Isnin, 5 Disember 2011

JIRAN YANG SENGAL

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak citer mengenai 1 jiran aku yang sengal. Bukan aku nak mengata, tapi aku nak cerita dan tanya pendapat korang. Patut ke tak apa yang dia buat. 

Aku ni merupakan orang pertama yang menghuni kawasan taman perumahan yang aku duduk sekarang. Orang lain belum pindah lagi. Aku yang 1st sekali pindah masuk tanpa 1 umat manusia pun. Dengan lampu jalan takde, lori sampah takde..semuanya serba tak ada. Aku masuk jugak rumah yang aku beli dengan titik peluh aku tu pada 4 Januari 2010...Lepas3 bulan aku duduk situ barulah satu demi satu jiran aku yang masuk pindah kerumah diorang.

Dalam banyak-banyak jiran aku, cuma ada 2 orang yang sengal. Yang 1st tu jiran depan rumah aku. Sengalnya sebab dia suka tiru apa yang aku buat. Memang aku perasan sangat-sangat. Aku dah setahun buat grill sliding ikut kesukaan aku..sebelum bulan puasa yang lepas dia pun buat jugak dengan patent dan kaler yang sama sebijik cam grill aku. Aku ambik think positive mungkin rasa grill aku tu cantik...padahal biasa aje.

Yang ke2, ni memang betol-betol terkantoi. Lepas siap je dapur aku di renovate..ada kisahnya Di SINI , dapur aku tu menggunakan cermin gelap. Dan pada 1 hari di kala simen masih berbau, si jiran aku tadi ni, kelihatan berdiri di dapur aku sambil mengintai-intai keadaan dapur aku. Yang aku bengangnya, dia datang bawak tukang. So..sahnya dia memang suka tiru aku. Macam ni punya manusia pun ada.

Kali ke3 dia buat perangai mengintai-intai ni masa bulan puasa tu jugak, dia nak pasang awning depan rumah dia. Dia boleh berdiri tercegat didepan rumah aku sambil menunjukkan itu dan ini pada tukang..nak kata dia tak tau aku ada dalam rumah tu tak patut sangat sebab kereta aku ada depan rumah. Kali ni dia hanya mampu tiru gutter (longkang air dibumbung) jer sebab awning aku jenis polikarbonat yang harganya hampir RM3500.

Yang aku nak citer sorang lagi ni (dia ni lah punca aku renovate dapur sampai rapat kelongkang)ialah yang hobi dan tabiatnya yang suka sidai kain baju dia kat pagar jiran..pun ada kisahnya dalam blog aku ni..kisahnya ada Di SINI. Pada mula tu aku tak tak sure jiran yang mana 1 punya kerja, tapi hati aku berat mengatakan jiran yang rumahnya sebelah jiran yang dapurnya bertentang dengan aku..

Jumaat lepas..aku dapat buktinya. Bila aku dah tambah rumah sampai ke pagar, so memang aku tak ada pagar lagi di belakang rumah. Cermin gelap dapur menjadi penyelamat yang dia tak nampak aku di dalam..nah ini gambarnya..sila tengok dan fikirkan...

Aku tak sempat tangkap gambar dia masa dia tengah menyidai kat pagar jiran sebelah dia..ini je yang aku dapat..
 Tengah menyidai..

 Sidai lagi selagi boleh..

Inilah hasil sidaian manusia bangang tu. Ni kira sikit lagi tau, yang kat pagar aku dulu, memang penuh dari kiri ke kanan pagar sampai melendur pagar aku dengan jeans sampai berhelai-helai

Kebetulan aku didapur masa dia tengah mengangkat kain baju dia..nah..kena lagi dia aku tangkap gambar!
.
 Kutip..bermula dari penyidai dia..


 Dengan selamba biawak dia angkat selimut dia di pagar jiran belakang umah aku

Selesai angkat kain..pulang dengan hati yang riang!

Aku tak faham kenapa ada manusia yang macam ni. Sumpah aku cakap, sebelum dia sidai baju dia kat pagar aku dulu, dia sikit pun tak pernah tegur aku, senyum pun tak pernah. Buat kenduri pun tak jemput. Bagus ke manusia ni? Khabarnya dia kerja nurse kat Hospital Sultanah Bahiyah. Nak kata orang ulu..orang ulu pun tak pernah buat perangai macam ni. Yang buat aku bengang, aku sendiri pun tak pernah sidai baju kat pagar. Sebelum basuh baju akan aku pastikan, muat ke tak dengan penyidai aku.

