Isnin, 14 Mac 2011

Gila Manik

Assalamualaikum.
Awalnye masuk blog harini..tengah "in mood" la katakan. So kali ni bagi memenuhi permintaan ramai yang nak tengok contoh manik yang aku jahit..neeehaa..aku dah masukkan.Kepada kengkawan yang nak cuci-cuci mata..silakan. Sapa nak tempah..lagi la silakan. Actually banyak lagi gambar baju yang dah aku jahit.Tapi ada pulak yang terlupa nak snap gambar .Pastu dah bagi kat tuannya pulak. So sesapa nak tempah,bolehle sesangat.Kalau tak berkenan dengan design yang ada kat sini, boleh lukis design sendiri atau print-out la mana-mana gambar yang ada dalam intenet ni, pastu bagi sekali dengan baju,senang sikit aku nak menjahitnye.


Bab harga yang selalu orang tanya.Harga aku tak la mahal macam kat butik nun.Murah aje.Kalau sapa-sapa nak yan murah lagi boleh,tapi manik yang digunakan pun murah jugakla.So pikirla banyak kali sebab sayang kain je kalau guna manik murah. Aku guna manik Apple dan Miyuki.Semua dari Jepun yang aku beli di kedai cina.Ok.Harga aku berdasarkan harga manik dan kesusahpayahan aku kena menjahit.

Kebanyakkan tanya harga dan minta aku bagitau berapa harganya. Susah sikit sebab semuanya dikira berdasarkan berapa bungkus manik yang diguna,berapa susahnya nak dijahit,tapi jangan risaula,harga murah dari butik atau kedai jahit.Kalau jahit kat tangan bodo-bodo tu dan guna dalam 2 bungkus manik,harganya dalam RM15 camtula.Lagi banyak manik digunakan dan lagi rumit nak jahit,harga tu up la sikit.Berpinau jugak mata tu..hehehe.


Sapa nak murah lagi,hantar 5pasang baju,aku bagila diskaun iaitu Free Postage.Kalau kurang dari tu kos mengepos balik,pelanggan kena bayarla.Sapa-sapa nak hantar tu,berpakat-pakatla dengan kawan-kawan.Hantor banyak,boleh jimat sikit.Kos pos RM5 jer tambahnya. Jangan risaula.Aku keja gomen,takkan aku nak naya orang pulak.Aku pun cari makan maaa..ok.Jom la jamu mata dengan beberapa rekaan aku nih. Kalau cantik,timakasih le.Kalau tak cantik , tak pe.Nanti aku buat sampai cantik.Aku pun sedang belajar lagi.Kita jumpa lagi ok..Arios!!















Kepada yang berminat..call atau sms aku ye..0125677630-Ana.


Nak tengok lagi?...Manik Part 2


2 ulasan:

KOMEN YANG MURNI2 AJE ...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...