita manik dan labuci. Untuk entry kali ni adalah merupakan tempahan untuk Hari Raya yang akan datang.. Kita mulakan dengan baju dari pelanggan yang menjumpai aku di Mudah.My dan juga blog aku ni. Pelanggan aku ni datangnya Putrajaya, Ani namanya.

Aku ambik masa lebih kurang 2 hari untuk siapkan baju ni. So, jom cuci mata tengok hasil jari jemari ku yang montel umpama lintah kenyang ni okeh..layanzzzzz...

 Bahagian tangan dan bawah baju

Bahagian tangan


 Close-up

Sebenarnya aku tak galakkan pelanggan memilih untuk meletakkan bunga labuci di bawah baju sebab sedikit sebanyak akan mengganggu pemakai tu sendiri, terutamanya untuk duduk bersila..kang ada pulak bunga bertaburan atas lantai. So pada yang jenis lentuk liuk dan penuh kesopanan, ianya mungkin tak menjadi masalah, tapi kalau jenis yang kasar dan brutal macam aku ni, memang masalah.

Aku buat ikut kehendak pelanggan. Pelanggan di utamakan. Jadi inilah hasilnya. Aku harap Ani berpuas hati dengan kerja aku, memandangkan baju ibu Ani pun nak di manik labucikan juga dan baju tu baru sampai semalam, so kena ikut giliran la.Ok semua, aku berhenti di sini dulu..Sebelum tu aku nak ucapkan Happy Birthday untuk diri sendiri..tata...Adeus!!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 12

Selasa, 9 Ogos 2011

AKHIRNYA BERJAYA JUGAK..YEAY!!!

Assalamualaikum..

gambo di kebas dari album pakcik gugel

Aku nak berkongsi kegembiraan dengan korang semua pagi ni..Alhamdulilah, setelah 4 kali ambik, akhirnya aku lulus jugak peperiksaan KPSL (Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) yang sebanyak 3 paper tu. Aku pun ada buat enrty pasal exam ni  Sila Klik Sini kalau nak tau kisahnye. 1st year aku ambik (2008), aku lulus Undang-Undang Umum..2nd year pulak (2009) aku kantoi 2-2 paper(padan muka aku)..3rd year pulak (2010) aku lulus 1 je paper iaitu Perintah Am..



 gambo di cilok dari pakcik gugel

So tahun ni, tahun yang ke-4, Alhamdulillah, paper Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam pun aku dah lulus..dah lega 1 bab. Nampaknya 2 berita gembira yang aku terima dalam waktu terdekat ni. Semalam Pak Najib dah umum bonus 1/2 bulan (jadi la kan dari tak dapat langsung), dan pagi ni aku check kat we JPA, tengok resault exam aku pulak yang lulus..legaa....

gambo diambik dengan tiada ihsan dari pakcik gugel

Tapi kelegaan itu takkan terhenti disitu..sebabnya bukan mudah JPA nak offer jawatan tu pada yang dah lulus exam. Dengar cerita interview nya pun boleh tahan. Siap ada english comunicate lagi. Aku ni dah keturunan mak saleh celup, takat bahasa inggeris yang bertahun aku tinggalkan ni, memang celah kuku je aku tak reti! Dulu masa study, boleh tahanla jugak. Bila dah keja ni, tak de pulak deal dengan mat saleh, kat umah pulak En.Hubby aku lebih fasih cakap Kedah dari cakap Melayu,so memang aku tinggal terus la..nampaknya kena berguru dengan BFF aku si Cuda Fuad..hahaha 

Apa-apa pun..aku rasa syukur sangat-sangat. tak sesia aku gunting kertas buat penanda di buku rujukan supaya mudah aku selak masa exam..hekhekhek.ok la , takat ni dulu cerita aku. Hilang mengantuk aku sebab dah banyak malam tido pukul 2 dek penangan manik..heheh...Adeus!!!

Isnin, 8 Ogos 2011

GULAI MANIK, RENDANG LABUCI

Assalamualaikum...

Semua orang sibuk cerita dan tunjuk gambo masakan untuk berbuka. Macam-macam la yang ada, sampai tak menang tekak nak telan. Rasanya aku antara orang-orang yang takde entry cerita bab menu ni. Mana la nak sempat memasak yang menu-menu taraf hotel tu..menu aku tahap dapor mak aku jek. Simple dan yang paling mudah disebut ialah, cepat masak sedap dimakan. Tak sedap pun tak pe, janji perut terisi dan berisi..

Oleh itu menu aku lain dari korang semua. Dan aku rasa korang pun tak mampu nak buat, termasuklah Chef Wan. Memperkenalkan.. "Gulai Manik dan Rendang Labuci"..kau ado???