Kalau rumah dia betol-betol menghadap dapur aku, mungkin aku tak berapa kisah dia nak sidai, tapi dengan syarat, bagi salam dan minta izin..ini rumah dia disebelah sana..dia boleh lintas jalan dan menghala ke pagar rumah aku. Sedangkan jiran sebelah aku yang dapurnya menghadap ke dapur manusia bangang ni, langsung dia tak usik, tak sidai apa-apa..

So setelah korang tengok dengan mata kepala sendiri apa yang aku tunjuk ni, aku nak tanya apa pendirian dan pendapat korang...Fikir-fikirkan..Adeus!!!

30 ulasan:

  1. ok psl jiran yg suka tiru apa awak buat tu sy x rslah dia sengal sbb mungkin dia suka gaya awak renovate rumah..


    tp yg suka sidai kain kt pagar org tu mmglahhhhhh sengal! kalau sylah..dh lama sy campak kain baju dia atas jalan sbb sy mmg x suka semak kain baju atas pagar..

    BalasPadam
  2. rina..sbb tu lah sy kata, yg tu yg paling sengal..masa dia sidai kat pagar tu, sy pungut semua baju dia sy letak selonggok kat pagar jiran sebalah sy yg bertentang dgn dapur dia..hangin betol

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ...Ya Allah org mcm ni pun adakan...pelik betul jiran yg mcm ni x hormat tuan rumah ke nak tiru ikut suka jer boleh plak pi depan rumah org mcm tu...dahsyat betul...

    yg lg satu tu mmg lg teruk nak sidai baju pun agak2 la habis pagar rumah org die letak baju die...x tahu malu langsung dah tu sombong plak ....mmg sungguh x malunya die...patut ckp jer terus kat die x boleh sidai baju kat pagar org lain nak juga tengok apa jawapnya...:)

    BalasPadam
  4. bila baca kosah ni..ingat jiran masa duduk umah taman dulu...ada jiran mak yang suka tiru apa saja yang mak buat..

    bila mak susun kerusi kat luar..dia pon susun kerusi kt luar..mak letak meja bulat kat luar..dia pon letak jugak.. mcm2..

    kalau manusia jenis camtu..sy lg suka nak wak mcm2..biar smp dia tak berduit nak mengikut..hehe

    BalasPadam
  5. teruknya!!malu aih..yalah, dhla bukan jiran kita, i mean sebelah umh ka apa, pi pulak sidai baju kt umh org tnpa kebenaran.Huhu..

    pasal design tu, hah!!hg punya tu kira model la-casa impian. Tapi tulah..punya bnyk design, yg tu jugak dia nk tiru..kurg2 crila idea lain, supaya x sama dgn umh org...kita selalunya nk lain.Org melayu ni mcmnilah...xleh tgk org lebih sikit..huhu..

    Sbr jalah ana...tp mmg kantoi la part gbr tu..hahahah

    BalasPadam
  6. mama maszull..ye la..sapa tak hangin..skarg dia dah tak boleh sidai kat pagar dapur sy sbb dah takde pagar,so dia p sidai pulak kat pagar org lain..

    BalasPadam
  7. qaseh johanna..tulakan memang pelik btol la dgn prg2 cmni.ntah apa yg ada dlm kepala otak diorang ni..cm hampesss je

    BalasPadam
  8. cuda..hahah..kebetulan aku ada di dapur time tu..cermin tingkap aku yg gelap tu memang org luar tak nampak kita yg dalam..kantoisssss

    BalasPadam
  9. jenis dengki nie...apapun kena berhati2...lagi satu...memang kurang ajar orang macam tu...menyidai tempat orang lain tanpa meminta izin...kalau hilang...jiran yang disalahkan...

    BalasPadam
  10. Kancil..tu la..nak buat macam mana, terpaksa jugakla berjiran dgn org mcm ni..dah umah ni umah sy..umah yg dia duduk tu pun umah dia..kalau menyewa , dah lama sy pindah.sakit ati n bertmbah jer dosa dok kutuk dia

    BalasPadam
  11. ha..lain kali letak je minyak hitam kat pagar tu..bila dia sidai terima ler akibat.

    BalasPadam
  12. ada doa untuk jauhkan dari jiran2 yang menyusahkankan ni,doanya saya lupa,boleh cari je kat sesawang ni..saya pun ada juga jiran yg pelik..

    BalasPadam
  13. mama janet..aa aah kan..laaa..kenapa la sy tak dpt idea ni..heheheheh

    BalasPadam
  14. cinnamon..ye ke..nanti sy cari.nk minta jgn bg dia sakitkan hati jiran2 jer..

