Rabu, 16 Mac 2011

Medan..Antara GEMBIRA dan TAKUT

Assalamualaikum...

Pelik betul tajuk entry hari ni.Camni citenye. Aku ni akan ke Medan 31hb3 ni.Pi tu asalnya plan 6 orang.Tapi disebabkan ada aral yang melintang,so tinggal 4 org aj le yang jadi pi.Secara automatiknya,aku la yang jadi kepala.

Sebelum p,aku pun dengan rajinnye cubalah surf blog2 yang ada cite tentang bercuti di Medan nih. Inilah 1st time expirient nak keluar dari Malaysia ni.Kebetulan pi dengan tambang murah (RM100 pi dan balik..murah ker?).Itulah yang aku happy sangat. Kebetulan ex-jiran aku dulu orang sana.Dan aku baik jugak la dengan dia.So dia la yang kenalkan aku dengan adik sepupu dia. Aku dapatla arrange kereta,minyak,driver ect..apa2 je yang berkaitan dengan nak pi jalan2 kat sana.So pagi tadi dia call aku dia kata harga sewa kereta dengan driver 1.4juta.(kira pi kira mai dalam RM240++).Tak termasuk minyak. Minyak asingla.Tapi dia kata kena standby dalam 500k. Dia kata itu yang paling murah dia boleh bagi.Kalo aku dah sampai sana , baru nak cari sendiri,lagi kena cekik.Ntah la.

Happy nya aku nak pi sana tambah2lagi pi dengan geng 1 kepala. Meriah la wooo. 1st night tu aku plan nak tido kat Berastagi.So aku pun surf la intenet dan booking Hotel Sibayak 1 bilik je(biar jadi sadin cap ayam!) untuk 4 orang.Harga boleh tahan la RM136.81(dalam web tu dia bagi harga dalam USD) So harap2 hari nak pi tu currency untuk USD turun la sikit..ngehngehngeh..jangan mimpi la.

2nd night tido kat medan la.Hotel Grand Sakura 1 bilik RM85.28,murah dari yang di Berastagi la pulak..OOOOOppppppppps ada call...


Aisey, Firefly call aku baru tadi neehaa..ikut2tu flight aku pukul 10.40am..tiba2 ditukar pada 7.15 pagi ..mampos aku.Dah le aku naik dari Penang.So kena bertolak dari umah dalam pukul 4.30pagi????? Gila siot!!. Xpela.dah beli pun...huhuhu.

Ok sambung balik cite aku tu.Dah ada pulak kawan2 yang mengirim itu dan ini.Aku sebenarnya tak suka shopping.(Bleh caya ke?) ye betol la.Aku hanya akan beli apa yang perlu dan penting je.So bila ada kiriman ni aku susah hati juga sebab takut beli tak kena dengan kehendak  diorang.Lantakle.Sapa suruh diorang kirim kat aku kan?,,hahaha

Berbalik pada tajuk harini..kenapa aku TAKUT pulak? Bila aku baca blog setiap orang yang dah penah pi medan,bandung, jakarta atau apa2 ja yang berkaitan dengan indon...semuanya kat sana tak ikhlas..uii..takut gila dengar.Camni , apa yang aku baca,100% orang kata, pi sana kena hati2 dengan peniaga, peminta sedekah atau apa2saja kat sana. Kalau silap turun tempat,kita akan dihurung oleh peniaga.Kena pulak yang paksa kita beli barang yang dia jual. Tu belum masuk bab yang sampai ikut kita sampai dalam bas..huhu..mengerikan.

Ada juga tu yang aku baca, sampai tukang payung dan tukang tolak troli pun, minta duit.Padahal kat Malaysia ni,dah memang jadi kerja dan tak pernah pulak ada yang minta duit.Kisah beg kena kopak kat airport pun banyak juga .Ada tu kisah hotel menipu.Hotel letak jajan(keropok dan kacang ect. ) dalam bilik.Diorang letak tu kurang.Bila guest check-out,dia caj kat guest sebab dia kata guest makan.Padahal guest tu tak usik pun.Kuang ajar betol tu. So pesanan dioraang dan kawan2 aku yang dah penah pi sana,kalau takmau beli,jangan belek2,jangan tanya.Buat taktau je.Kalau x siap la.

Ada lagi kisah yang kena kencing dengan peniaga.(jahat betul la masyarakat sana).-statement berani mati..kalo la ada orang indon medan yang baca ni, silap2tak balik aku..hahahah.Rata2 cite yang aku baca semuanya 70% kisah yang amat negatif.Yang positif hanya cite tempat yang cantik dan barang yang murah ke.

Hui..camna la agaknya nanti ye.Risau gak aku nih.Minggu depan baru nak pi buat pasport.Harap2semuanya ok la kot.Ok la ..ni aku nak cari ilham pulak camna nak arrange time bertolak dari sini ke Penang..nanti ada cite ,aku cite lagi..Arios!!

1 ulasan:

  1. Boleh bagi contact untuk sewa kereta ngan supir yg awk amek tu

    BalasPadam

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...