Tadi aku pegi kedai manik, memborong manik dan labuci dengan harga yang tak borong langsung. Tup-tap tup-tap, dekat-dekat RM200 jugak. Saja aku beli banyak-banyak buat stok memandangkan payah nor aku nak keluar town, maklumla opis aku ni jauh dari dunia luar. Mesin ATM pun ada 3 bijik je. Mini pos pun tarak. Daif betol.
Ini la manik , labuci dan pearl yang aku beli. Manik jenis Miyuki sebab ramai pelanggan nak yang harga sederhana. Atas permintaan jer baru aku guna manik Apple sebab jenama tu mahal tapi berbaloi sebab sangat chantek..

Okla. Cukup la aku merapik kali ni. Dah 2 malam aku aku tido pukul 2..demi manik-manik tersayang, sampai sahur pun aku makan sambil mata terpejam..Tunggu je aku upload gambo jahitan yang terkini. Adeus!!!

Ahad, 7 Ogos 2011

MESEJ BERPUAKA YANG TAK HABIS-HABIS!!

Assalamualaikum..

Aku memang bengang betullah. Tak abis-abis mesej dari syarikat penyamun ni dok terjah masuk dari ke handphone aku. So korang ambik ingatan ye..

Mesej ni aku terima pada 05.08.2011 jam 9.13am
Terima Dari No 0128533601

RM0.00 Kpd 0125677630 (ni no aku)
SMS BONANZA. Taip ON HPY dan hantar ke no 32066 skrg, terima RM3 SMS, Credit PERCUMA utk setiap 100 plgn. T&C apply

*Mode: hangin 1 badan!
Mesej ni aku terima pada 06.08.2011 jam 10.47am
Terima Dari No 66688

RM0.00 Perinagatan kpd +60125677630 (ni no aku)
Anda perlu tekan ON YC dan ON YD sms ke- 33200 skrg utk terima SMS content anda sebelum tamat tempoh!
OUT:0379666547 <----binatang ini aku jumpa lepas skroll sampai kebawah
Kalau korang jadi aku..apa korang nak buat selain dari delete? Betol2 mengganggu hidup. Sampai sekarang aku tak pernah dengar apa-apa tindakan dari pihak berkuasa untuk mengekang benda ni. Syarikat penyamun tu takkan dapat nombor kita kalau bukan orang ketiga di syarikat telco yang bocorkan maklumat pengguna kepada orang lain..so any idea??


Khamis, 4 Ogos 2011

BUNGA PEARL SIMPLE 2

Assalamulaikum...

Kali ni entry baju pertama untuk bulan puasa ni yang aku dah siapkan malam tadi . Baju kawan ofis aku . Dia nak aku buat bunga pearl simple macam yang dah aku pernah buat dulu. Boleh tengok entry nya di sini ---> Bunga Pearl Simple .Tapi aku olah sikit untuk dapatkan kelainan. Aku ambik masa lebih kurang 9 jam untuk siapkan baju ini. So ini lah hasilnya...




Aku harap dia berpuas hati dengan hasil jahitan aku ni. Secara peribadi , aku pun suka bunga pearl dari bunga labuci sebab kalau labuci susah nak masuk mesin basuh. Bunga pearl lebih kukuh, kemas dan simple, sesuai untuk baju kerja terutama sekali kerja pejabat macam aku ni.Ok. Nantikan hasil kerja aku yang akan datang dalam entry seterusnya.. Adeus.!!!

Nak tengok lagi?...Manik Part 11

KENANGAN SEMASA DULU - SOLAT TARAWIKH

Assalamualaikum...

Hari ni sebenarnya nak cerita pasal manik. Tapi disebabkan gambar baju aku tak leh nak snap sebab kamera kehabisan betri dan charger pulak hilang, so aku nak ceritakan kisah lawak masa bulan puasa dulu. Masa tu aku sekolah lagi, form 5. Kekadang bila aku duduk sorang2 pun aku boleh tergelak.

Camni citernye..

Aku ingat lagi, benda ni berlaku hari Khamis malam jumaat di bulan puasa yang mulia. Sekolah aku tu sekolah asrama. 7 blok asrama puteri, dan hanya 1 blok asrama putera. So budak2 lelaki wajib tarawikh kat surau tiap malam, manakala untuk asrama puteri, ikut giliran. Aku dok blok F, dan tarawikh jemaah seminggu sekali la.

Surau sekolah aku tu memang kecik. Disebabkan ruang untuk perempuan dah penuh aku dan 2 orang kawan aku Ina dan Fadh terpaksa sembahyang kat koridor . Di belakang kami pun penuh  sampai  6 saf. Rasanya lagi best sebab malam tu angin kuat, so tak la panas macam kat dalam surau.  Koridor tu pulak ngam2 muat 3 orang 1 saf. Nak dijadikan cerita , kami ambik saf depan (lebih afdal kata ustazah). Kebetulan koridor tu adalah lintasan dan laluan budak lelaki dari ruang solat ke tempat wuduk lelaki, so ustaz terpaksa pasang tirai di laluan tu bagi mengelakkan budak lelaki lintas terus didepan jemaah pompuan.