    BalasPadam
  15. kalau nk sidai pon,minx la izin dulu ke hape....jgn main sidai je...kalau ain malu nak sidai cm2 tnpa minx izin tuan rumah

    BalasPadam
  16. erieyain..nak minta izin apa, salam [pun tak bg, tegur pun tak pernah..sy sndiri malau nk sidai baju sendiri kat pagar sendiri..nampak hudoh benor

    BalasPadam
  17. eeee...ade jugak owg mcm tu kat dunia ni...sabar jelaaa..huhuhu

    BalasPadam
  18. faezah..yee laa..berganda punya sengal

    BalasPadam
  19. ish2...dasyat tul...sy pn ada jiran mcm 2 gak tp bab parking keta...rumah dia mmg kita x leh nk parking tp rumah kita selamba badak jer...badak pn x selamba masuk parking kita kan....geram tul...

    BalasPadam
  20. puteri279..hah! yg tu laaaaagi sakit hati .jens yg suka buat halaman org cm halaman dia..ntah apa yg ada dlm otak manusia cmni..heran betollla

    BalasPadam
  21. bab yang suka tiru tu, maybe sebab dia rasa akak creatif kut. biarla kak, duit dia

    yang pasal sidai2 baju tu memang tak patut. mintakla izin dulu kut ye pun.

    BalasPadam
  22. ck jatt..last2 umah akak dgn dia jd sama cam kuarters kerajaan pulak..ade ke patut..ceh..

    BalasPadam
  23. mmmm...camne nak cakap ekk...rasa2 akak ler mesti dia ni jenis yang pengotor @suka suasana yang semak @ suka menyemak @ xmampu nak beli penyidai kain...mmmmm makan hati kalo dpt neber cam gini..tataw malu!

    BalasPadam
  24. nasya..naktau pngotor ke x..cuba tgok pasu panjang kat dinding umah dia yg kaler kuning tu..org tanam pokok, dia tanam rumput

    BalasPadam
  25. Saya pernah jumpa kes jiran yg lebih teruk dari ni.. Memang manusia ramai yg berperangai pelik dan menyombong tak tentu pasal. Moga dia sedar yg tindakan dia tu tak disenangi oleh jiran2 yg lain.

    BalasPadam
  26. nur-nba..memang dia tak pernah dan takkan sedar..tiap kali basuh baju mesti dia sidai..

    BalasPadam
  27. eii ade ke ptt sidai sampai kat umh org...menyampah la kalu ade jiran cm gini..yg jiran suka tiru tu awk think positive..sbb mgkin dia suka rekaan awak..wah awak jadi jd sumber inspirasi dia la ni kiranya..org keje hospital mmg sengal, kt sblh umh sy ade gk org keje hospital yg suka tiru org..padahal dia sewa je umh tu..Bila org lepak dpn umh dia pon lepak gak..tp jiran saya mmg org ulu,org naka laki dia baling

    BalasPadam
  28. Belilah penyidai kain yang "ready made" & beroda yg byk dijual di pasaran bagi mengatasi masalah berkenaan. Lagi selamat.. boleh letak dlm kawasan berpagar rumah sendiri...tak perlu merentasi sempadan rumah orang lain....

    BalasPadam
  29. jiran sebelah umh saya lg dasyat.... saya buat awning, dia sakit hati, saya beli kereta viva forever pn sakit hati, sy buat pagar umah lagi dia sakit hati... suami, isteri dan anak2 pulak tu bersakit hati dgn saya... dari tahun 2011 smpai sekarang x pernah tegur sya dan family... nak kata sy pinjam duit dia or minta tlog apa-apa dari dia, x ada la pulak... macam2 difitnahnya saya, saya berdoa je tetiap hari Allah bagi balasan yg setimpal pd jiran yang jahat mcm jiran sblah umh saya ni....

    BalasPadam
  30. Sama mcm sy.. rumah sy bru siap, penat su sy perah otak nak design rumah sy ni.. selamba na jiran depan ni baru nak wat rumah depan sy ni.. dia tiru sebjik2 kedudukan smua bilik dapur dlm rumah..design luar tingkap smua sama sakitnya hati sy . Ada jgk manusia cmni.. dhla depan rumah betoi2.. agak2laa nak tiru pon.. klu rumah jauh sket sy xkesah.. sabar jelaa.. t mmg sakit ati.. semak laa org cmni..

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...