Tirai tu simple je..just ikat bucu kain sebelah atas kiri kat paku di dinding (sebelah kiri) dan bucu kanan ikat di tiang (sebelah kanan).

Kami pun sembahyang dengan penuh kusyuq dan tawadduk..angin kuat memang best..sejuk je..lepas rukuk...sujud...tirai yang jaraknya dihujung depan sejadah kami menari2 dan berkibaran di tiup angin...

Masuk rokaat akhir..kami rukuk...angin meniup tirai tu sampai terkena dan melekap di muka kami 3 orang...pastu angin reda kembali, tirai pun turut turun kembali ke tempat asal...lalu sampai masa kami pun sujud. Elok2 kami sujud angin tiup punya le kuat . Aku dah mula tak kusyuk..elok aku nak bangun duduk antara dua sujud..angin pun reda dan tirai kembali ketempat asal sebelum kami bangun
*selamat..


Lalu kami pun sujud la yang terakhir, sekali lagi angin punya la kuat dan lama..bila imam dah sebut "Allahuakbar'..menandakan dia sudah duduk tahiyat..nak tak nak, kami 3 orang pun bangunla duduk tahiyat jugak.. kawan aku si Fadh yang dok sebelah kiri aku boleh pulak sambil baca tahiyat badan behinggut2 tahan gelak..
*sah memang tak kusyuk dah

Tak sampai beberapa saat lepas tu ada 2 orang budak lelaki keluar dari ruang solat (diorang ngelat dan dalam keadaan cuba melarikan diri) dan lintas didepan kami .
*diorang terkejut nampak kami 3 orang

gambo dari pakcik gugel

Aku tahan lagi..pastu si Ina sebelah kanan aku pun mula terhinggut2 tahan gelak. Elok2 je bagi salam. bukan takat aku, dengan2 kawan yang dok di saf belakang kami pun gelak..korang tau apasal?

Hasil kibaran tirai dek angin yang kuat, aku, Ina dan Fadh dah terkeluar dari jemaah sebab tirai yang didepan kami dah berada dan tersangkut di belakang kami..
*gelak terguling-guling

Sudah je bagi salam, kami 3-3 orang cepat2 tarik tirai tu kedepan, dan sambung gelak..

Itulah kisahnya.sampai sekarang kalau aku nak sembahyang di saf depan, aku akan pastikan tirai didepan aku adalah jenis yang takkan berkibar walau di tiup angin..
*fobia

Sekian untuk kali ni.. Adeus!!!

Rabu, 3 Ogos 2011

MANIK MANIAC RETURN !!!

Assalamualaikum...

Minggu sibuk telah bermula. Kali ni betul2 sibuk tahap gaban..baju-baju untuk dijahit makin membukit..Alhamdulillah, rezeki. So sesapa yang rasa-rasa nak aku touch-up baju,silakan..aku open sampai 6 hb ni je. Pastu aku terpaksa tolak..mahapla...aku takut tak sempat. Di saat-saat ini lah aku rasakan 2tangan & sepasang mata tak cukup, 24jam sehari pun tak cukup.. I need Super Power!!

Nanti aku siap jahit,aku akan upload gambar mana yang sempat. Dan bila kesibukan melanda, akhirnya aku jadi seperti ini...
Gambo dari incik gugel

Arios!!!

Selasa, 2 Ogos 2011

MESEJ BERPUAKA KEMBALI!!!

Assalamualaikum..

Hari tu aku dah ada buat entry pasal MESEJ BERPUAKA ni.. Sila Klik Sini , Ahad lepas 31 Julai aku masih terima lagi mesej yang sama

Mesej ni aku terima pada 31.07.2011 jam 9.56am
Dari no 62228
"RM0.00 Kpd 0125677630 (ni no aku)
Anda belum daftar Servis SMS kandungan baru,cepat sms ON BN dan ON BQ ke 32233 Skrg utk mulakan !"




EM80625114"

Memang kurang ajar kan? Aku dok timbang-timbang nak buat report polis, tapi masalahnya mau ke polis layan dan ambik tindakan atas laporan aku? Agaknya kalau aku buat laporan polis, bila benda ni nak settle? Kang sesia je aku buang minyak kereta sebab nak kena p balai. So kepada korang semua, hati-hati dan sebarkan pesanan dan peringatan ni kepada orang ramai. Tak pasal2 ada penyamun yang cilok duit topup korang.

Okla, aku nak sambung keje. Nanti aku dapat gambar aku dengan Datuk Maznah, aku upload kat sini.. Arios!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...